Alhamdulillah masih berkesempatan menulis sesuatu pada alam maya ini.
Syahadat cinta?sudah lapuk cerita ini, baru aku ingin menulis sesuatu.
Mungkin kerana baru saje aku menonton filem ini bersama kakak, dan hati ku ini bergetar sekali lagi. Kerana menyaksikan betapa tulusnye sebuah hati mengenal Allah. Sebuah hati yang benar2 mencari erti cinta yg hakiki. Oleh kerana keyakinan iqbal yg mendalam, walau dicampak di mana sahaja kalau acuannye sudah cantik molek, maka sumbatlah apa saja ia tetap terbentuk dengan cantik.
Buat sape yg tak puas hati dan untuk aku juga yang dulu byk mengomen cite ni, sebenarnye aku baru tau ade sambungannya.... Novel trilogi.. Disambung dengan musafir cinta dan makrifat cinta. Di makrifat cinta inilah segala tanda tanya pilihan hati iqbal akan terjawab.
Memang tidak dinafikan setiap bende ade saje kekurangan. Bukan mudah nak puaskan hati semua org. So, tutup saje sebelah mate kekurangan pada crite ini kerana sudah tentu kebaikan itu lebih banyak. Insya Allah menjadi tarbiyah buat diri...
Sedikit pencerahan ingin ku berkongsi dari novel 'makrifat cinta' utk hati2 yg dahaga....
Berkati merekalah, ya Allah, aku merasakan betapa indah menjadi seorang muslim. Berkati mereka, aku menyedari wang dan material hanyalah sesuatu yg sirna. Tidak pernah abadi. Akan musnah. Akan lenyap. Wang dan material hanyalah alat untuk hidup, bukan tujuan untuk hidup. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tidak ada, alhamdulillah. Inilah hakikat ikhlas dan besarnya pahala ikhlas itu di sisi Allah sebagaimana yg dinyatakan Rasulullah S.A.W yg diriwayatkan daripada Abu Hudzaifah:
"Aku bertanya Jibril a.s tentang ikhlas, apakah ikhlas itu? Lalu jibril berkata:
Aku bertanya kepada Tuhan yg Maha suci, apakah sebenarnya?...
Allah menjawab:"Suatu rahsia daripada rahsiaKU yang Aku tempatkan di hati hamba2Ku yang Ku CINTAI."
~Yang merindui suara2 penaik iman=)
No comments:
Post a Comment