Friday, December 28, 2012

Balik malaysia

Bismillah.

Terkejut aku hari ni bile seseorang datang padaku dan terus mengajukan soalan ini,

"Balik malaysia ni, kau nak tunang eh?"

Dan aku terus menggelengkan kepalaku.

Fuh, setakat ni bukan die seorang yang bertanya soalan yang sama. Ada yang meneka-neka, dan ada yang berbisik-bisik padaku.

Astaghfirullah al azim, moga kate2 mereka merupakan doa buatku.

Kebiasaannya memang ramai pelajar yang akan memilih untuk berjalan-jalan sekitar europe pada cuti winter. Dan aku juga selalunya tidak pulang ke malaysia pada cuti winter yang tak sampai sebulan ni.

Namun, ada sesuatu perkara yang aku perlu uruskan sebelum aku grad seagai seorang doctor. Tanggungjawabku bukan hanya seorang pelajar, namun aku adalah seorang anak kepada kedua ibu bapaku dan juga adik/kakak dalam ahli keluargaku.

Cukuplah utk aku katakan, dakwah memerlukan aku di Malaysia dan kerana itulah aku pulang walaupun hanya 3 minggu.

Mohon segalanya dipermudahkan, inshaaAllah.