Thursday, September 17, 2009

life in this world....

Maha suci Allah yang sekalian alam ini tunduk kepadaMu....

Masa terus berlalu.. Dan tak pernah sekalipun masa itu menunggu kita. Semuanya bagaikan sekelip mata. Bagaikan tak percaya, apa yang telah dan sedang dilalui. Benarlah ayat dari Allah, masa hidup di dunia itu amatlah singkat bagaikan waktu duha..

Whatever happen, life must goes on..ayat yang selalu disebut ramai orang. Aku mengetap bibir seketika. Memikirkan ayat ini.......

Hidup kita di dunia bukan seperti kehidupan di syurga. Kerana dunia itu dunia. Tak mungkin bole sama kehidupannya di syurga kelak. Impossible! Kerana pasti setiap ciptaan Allah itu ada tujuannya.

Syurga yang luas nan indah itu, disertai dengan sungai2 yang mengalir, dilengkapi dengan makanan2 yang tidak pernah jemu, yang nikmatnya itu tidak pernah terlintas di hati manusia, sudah pasti ia mempunyai tiket yang mahal untuk dimilikinya.. Tidak menginginkah kite?

Hidup di dunia ini adalah satu ujian.. Siapa yang menggenggam excellent result akan menikmati syurga dan sebaliknya. Dan panahan ujian yang datang itu ade bermacam-macam bagi setiap orang. Allah menguji berdasakrkan kadar imannya. Sometimes kite diuji dengan perkara yang kita benci. Kita lelah, lemah, letih, derita, dan rasa tidak tahan lagi dengan ujian. Sometimes juga, kita sering diuji dengan perkara yang kite suke. Kite merasa gembira dan bangga tanpa menyedari bahawa hati tidak bersyukur kepadaNya.

Aku memejamkan mata seketika. Dan mengakui benarlah ayat Allah., "...........boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(2:216)

Hakikat kebanyakan manusia yang tidak mahu bersusah payah dan sungguh manusia itu banyak keluh kesahnya. Astaghfirullah... Terasa banyak sangat ujian yang tak lulus. Maka itu, Allah selalu hantar ujian yang sama berkali-kali. Aku redha, jika itu didikan yang terbaik buatku..

Dari ujian2 inilah, Allah mencari sang pemilik tiket ke syurga itu. Allah akan sentiasa menguji sejauh mane keikhlasan seseorang itu dalam mengabdikan diri dan bekerja kepadaNya... Inilah dia tapisan Allah.

Ramadhan hampir melabuhkan tirainya dan seorang mukmin itu tetap sentiasa memperbaiki diri...Tidak pernah ada kata perfect dalam imannya.

 Kerana firman Allah itu, "Wahai orang2 yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim"(3:102) 

Yup,tiada siapa yang tahu apekah ciri sebenar-benar taqwa itu melainkan Dia....
27 Ramadhan...~muhasabah diri~

2 comments: