Monday, July 19, 2010

Jelajah pulau besar :D

Dengan nama Allah, yg dengan namaNya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Dia maha mendengar dan mengetahui,

Dah lame saye tak mengupdate blog ni. Bukan tiada mase, tapi mungkin tiada idea kerana kurangnye membace dan hati ini kering kerana kurang ruhiahnye. Ada banyak yg ingin diungkap, tapi ia terlalu mahal utk jari ini mencontengnya di sini.

Alhamdulillah, di Malaysia ni dengan izin Allah, saye sekeluarga berkesempatan menjejakkan kaki ke pulau besar. InshaAllah, nak sharing di sini =)

Jom seberang.

Dari umbai kami menaiki bot persendirian milik Tok Zain ke pulau besar. Tak pernah naik bot laju cam ni. 1st time ni..cuak sangat!!!

Apatah lagi sedang bot laju merentas selat melaka, Tok zain boleh pulak mematikan enjinnye di tengah2 selat melaka tu. Katanya, perlu isi minyak. ohooo,atuk....Dah la laut macam bergelora sikit. Kecut perut ni. Teringat saye akan firman Allah dalam surah luqman, ayat 32.

"Dan apabila mereka digulung ombak yg besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan tulus ikhlas beragama kepadaNya. Tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebahagian mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Adapun yg mengingkari ayat2 Kami hanyalah PENGKHIANAT yang tidak berterima kasih"

Ayat ni memang peringatan sangat buat diri sepanjang perjalanan tu. Bukan suka2 je nak ke pulau besar ni. Tapi carilah redha Allah, dan perhatikanlah kebesaran Allah di sane..

Ada apa dengan Pulau Besar?



 Pulau ni mungkin sahaja tidak secantik pulau tioman, tapi pulau ini kaya dengan sejarahnya. Pulau yg tidak dapat ditawan oleh keempat-empat penjajah yang menjajah Tanah Melayu. Dan di sinilah suatu masa dahulu ramai penduduk tanah melayu datang untuk belajar ilmu persilatan dengan Tok Janggut dan Tok Putih yg datang dari Acheh.

Penduduk asal yg meneroka pulau besar ini pula adalah orang Gujerat dari India yg datang ke Tanah Melayu untuk menyebarkan Islam dan juga berniaga.

Jom teroka
Kami sekeluarga berpeluang menaiki van untuk mengelilingi pulau besar ini. Misteri jugak pulau ni sebenarnye. Ramai India muslim menghuni di sini, dan banyak yang bertapa di kubur2 seperti kubur Tok Janggut, Tok putih dan kubur nenek.. No comment pasal bende ni, biarlah bergantung pada niat mereka masing2.

Menaiki van meneroka pulau ni merupakan pengalaman yg sangat adventure. Rase macam tak percaya sebuah van yg besar mampu mendaki bukit, membelah hutan dan melalui jalan2 sempit serta merbahaya.
Banyak ciptaan Allah yg maha besar yang dijumpai di sini. Sungguh Allah itu maha hebat. Subhanallah.

Antara tempat yg menarik ialah Batu terbelah, yg mane batu yg sangat besar itu terbelah dan di atasnya penuh dengan nasihat2 yg mengandungi akidah Islam. Mitos dari pekerja di situ, batu itu dibelah oleh panglima dengan menggunakan lidahnya. Dan kemudian, kami juga pergi ke Tasik Biawak, Perigi Bunian, Pokok disula, Pokok Sebatang dan banyak lagi..

Minta maaf, tak dapat nak upload gambar atas masalah technical.

Nyaris

Dan di satu ketika saat van kami ingin menuruni bukit, van tersebut berhenti dan tergantung. Tayar belakang tidak jejak ke tanah.Ya Allah, cemasnya hati ini. Kawan kepada driver van tu keluar dan cuba untuk menjejakkan van tersebut ke tanah. Di hadapan kami pula beberapa langkah sahaja ada gaung yang sangat dalam.

Dengan izin Allah, yg masih memberikan kehidupan kami di dunia, kami selamat dari detik2 cemas itu. Dan dapat meneruskan perjalanan mengelilingi pulau besar itu.

Kami juge sempat berpeluang melihat air pasang besar dan surutnye pun juge besar di sini. Masya Allah, hebatkan pentadbir alam ini... =)

Selepas bermalam di sini di sebuah chalet dan puas melihat kebesaran Allah, kami pun pulang ke jeti umbai. Dan sekali lagi menaiki bot dan kali ini diiringi pula dengan hujan. Lagilah berdebar-debar. huhu..

Namun, Allah lah yg mengatur segala-galanya. Bila Allah katakan jadi, maka jadilah.

Ayuh bertebaran di muka bumi ini dengan rendah hati dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak2, agar kita beruntung....(62:10)

~ps: sesuai juga buat rehlah dan program di sini..;)

No comments:

Post a Comment