Wednesday, October 6, 2010

Kau, inspirasiku =)

Khusus sempena hari lahir ibuku yang ke 53^^
Aku tuliskan di sini kerana mungkin ada sesuatu hal yang tak mampu untuk aku tuturkan dari mulut, tapi lebih selesa untuk disampaikan melalui penulisan. Ku mulakan dengan bismillah...

Tenang itu dari Allah,
Bahagia itu kerana redhaNya,
Hati ini milik Dia..
Allah, satu-satunya yang aku sembah.

Penat sungguh badan ini. Padahal baru sedikit je aku menolong ibuku mengemas bilik stor. Mengangkat barang2, menyusun buku, mengelap almari, membuang barang mana yang tidak perlu. Kata ibuku "dah lah uteh, pergilah rehat"..

Hm... terasa malu sangat dengan ibuku. Sedangkan dia sejak awal pagi lagi sudah bertungkus lumus menyediakan juadah untuk kami bersahur, di sambung lagi dengan menyiram pokok2 bunganya yang begitu banyak ditanaminya menghiasi di keliling rumah, kemudian entah apa lagi kerja2 rumah yang dibereskan. Sejak tadi dia tidak rehat, sedangkan aku sudah keletihan benar gayanya.

Aku akur, dan duduk di kerusi sebentar sambil memerhatikan kegigihan ibuku yang tidak henti2 bekerja. Sungguh ibuku terlalu sempurna buatku.

Ibuku tidak suka membuang masa. Terlalu jarang dia hanya duduk di depan kaca televisyen. Dan sungguh kebolehan ibu yang serba serbi seperti menjahit, mengait, memasak, serta bertanam melengkapi kami sekeluarga.

Semua langsir2 yang cantik dan beraneka pattern di rumah, adalah hasil tangan ibu. Alas meja di rumah pun ibuku yang mengait. Pelbagai pokok bunga orkid yang subur itu juga hasil dari ketelitian ibu yang menjaganya.

Entah bagaimana ibuku dapat mengurus masa. Pelik sungguh. Sedang sibuk bekerja sebagai jururawat, dia tidak pernah sekali lupa mendidik kami berlima, tidak pernah sekali kami dibiarkan kelaparan. Malah, bagiku, semuanya cukup sempurna.

Dan aku tahu sejak dulu lagi, ibuku seorang yg sangat tabah. Ibuku diuji dengan pelbagai dugaan hingga tidak mampu aku menulisnya di sini. Sabarnya engkau wahai ibu...

Aku tahu ibuku sangat sedih atas pemergian along Anak sulungnya dan anak manjanya yang genap 26 tahun dibesarkan oleh ibu. Itu antara ujian terberat yg Allah kirimkan. Teringat aku tatkala membersihkan bilik arwah, ibuku tidak dapat menahan air matanya mengalir kerana terlalu banyak barang hantaran tunangan arwah yang masih lagi kekal di bilik. Kata ibu, "kasi je lah barang ni kat siapa2.. Mak tak boleh tengoklah."Aku sembunyikan kesedihan itu dan aku menahan air mataku di saat itu, kerana aku tidak mahu ibuku semakin sedih.

Tahukah wahai ibuku, aku sangat kagum dengan kamu. dan aku sangat yakin bahawa pemergian along itu akan menjadi saksi untukmu nanti. Menjadi saksi bahawa kaulah ibu yang mendidik kami mengenal Allah pencipta kami, kaulah ibu yang sabar mendidik kami membaca kalam2 Allah, kaulah ibu yang mengajar kami erti sopan santun, kaulah ibu yang akhlaknya melimpahi ke segenap hati kami dan kaulah ibu pemberian terbaik dari Allah buat kami sekeluarga.

"Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil." (17:24)
"Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yg beriman pada hari diadakan perhitungan" (14:41)


Selamat hari lahir ku ucap dari kejauhan. Hanya kasih yang ku kirim melalui tulisan hati ini. Sungguh, kau adalah inspirasi ku.=)

5/10/2010
2330 Nizhny Novgorad, 330 Malaysia.