Sunday, January 13, 2013

Bile ada masa lapang

Bismillah.

Projekku kali ini adalah cuba utk khatamkan buku Raheeq Makthum sebelum tamatnya 6th year, di samping tu sambil melihat Omarseries yang sgtlah best ni.

Ni antara episod yang sangat terkesan di hati. 



Kita mungkin seringkali mengalirkan air mata bile lihat drama/series yang menyedihkan, tetapi kisah keluarga Yassir di dalam Omarseries ini lebih menyedihkan. Ia bukan membuatkan kte semakin putus asa, malah ia membangkitkan jiwa.

Walau sudah berpuluh atau beratus kali kisah kesyahidan Sumaiyah ini diceritakan, ia tetap memeri kesan yang mendalam buat hati. 

Subhanallah, 

Benarlah, kehidupan seorang muslim itu diwarnai dengan ujian. Ujian yang dibalas dengan hadiah yang terlalu besar nikmatnya berbanding kesakitan dan kesempitan emosi yang menimpa. 

Aku terasa kerdil melihat as-sabiqun al awalun ini. Mereka tidak ada masa bersantai-santai atau bersenang lenang menikmati kemewahan.

"Sesungguhnya orang yg hidup utk dirinya bisa hidup tenang dan santai. 
Namun, engkau yang memikul beban besar ini,mengapa tidur-tiduran sahaja? 
Mengapa engkau santai-santai sahaja? 
Mengapa engkau masih terlentang di atas tempat tidur yg nyaman dan tenang-tenang sahaja?

Bangunglah utk menghadapi urusan besar yg sudah menantimu.
Beban berat sudah menunggu di hadapanmu.
Bangunlah utk berjihad dan berjuang.
Bangunlah, kerana waktu tidur dan istirahat sudah habis.
Sejak hari ini engkau harus siap utk lebih banyak berjaga pada malam hari dan perjuangan yang berat lagi panjang
Bangunlah dan bersiaplah utk semua itu"
-Raheeq Maktum-

dush3x...
Rasa macam kene penampar bukan?

Mungkin sekarang aku tidak disibukkan dengan membawa usrah kerana mad'u ku semua sibuk prepare utk berjihad di medan pena. Namun aku mempunyai masa yang lapang kerana tidak mempunyai sebarang exam pada musim winter ni.

Nah, inilah masanya untuk bersiap siaga, untuk memantapkan diri, (menghafaz, membaca, menulis, mendengar) dan menyantuni hak2 manusia yang tidak akan pernah berhenti (DF, TI).

Moga Allah berikan kekuatan diri untuk terus bermujahadah. InshaaAllah :) 

Terpegun dengan kisah Cheng Ho.

Alhamdulillah,

Syukur diberi masa lapang ketika ini walaupun sebenarnya ia merupakan ujian, akhirnya khatam jugak buku Laksamana Cheng Ho ni.

Subhanallah, ada banyak cerita yang kite tak mungkin perolehi dengan hanya membaca buku teks sejarah. Ada banyak sisi-sisi penting yang tidak diungkap untuk kite terutama bagi kte yang menganut Islam.

Siapa sangka, Laksamana Cheng Ho yang selama ini menguasai perairan Laut China Selatan dan Lautan Hindi ini pada kire2 1402-1410 merupakan seorang muslim. Misi pelayarannya bukan seperti Cristopher Columbus atau mana2 colonist laen, yang hanya ingin mengaut keuntungan di negara-negara yang dijajahnya. Tetapi, alangkah indahnya rencana Cheng Ho, dia ingin menjalinkan persahabatan di negara-negara yang disinggahnya seperti Melaka, Champa, Annam, Srivijaya, India dan sampai ke Africa. Malah misi yang utama adalah menyebarkan Islam tersebut.

Dek kerana armada Cheng Ho yang sangat besar berganda-ganda daripada kapal Portugal, tiada siapa ketika itu yang boleh mengacau keamanan nusantara. Setiap lanun yang ditemui armada Cheng Ho, pasti Cheng Ho akan berusaha melawannya.

Masya Allah!

Bukan sekadar itu, Cheng Ho juga merupakan salah seorang panglima bersama Zhu Yuan Zhang (pengasas Dinasti Ming yang pertama), serta panglima2 muslim cina yang lain telah membebaskan kerajaan selatan China dari kekejaman kerajaan Monggol yang menggigit segala kehidupan rakyat Cina ketika itu.

Alangkah izzahnya kita pada Islam jika sejarah ini dikhabarkan kepada kita dengan interpretasi seorang muslim. Rasa macam banyak nak dikongsi bersama, tapi lebih best kalau bace sendiri bukunya. :)


Kisah Cheng Ho menjadi inspirasiku ketika ini, sejarah peradaban cina juga merupakan suatu cerita yang menarik dan siapa sangka ada teori yang mengatakan Islam datang ke Cina sejak zaman Nabi s.a.w lagi. Di mana saat itu ada orang Arab yang tidak tahan dipulau oleh masyarakat dan kemudian belayar sehingga ke negeri Cina. Maka lahirlah seperti Pu Shou Keng, seorang pedagang Arab yang diberi kepercayaan oleh maharaja cina menjadi Pesuruhjaya cukai.

Islam terus tersebar dengan kehendak Allah. Moga-moga kitelah orang yang dipilih untuk menyambung mata rantai dakwah ini hingga ke akhir kelak.

Allahu'alam.


Thursday, January 10, 2013

Trailer?

"Umar, di mana ayah kamu?", tanya Maria kepada si anak kecil yang berumur 8 tahun. Wajahnya cukup bersih dan menenangkan hati Maria.

Terukir senyuman di bibir Umar. Ditatapnya wajah putih Maria yang berbangsa Irish. Biarlah soalan itu tidak dijawabnya. Dia tidak mahu mengenang nasib sendiri, kerana yang pasti ada cahaya kegembiraan yang menanti.

Perlahan, Umar menarik tangan Maria dan dibawanya berlari-lari bersama di tepi pesisiran pantai semenanjung Gaza. Keceriaan, kegembiraan dan ketenangan jelas terpancar di wajah Maria yang selama ini kusut dengan segala persoalan kehidupan.

**********

Jeng jeng jeng. Trailer apakah ini?- inshaAllah.

Jom hayati lagu kemanan by Jes Ibrahim




Dengar tak tangisan si anak kecil
Akibat cerita derita manusia degil
Lihat tak wajah-wajah sedih nan muram
Insan beretap bertikai menembak geram
Peluru meluru bom meledak gelegak
Ibu jerit sakit papa luka anak teriak duka
Tubuh tumbang masuk parit
Mata belik mulut kaku terbuka

Insan sengketa
Mangsa derita
Apakah dosa kita???

Yang hidup terus tertanya
Ke mana perginya.. ke mana perginya
Si anak kecil terus bertanya
Ke mana perginya... keamanan
Ke mana perginya... keamanan

Sekarang... sekarang...
Mahu aman, mahu dunia aman
Mahu aman, mahu dunia aman.