Tuesday, August 2, 2011

Tragis 1 ramadhan

Bismillah..

Sayu seluruh penduduk kampung di sini. Topik perbualan penduduk sane sini tertumpu kepada peristiwa petang tadi, ketika mereka sibuk membeli juadah buka puasa di bazar2 yang ade.

Sejurus saje selesai solat terawih, tiada aktiviti tadarus Al-quran yang menjadi kebiasaan... sebahagian penduduk kampung pergi menguruskan pengebumian jenazah mayat.

Nyawa 2 budak muda telah dijemput Allah ketika 1 ramadhan belum sampai ke penghujungnya. Peristiwanya tragis. Kelihatan darah melumuri di jalan raya. Bergetar hati penduduk2 kampung di sini.

Dan aku juga terkedu mendengar cerita ini.
Syukurlah kerana Allah masih memilih kita.
Syukurlah kerana Allah masih memberi peluang hidup untuk menikmati ramadhan ini.
Syukurlah kerana Allah masih memberi kudrat untuk berlumba-lumba meningkatkan amalan.
Syukurlah kerana Allah masih memberikan hati untuk merasai manisnya iman ini.
Syukur, kerana Allah masih memberi peluang untuk kita berubah.

Mungkin saje ini adalah ramadhan terakhir kita... Lalu rugilah jika kita dipilih masuk ke ramadhan ini, namun kite mensia-siakannya.. Ia persis orang yang tidak bersyukur dengan pemberian.

Moga Ramadhan ini dapat menyucikan jiwa2 yang terlekat dengan karat-karat jahiliah, dan moga amalan2 ini menjadi kekuatan untuk mengharungi 11 bulan yang mendatang. Amin.