Saturday, October 20, 2012

Qudwah

Bismillah..

Buat sekalian kalinye,
aku noktahkan di sini.

rencah hidup seorang dai, pasti ade bezanya dengan seorang manusia biasa.

dirimu seringkali menjadi perhatian,
dirimu umpama teladan,
tutur katamu diperhatikan.
gerak gerimu seolah-olah menjadi ikutan.

Walaupun engkau tidak menyedarinya, namun percayalah setiap apa jua seorang dai lakukan, di situ ade expectation dari manusia yang memerhatikannya.

Bahkan sebenarnya engkaulah dai yang menjadi parameter mereka. Jika kau diam di saat manusia berbicara mengenai manusia lain, maka mereka juga akan cuba untuk berdiam.

Jika kau seorang yg sentiasa membaca alquran di mana sahaja, maka mereka juga inginkan kekuatan itu utk membaca al quran di mana sahaja dia berada.

Termasuklah pakaianmu, gaya hidupmu, kesukaanmu.... fuh!! Benar qudwah itu perlu.

Namun, jika kau adalah yang sebaliknya, buruk perilakunya, maka expectation yang ada pada diri mereka akan merundum. Sangkanya kamu adalah dai yang wara'. Kamu adalah dai yang menyeru manusia kepada Tuhannya.

Alangkah sedihnya, rencah hidup seorang dai sebegini akan memberi parameter yang salah kepada mad'unya.

Lantas, adakah kita sebenar-benar seorang dai? 

No comments:

Post a Comment