Bismillah.
Alhamdulillah, hari ni sempat bertemu bersama di masjid yang damai dan kemudian berpeluang menaiki cable car bersama dengan seorang ukhti yang beberapa tahun baru sahaja memeluk Islam.
Memang sungguh banyak tarbiah yang Allah berikan padaku terutamanya dalam mengenali ukhti ini. Bukan hanya aku yang mengajarinya tentang islam ini, namun di celah-celah hubungan ini, ada sahaja hidayah Allah yang terpanah buatku. Syukur alhamdulillah..
Sedang kami duduk makan bersama sambil berbual-bual,
"Sebelum aku mati, aku nak sangat tengok Jeddah, Kaabah" kata ukhti itu.
"InshaAllah................." balasku
"Eh silap, aku ingin melihat Jeddah dan Jerusalem juge" tambahnya lagi
Aku terdiam seketika. Bukankah luar biasa himmahnya(semangat) itu.
Lalu aku menjawab, "Hm... kenalah tunggu Islam menang."
"Yup," katanya sambil mengangguk.
Aku tidak ingat quote ini dari siapa, tapi katanya kemenangan Islam itu lebih pasti daripada matahari terbit pada hari esok.
Sungguh aku tidak akan bertanya kapankah kemenangan itu, kerana aku yakin dengan janji Allah ini, dan kesabaran inilah yang membuatkan kita untuk terus menanti. Namun yang aku tertanya-tanya, apakah yang akan berlaku sebelum kemenangan ini?
Mungkinkah 3rd world war?
Atau boleh jadi pemulauan Islam besar-besaran yang menuntut kita berhijrah ke suatu tempat?
atau.... dan
atau.....?
Kemenangan islam ini tidak akan berlaku dengan magisnya. Tidak akan berlaku dengan hanya memukul tongkat seperti tongkat Nabi Musa yang membelah laut merah. Dan tidak mungkin juga orang-orang yang zalim itu dibinasakan oleh burung ababil seperti tentera Abrahah yang mati terkulai.
Sudah tentu ia memerlukan suatu usaha yang besar. Ia menuntut pengorbanan jiwa dan harta seorang muslim. Kalau di Eygpt, Tunisia, Libya dan kini Syria, mereka sanggup melepaskan kepentingan keselesaan mereka dan melawan kerajaan zalim di tempat mereka. Walaupun pelbagai ramalan yang tidak pasti di atas tindakan berani mereka ini, namun mungkin sahaja inilah satu jalan untuk menuju kepada kemenangan islam. Di sana aku melihat, muslim sudah berani menyuarakan hak mereka.
Persoalannya, adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi perkara ini? Adakah aku sudah bersedia melepaskan kepentingan diri ini sepenuhnya untuk kemenangan islam ini? Adakah aku merupakan orang yang berani menggadaikan apa sahaja termasuk nyawaku untuk kemenangan islam kelak?
Ohhh.... sungguh berdebar hati ini ya Allah.....
Kerana itu, masa yang ada ini bagaikan tidak cukup untuk menyediakan diri ini bukan saje dari segi fizikal, malah mental dan emosi jua. Dan tidak cukup juga, kita perlu mengumpul orang di sekeliling kita untuk turut sama dalam kemenangan ini. Malah segala potensi dan kualiti diri perlu sentiasa dipertingkatkan.
Fuh, ini bukan kerja yang boleh petik jari sahaja ok!. Sungguh ini memerlukan keSERIUSan kita.
Budaya hedonisme yang melekat pada tapak kaki kita ini, sukar betul untuk ditanggalkan sepenuhnya. Lantas ia membuatkan jiwa-jiwa kita lemah dan terus lalai dalam membuat maksiat.
Lihatlah rakyat di negara lain, mereka sudah jauh ke hadapan dalam perjuangan ini, sedangkan kita mungkin masih lagi termangu-mangu menanti apakah yang akan berlaku. Mungkin saje kita merasa cukup dalam zon selesa ini.
Ayuhlah sahabat handai, adik2, kakak2 dan sape jua anda, untuk kita SERIUS dalam kerja memenangkan Islam semula. Allahu'alam
Ya Allah pilihlah aku untuk ikhlas.
p/s : sungguh aku juga ingin melihat dan solat di Masjidil Aqsa ya ukhti :)

station cable car di sennaya |

No comments:
Post a Comment