Demi Dia yang maha mengetahui.
Alhamdulillah, sambil bibir ini turut beristighfar beberapa kali.
Aku terasa sedang ditarbiyah oleh Allah.
Tidak semua langkah yang ku ambil itu betul,
kerana aku juga manusia...
Pasti ada lompong-lompong kesilapan yang aku terlepas pandang.
namun kesilapan inilah yang mengajarku.
Dan dari sini lah Allah didik kesabaranku,
Astaghfirullah.
hampir saje aku berputus asa.
dan aku hampir terlupa akan satu ayat dari Allah.
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"(Al-Insyirah,5-6)
Dulu aku pernah mengaku bahawa, itulah ayat favouriteku..
Rupa-rupanya, aku terlupa untuk beramal dengannya bila sampai di medan.
Lidah yang bisa mengungkap apa sahaja,
namun amal perbuatan lah sebagai saksi ungkapan itu..
Sekali lagi ingatan buat diri yang mudah lupa ini,
bukan result yang Allah lihat,
namun usaha dari hati yang ikhlas lah dinilai olehNya.
Sungguh Dia maha mengetahui dan maha teliti,
dan kelak pasti Dia kurniakan pembalasan yang sempurna.
kerana janjiNya itu pasti.
bergerak dengan husnuzon serta istiqamah...
dan tidak ada yg mungkin itu,
lebih baik dari apa yg telah berlaku..
moga ibrah ini buat kita bersama.
~jaga hubungan dengan Allah~
No comments:
Post a Comment