Friday, February 24, 2012

ukhuwah needs effort.

Bismillah

Alhamdulillah, rase sangat seronok daurah hari ini. Mungkin kali ni ada macam2. Bukan sekadar pengisian biasa, tapi ada games, lakonan, solat jemaah dan of course la ade makan-makan.

Alhamdulillah wa astaghfirullah.

Dan tika kini, badanku terasa letih. Namun aku masih ingin menulis sesuatu. Kerana mungkin baru saja terkesan di hati, dan saat inilah perlu aku terus menconteng dakwat maya ini.

Ianya berkenaan ukhuwah. Fuh.... memang benar, bukan mudah membina sebuah ukhuwah. Selalu dgr orang cakap "UKHUWAH NEEDS EFFORT".

Ramai yang mentafsirkan effort tu dari segi cara untuk kite kena selalu bersama. Bertemu, sharing banyak2, maen game banyak2, makan sama2, jaulah sama2... dan banyaklah benda yang sama2. Dan ia, inshaAllah akan membina ukhuwah sesama kite.

Namun, kali ini aku merasakan ia tidak semudah itu.

Ukhuwah ini dasarnya iman. Jika ukhuwah itu rosak, maka puncanya pasti ada pada iman yang rosak.

Dan yang lebih parah, ukhuwah ini pasti diuji Allah sama ada benarkah kita ini berukhuwah. Pabila tiba point ni, yang susah untuk kita adalah hati. Terdiam aku kerana benar menyakini, ukhuwah really needs effort terutamanya dari hati untuk huznuzon yang sangat sangat banyak. Dari jiwa yang perlu dilapangkan seluas-luasnya.

Semakin lama kite kenal seorang ukhti ini, semakin banyak perkara buruk yang kite tahu daripadanya. Sehingga kite merasakan die bukanlah orang yang ku kenal pada ketika dahulu. Kita menjauh, mungkin kerana kita tak suka akan perangai buruknya itu. Lantas kita banyak bersangka buruk terhadapnya.

Nauzubillah. Astaghfirullah.

Husnuzon ubat yang paling effective. Tidak mungkin seorang sahabat sengaja untuk menyakiti sahabatnya dalam sebarang teguran, kata-kata, dan apa jua tingkah lakunya. Itu tidak mungkin jika dia seorang sahabat. Tidak mungkin!

Dan kerana dai itu perlu berjiwa besar, ayuh lapangkan dada. Bukan hanya pada orang yang kita ingin dakwahkan saja, tapi lebihkan lagi pada sahabat yang berukhuwah dengan kita kerana kita berada dalam saff dakwah yang sama.

uhibbukum fillahh.
ayuh tetap luruskan saff ini, sungguh Allah akan tetap bersama kita.=)






Saturday, February 18, 2012

Alkohol dan rokok

Russia merupakan pengeluar vodka terbesar di dunia. Kenyataan ini bukanlah suatu perkara yg asing. Satu dunia pun tahu. Dan kerana itu harga alkohol yang dijual di sini sangatlah murah jika ingin dibandingkan di Malaysia, dan juga negara2 lain.

Baru tadi aku dengan temanku saje2 pergi survey harga sekotak rokok. Masya Allah, memang sangat murah. Cuma lebih kurang RM 1.80, sesiapa saja boleh memiliki sekotak rokok. Sedangkan minimum harga rokok di Malaysia adalah RM6.20 (jgn salah faham, saya tidak merokok.cuma mengambil fakta daripada internet)

Dan budaya alkohol dan rokok ini adalah perkara biasa buat masyarakat russia. Di mana-mana saja, kamu akan dapat lihat botol2 arak berselerak di balik salji, di tengah jalan, tempat tunggu bus. Dan di setiap stall, atau restoran sentiasa membekalkan arak. Kalau kedai runcit die pun yang paling banyak dijual ialah arak dan juga rokok.

Makanya hampir semua russian merokok dan minum arak. Baik laki mahupun perempuan, kanak-kanak, remaja, dah tua pun, doktor, pakar bedah, professor tetap jua tidak dapat mengelak daripada budaya ini.

Fuh, nak tahu ape akibatnya?
Sumber : Wikipedia
Russia sedang mengalami masalah yang besar, kerana bilangan kematian melebihi daripada kelahiran.
KEMATIAN > KELAHIRAN.

It's going to be a dying nation right?

Sebagaimana firman Allah : "Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan2mu)" (42:30)

Tiada apa yang boleh menyelamatkan masalah ini, melainkan pabila cahaya islam sudah bertapak di sini. Al-quran memiliki segala etiology treatment(ubat kepada punca) untuk masalah2 yang ada di muka bumi ini. 

Jika manusia mencari jalan selain yang disyariatkan Al-quran, manusia tetap akan runsing dan mengalami chronic stress kerana sungguh tiada jalan lain selain pengharaman segala kesukaan manusia ini. 

Alangkah benarnya Allah itu maha mengetahui!



Saturday, February 11, 2012

Kehidupan dai itu adalah dakwah.

Bismillah.

Satu hari ade seorang ukhti pernah mengadu padaku,

Katanya, "Saya rasa kurang berdakwahlah minggu ni. Banyak duduk di dalam bilik je"

Hmm... benarkah begitu?

Mungkin kite sudah sedar bahawa dakwah yang didukung kite ini, bukan sekadar kerja kosong yang sentiasa perlu dicari penggantinya, apatah lagi ianya bukan kerja 'volunteer'.

Kerja dakwah ni bukan suatu pilihan tau, tetapi ianya satu2nya jalan. Ianya adalah sebuah tanggungjawab bagi sesiapa sahaja yang bergelar muslim.

Lantas kite merasa, tugas ini dapat dilaksanakan dengan membawa usrah. Menjadi seorang naqib/ah atau murabbi/ah dan di situlah medan kite untuk berdakwah. Dan pabila kite sudah bergelar seorang naqibah kite pula merasa lega kerana tanggungjawab dakwah itu sudah dilaksanakan oleh kite.

Dek kerana ini,satu masalah pula timbul, tatkala tiada lagi naqib/ah yang diperlukan lagi di tempat kita. Kerana semuanya pun dah join usrah. So ape lagi kite pun termangu-mangu tak tahu apa yang perlu dibuat untuk berdakwah. Kite pun asyik memberi alasan, "Ala, mane ada orang lagi dah untuk jadi mad'u" (sasaran dakwah)

Hari demi hari berlalu, kite masih disitu, masih di dalam comfort zone yang sama, kerana kite tidak menemui apakah medan kite untuk berdakwah. Dan akhirnya kefahaman dan semangat kite semakin lama semakin luntur.

Pause

Jom fikir sejenak.


Dakwah ini, bukan kerja untuk menjadi naqib/ah sahaja. Dan kite tidak hanya berdakwah di dalam usrah.
Ye, naqib/ah itu juga tidak cukup dikatakan sudah berdakwah. Namun kehidupan ini medan dakwah bagi seorang dai.

Makanya, tiada perkataan kurang berdakwah kerana kehidupan dai itu adalah dakwah.

Selagi dia hidup, selagi itu dia melaksanakan dakwah.

Fuhh... susahkan. Cube bayangkan setiap detik saat anda, gerak geri, percakapan, dan penglihatan anda merupakan dakwah. Setiap orang di sekeliling anda perlu merasai Islam itu dari kehidupan anda. Tidak dinamakan seorang dai, jika tiada hubungan yang erat antara seorang dai dan ahli keluarga kerana keluarga itu adalah mad'u pertamanya. Roomate, housemate, groupmate, jiran, ibu bapa, anak2, kakak2, adik2, makcik pakcik, penjual, cikgu2 semuanya perlu melihat akhlak seorang muslim itu dari kita.

Nah inilah individu muslim yang kite mahukan. Manusia lain akan melihat kehidupan seorang muslim sebenar melaluinya. Dia merupakan contoh, dan dia menjadi qudwah(teladan).

Lalu, "kenapa perlu membawa usrah'?

Cukuplah aku memberi jawapan kerana usrah itu adalah tempat2 pentarbiyahan(mendidik) individu2 muslim contoh ini. Ianya bagaikan kilang yang dinamakan kilang muslim2 OSEM =)

Hehe... Kalau nak tahu lebih lanjut, silelah join usrah dan tanyalah naqib/ah anda.

~Peringatan pertama-tamanya adalah untuk diriku.~

Allahu'alam
Salam AzZaharah.





Tuesday, February 7, 2012

Turning back?

Bismillah

Seorang mukmin itu takkan jatuh ke lubang yang sama untuk kali kedua. 

Sepotong hadis ini akan sentiasa menjadi peneman dan penguat hati. Afwan, aku tidak tahu apekah riwayat hadis ini. Namun pegangan kepada hadis ini buatkan kaki dan hatiku juga tidak mahu mengulangi setiap apa yang telah tekad aku tinggalkan.

Dek kerana aku selalu sibuk dengan pelbagai urusan, seorang kawan pernah bertanya padaku.
"Kau ni tade masa untuk hiburkan diri sendiri ke?"

Aku cume tersenyum. "Mestilah ada" ringkas jawapanku.

Ini bulatan yang sangat menghiburkan

Kerana kesibukan itu adalah hiburan buatku. Menghadiri taman2 syurga itu adalah sebuah hiburan yang tiada nilai buatnya. Cuba bayangkan malaikat2 hadir bersama kalian semua, bukan sekadar mendengar dan mencatat kebaikan tetapi menjadi tukang report kepada Allah. Tak cukup itu sahaja, malaikat2 itu mendoakan kalian semua dan Allah menghapuskan dosa2 yang begitu super banyak. 

Yes, terlalu banyak dosa2 kite ni... siapa lagi lah yang boleh hapuskannya.

Cukuplah, aku tak mahu mengulanginya lagi.
Biarlah lubang2 yang dahulu itu tertutup sedikit demi sedikit, dan tidak mahu aku menggalinya semula.




Thursday, January 19, 2012

Azam ulang tahun ku.

Bismillah.

Alhamdulillah, telah berlalu 16 January, dan itu maknanya usiaku bertambah setahun lagi. Sudah menjadi kebiasaan, di waktu2 ini jugalah aku sedang sibuk prepare untuk winter exam. Namun, sahabat-sahabatku yang berada di sini tetap sudi meluangkan masa mereka untuk meraikan ulang tahunku.

Terima kasih sgt banyak2... Jazakumullahu khairan katsira. Sayang korang :)

Jujurnya, aku banyak belajar dari mereka. Sepanjang 5 tahun ini, dan 10 tahun (bersama syikin) insan2 inilah terlalu istimewa yang Allah temukan buatku. Aku ikuti dari segi kelakuan, semangat, kekuatan dan kesabaran yang ada pada setiap individu di sekelilingku. Begitu juga dengan anak binaan usrahku. Bukan aku sahaja yang mentarbiah mereka tapi mereka juga banyak mentarbiah diriku ini. Nasihatilah aku kerana sungguh, aku juga manusia yang sedang sama ditarbiah sepertimu.

Itulah bestnya tanah russia ini, ianya jauh dari kesenangan yang memanjakan.. ianya membuatkan kite jauh dari rumah yang kite cintai.. tapi di sinilah terdidiknya kite dengan segala kemahiran dan kematangan.

Seperti biasa, di waktu2 ulang tahun ni lah ramai yang bertanya apakah azam di hati. Sungguh ya Allah aku sangaaaaat banyak azam di hati, dan azam itu bukan datang pada ulang tahun ini sahaja. Namun ia sentiasa datang satu persatu, hinggakan keliru yang manakah perlu harus ku mulakan dahulu.

Kadang-kadang sehingga semua azam tidak tercapai hingga ke tahun depannya. Lantas aku ingin menulis beberapa azam di sini. Dengan tercatatnya azam ku di sini, moga2 ianya menjadi motivasi buatku untuk segera bertindak. Doakan ye,
1) Hafal juzu' 29
2) Berkata baik atau diam
3) Ikhlas dan ikhlas lagi.  Jangan banyak merungut, atau menyebut-nyebut
4) Sabar je dengan orang sekeliling. Telan segala kemarahan
5) Tersusun dan teratur segala kerja.
6) Jaga makan dan minum. Kurangkan chocolate, tak nak jajan, tak nak minum cofee kecuali terdesak, tak nak makan sushi, kurangkan makan luar. 
7) Jangan banyak buang masa kat FB!!!!

Kerana Allah sukakan yang ganjil, cukuplah hingga no 7 ini. Moga2 Allah memberikan kekuatan untuk ku bermujahadah dengan azam2 ini dan azam2 lain yang tersemat di hati ini juga.

Dengan keAZAMan kite bermula ;)
Salam az-zaharah.






Sunday, January 15, 2012

Tawakal alallah :)



Bismillah..
indahnye bile kite meletakkan segala urusan itu pada Allah. Pabila semua kerja, kite letakkan pergantungan pada Dia yang maha gagah dan maha mengetahui. Jika terlalu resah gelisah dengan apa jua result yang mendatang, tawakal itu sentiasa menjadi ubatnya. =)

Nah itulah nikmatnya tawakal alallah.
Susah untuk diterjemah melalui tulisan, mahupun kata-kata.
Jika belum merasainya, mulakanlah hari ini.

Tuesday, January 10, 2012

Kata hati

Bismillah.

bukan setiap perkara perlu diperkatakan.
dan bukan setiap perkara juga mampu aku perkatakan.

Sungguh Allah lebih tahu akan itu.
Bolak balik hati ini juga hanya Allah yang mengetahui.
Kerana Allah yang membatasi hati ini.

Ya Allah padaMu,
aku serahkan hidup dan matiku.

Apa yang aku ingin tangiskan?
sedangkan ujian itu memanglah janji dari Allah.
Apa yang aku harus raungkan?
sedangkan ia hanya membinasakan diri.

Yang Allah titipkan adalah sabar
Yang Allah temankan padaku adalah doa
Sungguh Allah itu dekat, Dia akan kabulkan permintaan hamba-hambaNya.

Aku, tetap jua manusia
ada jatuh, dan ade bangun.
Andai aku terus jatuh, maka sambutlah tanganku ini.
Bicarakanlah aku tentang Allah
Dan tiupkanlah semangat perjuangan ini ke dalam diriku

Jalan ini masih panjang,
dan kerana jalan ini, hal-hal lain menjadi remeh.
Jika aku terheret memikirkan hal-hal yang remeh,
maka aku akan lupe akan dakwah ini.

Lantas, pada Allahlah aku serahkan segala urusan.
Pada Allahlah aku serahkan peliharaan itu.
Dan pada Allahlah aku berhajat dengan segala pertolongan..

Ya Allah, cukuplah engkau bagiku sebagai penolongku.
KeredhaanMu itulah yang aku dambakan.

Salam Az zaharah