Monday, August 27, 2012

Yeah, lesen kereta dah dapat.

Bismillah.

Ini kisah waktu cuti, terlambat untuk ku contengkan di sini mungkin kerana hati ini tak terisi, kering dan tak kuat mujahadahnya.

Sememangnya cuti kali ni sangat berlainan dari cuti sebelum-sebelumnya. Ada banyak perubahan yang aku lihat, yang ku rasa. Ada yang sangat yang menyeronokkan hati dan ada juga yang sedih.

Tapi takpe, yang sedih tu biar ku telan saja... Tak nak la cerita sedih2 ni.. Biar sujud dan ayat2 Allah yang menjadi penghapus duka.

Yang paling bermakna apabila aku berjaya mendapatkan lesen kereta. Fuh, lega sangat. Mungkin bagi mereka yang dah lame memiliki lesen ni tak merasai apa yang ku rase.

Aku sedar terlalu banyak kepentingan untuk memandu kereta ni, Ye lah, selama ni nak pergi usrah kat sini asyik2 tumpang kereta orang je, ataupun asyik abah je yang kene jadi driver. Sampai bile kite asyik nak bergantung pada orang je.

Sebab itulah salah satu muwasafat tarbiah adalah MAMPU BERDIKARI!

Kita harus berusaha untuk cuba berdikari, tidak bergantung kepada orang lain, supaya ketidakupayaan kite itu tidak menjadi fitnah/halangan kepada kerja2 dakwah. Dan supaya kerja2 dakwah akan menjadi lebih laju dan mudah.

Kali pertama aku berhadapan ujian dengan JPJ, Allah telah mengujiku dengan kegagalan. Ketika itu, tipu lah kalau kate tak down. Memang hati ni down sangatttttt... Sampai aku terpaksa korbankan satu program. Sebab mungkin aku jarang diuji dengan kegagalan. Mase tu aku banyak refleks diri.

Kate mak,"takpe lah tak lulus sekarang, supaya nanti tak buat kesilapan bile dah dapat lesen'
Kate souhayla,"Allah nak pelihara diriku supaya tiada kejadian yang tak diingini berlaku padaku"

Aku yakin semuanya ada hikmah. Seminggu tu memang aku berusaha utk mahirkan, sampai tak buat kesilapan lagi.Sehinggalah hati ku benar2 yakin, tak gelabah dan tenang menghadapi JPJ. Dan alhamdulillah, Allah permudahkan. Aku lulus dalam tempoh seminggu je, dan harapan utk ku pergi ke program2 seterusnya sangat2 dimudahkan Allah.

Lesen kereta yang baru je ku miliki ini ada banyak seribu tarbiah yang Allah ajarkan padaku. Dan kerana itu juga, lepas je dapat lesen, aku terus memberanikan diri membawa apa jua jenis kereta pun. Besar ke kecik. Dan membawa ke mana jua pun, untuk melatih diri sendiri agar berani berada di jalan raya.

Moga akhirnye nanti aku mampu berdikari, dan boleh bergerak ke mana jua pun demi dakwah dan tarbiah. Wah....barulah rase lesen kereta ni alatan dakwah... !

Subhanallah. Biiznillah. :)