Sunday, July 5, 2009

Di Mana?

Wawasan 2020.......
Malaysia kini sedang bertungkus-lumus mengejar negara maju.
Pemimpin sibuk memodenasikan negara dan berlumba-lumba memenangi hati rakyatnya.

Agaknye kan, selepas Malaysia bergelar negara maju, apakah lagi yang akan dikejarnya?
Megapolis?
atau negara persis America?

Sebagai Islamic country, sepatutnya kita punyai kelainan dan keunikan. Bukan sahaja lain dari sudut budaya tapi yang paling penting kita ini lain dari segi cara hidup. Lain dari segi akhlak. Tapi sayangnya, orang kafir tidak merasai kelainan itu. Tiada Islam yang dipamerkan. Dan akhirnya, Islam hanya menjadi fitnah.

Di mana Madinah di zaman Rasulullah s.a.w yang penuh dengan barakah? Kenapa tidak itu hala tuju Malaysia?

Sedangkan seorang mukmin yang real itu 10x lebih hebat dari satu orang kafir,
Disebut dalam firman Allah:

"Wahai Nabi (Muhammad)! Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yg sabar di antara mereka, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, kerana orang2 kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.(8:65)"

Bukan negara maju yang dapat mengalahkan mereka. Apatah lagi perlumbaan parti yang ingin memenangi hati rakyat, dan sanggup pula menggadaikan prinsip. Adoi, memang pening kepale tengok politik Malaysia ni.

Islam takkan naik dengan memodenkannya malah kita akan tetap duduk di tangga bawah.

Tapi Islam itu pasti naik jika muslim itu membina diri dengan menjadi mukmin yang sejati. Mukmin yang sabar dan punya semangat jihad yang tinggi....Kerana janji Allah itu pasti.

Peringatan buat diri ini juga~semangat dan sabar senantiasa~

Wa'Allahualam.

2 comments:

  1. salam atam..
    kite suke entry ni..
    mmg mendalam..bgus2..
    kalo la pak najib tu bace kan bagus..
    huhu..
    wateva pn, keep it u dear!!!

    ReplyDelete