Thursday, April 30, 2009

ibrah buatku.

Salam wrt.
Demi Dia yang maha mengetahui.


Alhamdulillah, sambil bibir ini turut beristighfar beberapa kali.
Aku terasa sedang ditarbiyah oleh Allah.

Tidak semua langkah yang ku ambil itu betul,
kerana aku juga manusia...

Pasti ada lompong-lompong kesilapan yang aku terlepas pandang.
namun kesilapan inilah yang mengajarku.
Dan dari sini lah Allah didik kesabaranku,

Astaghfirullah.
hampir saje aku berputus asa.

dan aku hampir terlupa akan satu ayat dari Allah.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"(Al-Insyirah,5-6)

Dulu aku pernah mengaku bahawa, itulah ayat favouriteku..
Rupa-rupanya, aku terlupa untuk beramal dengannya bila sampai di medan.
Lidah yang bisa mengungkap apa sahaja,
namun amal perbuatan lah sebagai saksi ungkapan itu..

Sekali lagi ingatan buat diri yang mudah lupa ini,
bukan result yang Allah lihat,

namun usaha dari hati yang ikhlas lah dinilai olehNya.
Sungguh Dia maha mengetahui dan maha teliti,
dan kelak pasti Dia kurniakan pembalasan yang sempurna.
kerana janjiNya itu pasti.

bergerak dengan husnuzon serta istiqamah...
dan tidak ada yg mungkin itu,
lebih baik dari apa yg telah berlaku..
moga ibrah ini buat kita bersama.


~jaga hubungan dengan Allah~

Monday, April 27, 2009

Kualiti

Salam wrt,


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan masa oleh Allah untuk diri ini menulis....Aku admit masih banyak mase yang tidak diguna dengan sebaiknya.

Jasad ini perlu dijaga dengan baik. Bukankah ia suatu amanah.

"You need to eat more and rest more!" masih terngiang-ngiang lagi nasihat lecturer physio ku selepas kami meng'analize heart activity masing2....Bunyi cam best je kan, sebab just kena makan banyak dan rest banyak. Boleh la senang-lenang.. Tapi sebenarnya ada sedikit rasa sebak di sudut hati ini.


Sebelum itu, diri ini ingin berkongsi ada 4 jenis orang di dunia:

1) Orang yang punyai akal yang sangat besar, tapi hatinya sangat kecil..

2) Orang yang akalnya kecil, tapi hatinya sangat besar.

3) Orang yang akal dan hatinya kecil, tapi musclenye sangat besar. Orang ini gagah perkasa.=)

4) Orang yang punya akal, hati dan muscle besar. Semuanya besar. Extravaganza=)

Muslim yang terbaik, itulah ciri yang keempat. Ciri yang aku sangat idamkan. Tapi aku sedar bahawa diri ini masih banyak kelemahan. Tak guna kalau akal kita setajam mane, namun hati kite kering. Kontang dengan makanan ruhani. Lame2 ia akan mati dan bila keras hati ini, segala cahaya Allah sukar untuk diperoleh. Namun seorang muslim yang baik itu juga, tidak cukup hanya dengan suapan rohani sahaja sehingga terlupa untuk menjaga diri dan akalnya. Ia perlukan ketajaman akal dalam setiap perkara dan juga muscle2 yang cukup kuat untuk bekerja demi agamanya. Ye, inilah die muslim yang berkualiti.

Akalnya besar, hatinya besar, musclenye juga besar.

Wa'Allahualam.


Wednesday, April 15, 2009

batu dan air

Dengan nama Allah pemilik kerajaan ini,

Sungguh Dia telah menciptakan apa-apa yang ada di langit dan di bumi ini untuk kita sama-sama berfikir..
\



Lihatlah batu yang luar biasa kerasnya ini. Amatilah air yang sedang mengalir dengan lembutnya...Sifat mereka berbeza. Namun, tujuan mereka tetap sama iaitu mengharmonikan muka bumi...Dan tidak pernah pula ada pertikaian di antara mereka.....

Duhai sahabatku, sama2 la kite sentiasa beringat..Tidak ada pertikaian di antara kita kerana setiap kewajipan itu adalah milik kita bersama. Dan setiap kemusykilan itu, adalah kemusykilan kita bersama....Ayuh, kukuhkan tembok ini!

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti sesuatu bangunan yang tersusun kukuh..(As-saff:4)

~Jangan tangguh sesuatu kebaikan~

Wa'Allahualam



terus~

Segala puji bagi Dia yang maha tinggi,
Dan segala puji bagi Dia yang maha menegetahui,
Saat ISK itu tertulis di mataku,
Aku terpana dengan reality sebenar..
desis hati kecil,
Siapakah aku wahai yang maha pengasih?

Tatkala kalimat syahadatul haq menghiasi ruang hati,
Oh.....aku akui,
jalan ini penuh liku,
Ia perlukan kesungguhan yang amat tinggi,
Bukan untuk orang manja sahabatku,
dan yang suka berkeluh-kesah....

Aku lalui lagi,
cuba mengintai apa itu ukhuwah...
Maaf...sungguh aku ini jahil.
Lalu (43:67) menyapa ke hati,
Terkedu lidah ini ya Allah,
Kerana hina dina diri ini,
Duhai Tuhan yang maha pengampun,
kepadaMu aku mengabdi...

Maka,tekadlah hati ini..
menyusuri jalan yang penuh warna.
Terkadang.....
hati yang sakit tidak tahan menanggungnya,
tapi inilah hadiahku buatMu,
Tanda syukurku yang tidak terhingga atas hidayahMu..

Dan dari sini,
aku dipanah dengan ujian2Mu,
tatkala Kau meletakkanku di lautan yang dalam,
bukan bermakna Dikau menginginkan aku lemas,
Tapi Dikau Kekasihku sedang mendidikku untuk belajar berenang..

agar aku mengenal erti sabar,
dan merasa indahnya tawakal itu...

Namun ada sesuatu yang lebih besar,
ISTIQAMAH,
(11:112) bermain di hati...
Adakah aku mampu duhai Kekasih agungku?
Sungguh medan kata itu amat mudah,
tapi medan amal,
memerlukan mujahadah yang cukup kuat...
Dan kepadaNya lah aku berharap..
agar Dia mentsabatkan hati ini
dan moga cinta ini berkembang mekar.
Allahumma inna nas_aluka hubbaka wa huba may_yuhibbuka wa hubba amalin yaqaribbuna ila hubbika
Ya Allah aku mohon cintaMu
Dan orang-orang yang menyintaiMu.
Dan cintakan amalan yang mendekatkan aku kepada cintaMu.
Amin...
~Uzlah syu'uriyyah~
Wa'Allahu'alam..

Saturday, April 11, 2009

Maayatullah...



"Hati yang bersih akan tersingkap baginya pelbagai rahsia ketuhanan. Semakin ia bersih, semakin memancarlah makrifat pada hatinya. Hati yang memancar ini adalah hati yang melalui proses ilmu, ibadah dan mujahadah yang istiqamah. Orang yang ihsan hatinya sentiasa melihat Allah di dalam pandangan dan pendengarannya di mana saja ia berada kerana orang ihsan itu merasakan maayatullah(kebersamaan dengan Allah)"



Wednesday, April 1, 2009

check point Ad-deen.

Dengan nama Allah, sang pencipta kepada cinta,

Alhamdulillah, segala puji bagi Dia Yang Maha Besar

..dengan izinNya, saje ingin bertukar angin untuk mencari wadah yang baru. Namun di mana pun ia, tujuannye tetap same. Hanya mencari keredhaanNya. Kepada Dia yang mencampakkan ikhlas, ku pohon moga setiap yang tertulis ini ikhlas dan jujur dari hati..

Aku bukanlah sasterawati yang mahir dalam kata dan aku juga bukanlah tok guru yang kaya dengan ilmu.. Aku hanyalah manusia biasa yang penuh dilumuri dosa. Cuma terkadang hati ini selalu meronta-ronta untuk berkongsi sesuatu. Maka di sini, insya Allah akan ku titipkan...


Di sini ada kisah cerita yang ingin ku kongsikan. Kisah cerita yang boleh jadi kitalah wataknya.....







Walau dimana pun kita dan walau siape pun kite, peta hidup kita menuju ke destinasi yang sama. Warnakanlah hidup ini dengan Ad-deen.....

Ya Tuhan kami, jangan Kau palingkan hati ini dengan kesesatan sesudah Kau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisiMu kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia...(Al-Imran:8)