Sunday, October 4, 2009

untuk penguat hati.

Maha suci Allah yang kekal abadi itu...

Mase memang sangat berharga buat ketika ini. Namun aku masih ingin menitipkan sesuatu di sini untuk menjadi penguat hati.

Aku melihat di sebelah jalan yang ku lalui. Di situ ade pelbagai keseronokan. Di sana aku melihat masa yang ade terlalu banyak dan boleh diisi dengan perkara2 yang tidak memenatkan. Tidak memerlukan komitmen. Malah boleh melakukan banyak perkara yang disukai. Bebas sebebasnya. Kuatnye tarikan itu.. Penuh ditaburi hiasan2 dunia.


Namun, jalan yang sedang ku lalui itu sangat berbeza. Ia satu jalan yang panjang dan penuh dengan dugaan. Tidak cukup itu sahaja,ia memerlukan pengorbanan yang luar biasa dari segi masa, harta dan jiwa. Untuk siapakah perngorbanan itu?

Jalannya amat sukar, tapi kenape aku masih di sini?

Kerna aku melihat jalan ini punye tujuan. Tujuan yang amat indah, iaitu Allah sang penciptaku. Dan aku meyakini tanpa menempuhi jalan ini, bisa saja aku tidak berdaya meneguhkan hati ini untuk sentiasa tunduk kepadaMu. Dan pasti penghujung jalan ini sebuah kemenangan yang besar iaitu syurga. Dan yang paling bermakna, aku menanti-nanti saat 'salam' yang bakal diucap dari Allah yang maha penyayang.

Terkadang aku merasa lemah dan tidak berdaya, namun saat aku melihat wajah2 kudus mereka, Allah selalu menguatkan semula. Dari situ aku temui satu kepuasan. Kepuasan yang sukar untuk ku luahkan melainkan aku terlalu cinta akan jalan ini. Namun, hanya Dialah yang sentiasa menguatkan ruhi dan jasad ini...
Sungguh masih banyak yang perlu dipelajari, difahami dan diperbaiki.

~Ya tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada Kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pemberi."(Al Imran:8)~

No comments:

Post a Comment