Monday, May 14, 2012

Seperti meletak buah catur

Bismillah.

Permainan catur memang menjadi kegemaranku sejak aku berusia 6 tahun lagi. Dan boleh dikatakan semua ahli keluargaku pandai bermain catur. Pantang ade je masa lapang, kami akan membuka papan catur dan duduk bersama, bertelingkah, membacking antara satu sama lain dan begitulah sehingga salah seorang dari kami mampu mengalahkan antara satu sama lain.


Tetapi semalam, merupakan hari yang sangaaaaaaaaat bermakna, kerana aku mencuba permainan baru iaitu 'Paintball'. Corak permainannya seolah-olah same dengan catur, yang menjadi realitinya apabila akulah yang menjadi buah2 catur itu.This was really much interesting!

Seriously, menjadi pemikir strategi juge bukanlah mudah. Kerana setiap pergerakan itu ada risikonya. Sama ada kamu mati, atau kamu mara ke hadapan membunuh pihak musuh. Dan perasaan semangat dan takut, lebih2 lagi jika kamu ditinggalkan seorang untuk menentang musuh, dikepung oleh musuh ataupun kamu merupakan mangsa yang akan terkorban demi kemenangan. Fuh, ni baru permainan lah wei, belum lagi peperangan sebenar seperti di Palestin.

Dan aku juga belajar, dalam menguruskan dakwah ini juga ia seperti meletak buah-buah catur di tempatnya. Bukan semua orang boleh menjadi 'attacker' dan tidak boleh juga semua orang ingin menjadi 'defender'
sahaja.

Dan setiap peletakan buah-buah catur, bukan hanya simply thinking je tau. It needs a long time to think, concerning about many things. It depends on strength, ability, trust, time and place and so many on.

Deep thinking!

Kerana setiap keputusan akan memberikan kesannya. Dan pastilah kita mahukan hasil yang terbaik.
Dan yang lebih utama, setiap posisi buah-buah catur ini adalah sangat penting. Satu je mati, ia akan membolak-balikkan segala strategi dan melemahkan seluruh pasukan.


This is really like dakwah! Not just a simple tell about halal and haram,

Strategi dakwah mendesak kita untuk berfikir. Dan setiap orang ada posisi mereka. Dan setiap posisi pula walaupun ianya nampak kecil, tapi kehilanggannya akan membuatkan binaan dakwah ini lemah dan mungkin akan runtuh.

Kita tidak mungkin berada dalam setiap posisi, kerana kemampuan dan kekuatan kita terbatas. Namun kerana kepercayaan sesama kitalah, kite seolah-olah menjadi bangunan yang kukuh. Susah senang kita, takut, atau tidak yakin dengan kemampuan kite, hanya kepada Allah lah kita bergantung.

Allahu'alam.
~Sekadar coretan rasa hati sebab seronok sangat dapat merasai medan perang yang separuh sebenar. ;)~

p/ss : 15 mei, merupakan hari Nakba (kecelakaan). Mari berdoa untuk Palestin. Kalau tak tahu hari Nakba tu ape, boleh klik link ini : http://azamrussiakita.blogspot.com/2012/05/hari-nakbah.html





No comments:

Post a Comment