Wednesday, September 22, 2010

Nikmat satu nafas

Bismillah

Teringat aku bait2 lagu yang dinyanyikan Adi Putra,

"Kelahiran bagiku istimewa,
Ku bersyukur padamu Bonda"
Klik sini kalo nak dgr or download -->http://www.4shared.com/audio/q1u3LKLi/Adi_Putra_-_Kelahiran.htm

Memang benar, kelahiran itu terlalu istimewa buatku. Tatkala mata ini dapat melihat dunia, tatkala aku dapat menghirup udara dunia. Sungguh ia sebuah nikmat yg besar.

Pada mulanya aku sangat teruja bila berpeluang memasuki ke department "Resuscitation" di Paediatric Hospital. Seronok la kan dapat tengok baby2 yang comel belaka. Gerak geri mereka sentiasa mencuit hati.

Namun di department ini, sayu aku melihat begitu payah seorang bayi yang baru sahaja menemui alam barunya untuk terus kekal hidup di dunia.


Dirinya begitu kecil malah terlalu lemah tenaganya, namun dia tetap terus berusaha untuk bernafas. Begitu susah buat dirinya untuk membiasakan diri dengan pertukaran dari alam rahim ke alam dunia. Dulu dia hanya perlu bergantung 100% kepada ibunya, namun kini dia perlu melalui kesusahan itu di bahunya sendiri. Dan satu hirupan nafas itu sangat bermakna buat dirinya untuk mengumpulkan sebanyak mana oxygen buat seluruh organ2nya.

Dia seorang di situ, belum merasai kasih sayang ibunya yang pernah sarat mengandunginya. Belum dapat merasai betapa indahnya dunia ciptaan Allah. Yang mampu, adalah menangis dan menjerit tatkala sakit. Apakah prognosisnya? (ramalan treatment). Hanya Tuhan yang tahu sama ada die mampu survive atau tidak.

Subhanallah, satu nafas itu adalah sebuah nikmat yang besar dari Allah. Moge Dia mampukan kita untuk berusaha mensyukurinya tiap satu..

1615pm
22 September 2010
cycle paediatric, nizhny.

Sunday, September 12, 2010

Belajar erti sabar lagi

Bismillah...

Setiap hari yang dilalui itu telah tersusun oleh Allah. Orang2 yang kini berada dekat denganku juga telah ditentukan oleh Allah. Dan tiada yang mungkin itu lebih baik dari apa yang telah berlaku.

Ungkapan itu mudah untuk ku ingati, namun bila ianya terkena di batang hidung sendiri, aku masih lagi merupakan manusia yang berbantah-bantah.

Kenapa? Adakah aku ingin lari dari ujian?
Sedangkan orang yg beriman itu perlu diuji imannya.
Orang yang katakan cinta pada Allah, perlu diuji cintanya.

Teringat kate seorang sister semase ter'join' usrah di masjid shah alam.
Nasihat nye ringkas je, iaitu kita kene sabar.
Sabar dengan pelbagai kerenah manusia yang pelbagai.

Dari Ibnu Musayyab r.a., ia berkata:

Ketika Rasulullah sedang duduk bersama para sahabatnya, ada seorang lelaki yang menyakiti Abu Bakar tetapi Abu Bakar diam sahaja. Kemudia orang itu menyakitinya lagi tetapi Abu Bakar tetap diam sahaja. Kemudian orang itu menyakitinya untuk kali ketiga lalu Abu Bakar pun membalasnya. Menyaksikan hal itu, Rasulullah pun bangkit, lalu Abu Bakar bertanya: 'Apakah engkau mendapati aku telah bersalah wahai Rasulullah?'

Rasulullah bersabda : 'Malaikat turun dari langit mendustakan apa yang dikatakan oleh orang itu. Tetapi ketika kamu membalasnya maka malaikat itu pun pergi dan setan pun duduk. Kerana itu, aku tidak suka duduk bersama setan'

~HR Abu Dawud~

Best kan hadis ni. Terasa hina sangat diriku.

Jika perkara2 kecil aku tidak mampu bersabar, bagaimane pula nanti dengan perkara2 yang besar. Tidak cukup hanya bersabar, namun Allah ajarkan, sabar itu haruslah sobrun jamil (sabar yang indah). Iaitu pabila bersabar, dengan tidak disertai keluhan atau aduan kepada sesama manusia, tidak menceritakan kesakitan yang dideritai, dan tidak pula merasakan dirinya suci dengan demikian.

Seperti yang dimiliki Nabi Yaa'qub a.s ketika kehilangan anaknya Nabi Yusuf,
"Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan kepada Allah sahaja memohon pertolonganNya terhadap apa yang kamu ceritakan." (Yusuf : 18)

Jalan dakwah memang tidak sunyi dari ujian. Tapi hanya Allah lah tempat mengadu.
Allahusomad! Hanya Allah lah tempat bergantung.

Sakit hati, perit, marah, itu hanyalah ujian perasaan. Sedangkan sahabat pada dakwah sirr(sulit), ujian mereka adalah siksaan dan penindasan. Dan hasil tarbiyah Rasulullah s.a.w mereka mampu merintanginya dengan sobrun jamil... Subhanallah.

Aku membaca ayat2 al-quran, lalu Allah tautkan hatiku di sebuah ayat yang sangat menenangkan,

"Maka sabarlah engkau atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbit, dan sebelum terbenam dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di hujung siang, agar engkau merasa tenang" (Taha : 130)



Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah

~Allah knows~
700am
12 September 2010