Bismillah...
Alhamdulillah, ya rabb.
Dah 2 bulan menghadapi satu demi satu exam di sini. Akhirnya, ia selesai jua.
Sungguh, ia terlalu manis untuk diperkatakan. Ia sangat melegakan hati ini.
Betapa puasnya merasai kemenangan dunia yang telah Allah janjikan. Aku merasakan usaha2 itu dibalas dengan balasan yang cukup sempurna. Syukur...Di tambah pula dengan tiket pulang ke Malaysia, untuk kembali ke pangkuan keluarga.
Kalau terserempak dengan kawan, rasa nak senyummm je dan cerita betapa gembiranya hati ini bila dah selesai semua exam...
Tapi itu adalah kemenangan yang sementara. Ia akan pudar hanya beberapa ketika.
Ia akan disusuli lagi dengan rintangan demi rintangan. Dan kemenangan itu akan terus dilupakan. Hanya tinggal tertulis di atas kertas.
Namun tiket ke syurga itulah merupakan sebuah kemenanga yang abadi. "itulah kemenangan yang agung" (61:12).
Alangkah seronoknya...kau dan aku bertemu di syurga. Bersalam-salaman mengucapkan tahniah atas kemenangan ini.
Di situ, tiada lagi yang perlu diresahkan, difikirkan, yang tinggal hanya kesenangan yang abadi. Kenikmatan duduk pada dipan2 serta sungai2 mengalir begitu menenangkan hati ini. Apatah lagi indahnya bertemu melihat wajah Allah yang maha sempurna.Segala susah payah di dunia ini bagaikan tidak terasa langsung. Ia terlalu kecil berbanding nikmat di syurga. Dan ia adalah selamanya dan tidak akan pudar dimamah masa.
Sebuah kemenangan itu tidak akan pernah datang bergolek. Pasti ia memerlukan usaha yang keras melebihi kerasnya usaha kita pada exam2 di dunia ini.
Kerana yang dituju itu adalah kemenangan yang selamanya.
Bagi yang tidak merasai dunia ini adalah medan untuk berjuang, ia akan terpinga-pinga di akhirat kelak. Kerana ia tidak pernah untuk mempersiapkan diri untuk perkara sebesar ini...
Bagi mereka cukuplah dunia ini menjadi syurga di hati mereka.
Dan inilah satu2 nya exam yang tidak boleh dipostpone malah tidak boleh di repeat. Ianya ternoktah di situ.
Bagi mereka pula yang sentiasa mempersiapkan untuk hari akhirat ini, di sinilah saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Menantikan sebuah pembalasan di atas segala usahanya.
Usaha itu sudah pasti perit, susah, macam dah tak tahan dah....... tapi itulah fitrah sebuah exam.
Apabila tertulis 'syurga' buatnya nanti, tiada lagi senyuman yang paling manis, melainkan senyuman ketika itu.
Itulah kemenangan yang terindah!
Ayuh, janganlah mengeluh lagi.. Fastabiqul khairat!.

Mereka berkata, "Kalau demikian, itu adalah suatu pengembalian yang merugikan" (79:12)