Bismillah.
Ada sebuah kisah cinta yang sebenar-benarnya.
Kisah Ibrahim yang dah lama menginginkan seorang anak. Lalu die berdoa kepada Allah:
"Ya tuhanku,anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh." (37:100)
"Maka Kami beri kabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar (Ismail)" (37:101)
Tapi sahabatku, Allah uji cinta Nabi Ibrahim untuk tinggalkan Siti Hajar dan Ismail di suatu lembah yang berbukit. Yang tidak punya apa2. Itulah lembah Mekah. Tiada susu yang ditinggalkan, tiada handphone sebagai pengantara, tiada rumah sebagai pelindung,tiada apa....
Pesan Nabi ibrahim:
"Bertawakallah kepada Allah yang telah menentukan kehendakNya, percayalah kepada kekuasaanNya dan rahmatNya. Dialah yang memerintah aku membawa ke sini dan Dialah yang akan melindungimu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkanmu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai. Percayalah wahai Hajar, Allah tidak akan mengabaikan kamu berdua tanpa perlindunganNya. Insya Allah."
Nabi Ibrahim kembali semula ke Palestin untuk meneruskan dakwahnya. Lalu tinggallah Hajar dan anaknya di padang pasir yg kudus dengan hati yang tawakal.
Setelah bertahun-bertahun lamanya, Nabi Ibrahim pulang untuk mengubat rindunya. Apatah lagi, betapa gembiranya hati seorang bapa melihat anak yg sudah pandai bercakap, sudah pandai berjalan dan mampu untuk membantunya untuk dakwah ini...namun,
"................., wahai anakku! Sesungguhnya aku bemimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!" Dia (Ismail) menjawab, "wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu, insya Allah kau akan mendapatiku orang yang sabar."
Nabi Ibrahim itu tidak diperintahkan untuk menyembelih lembu mahupun kambing sahabatku, tetapi yg patut disembelih itu adalah manusia. Dan manusia itu adalah anak yang sangat disayanginya. Yang hanya beberapa ketika saja sempat berkasih sayang bersama.Dan baginda telah melakukannya. Masya Allah..
Maka di saat wajah Ismail sudah dipalingkan ke tanah, pisau telah diasah, lalu Nabi Ibrahim dengan sekuat hati menggerakkan pisau itu. Namun pisau itu membalik dan tidak boleh memotong leher Ismail dengan izin Allah.
Kata Nabi Ismail,"Wahai ayahku, kekuatanmu menjadi lemah kerana masih ada cintamu padaku, kerana itu ayah tidak boleh menyembelihku."
Sungguh benar, Ismail anak yang soleh.. Yang mana bersedia untuk dikorbankan dan sentiasa meyakinkan ayahnya.
Maka Nabi Ibrahim memukul pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.
"Wahai pisau, engkau mampu membelah batu, tapi kau tidak mampu memotong leher anakku",kata Nabi Ibrahim.
Baginda buat berkali-kali dengan bersungguh ke atas leher anaknya, namun pisau itu tidak lut. Allah tarik sifat pisau yang memotong hingga resah hati baginda untuk melaksanakan korbannya itu. Lalu hingga turunlah wahyu Allah,
".....wahai Ibrahim, sungguh kau telah membenarkan mimpi itu, sungguh demikianlah Kami memberi balasan kepada orang2 yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar2 suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar(kambing). Dan kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) di kalangan orang2 yang datang kemudian. Selamat sejahtera bagi Ibrahim" (37:105-109)
Maka bersyukurlah baginda dan kambing itu disembelih lalu menjadi tuntutan oleh umat Islam sehingga kini.
Itulah dia korban Nabi Ibrahim a.s. untuk buktikan cinta dan imannya kepada Allah. Bukan hanya pengorbanan masa, duit, tenaga, tetapi yang dikorbankannya itu adalah anaknya sendiri. Satu-satunya anak yg ada pada ketika itu.
Alahai, apa sajalah yang telah kita korbankan untuk cinta Allah. Keciknya...Nak tinggalkan jahiliah pon, masih ada rindu. nak korbankan duit, ada rasa kedekut, nak korbankan masa pula, ada rasa resah. Besar manakah pengorbanan cinta kita?hu...hu..(utk hati sendiri)
Sebenar-benar cinta dari Nabi Ibrahim. Demi cintanya tulus pada Allah melebihi cinta dunia yang laen, anak juga sanggup dikorbankan. Subhanallah... waAllahualam.
Minta maaf, agak ringkas...kalo nak bace lebih,bole bukak tafsir surah as-saffat(37), atau pun di sini. http://www.scribd.com/doc/7898509/KISAH-Nabi-Ibrahim-Yang-Sanggup
Selamat menjalani ibadah korban..!
No comments:
Post a Comment