Wednesday, March 31, 2010

besarkah cinta kite?

Salam wrt..
bismillah..
demi nama Allah yg maha mengetahui,

Alhamdulillah, aku masih diberi peluang hidup lagi.. 2-3 minggu ni terasa banyaaaaak sgt yg berlaku pada diri dan juge dunia. Ingin mencari apakah hikmah Allah atas semua ini, dan apakah aku akan terus tetap berjalan menujuMU dengan penuh keikhlasan?

Kita mungkin diuji bermacam-macam, diuji dengan emosi sendiri, diuji dengan perasaan yg amat takut.. hingga kadang2 kte merasakan diri ini dah xtahan lagi, rase mahu mengalah je..

Tapi wahai hati, lihatlah manusia yg laen, lihatlah bagaimana teruknye para sahabat di Mekah dipulaukan, tiada makanan yg cukup, tiada tempat tinggal yg sempurna. Hayati pula kisah sedih saat Rasulullah s.a.w kehilangan dua orang yg paling disayanginya.. Ujian Allah maha hebat saat itu. Hilangnya tunjang dakwah baginda ditambah lagi dengan penolakan dakwah dari kaum Taif. Penolakan itu bukan sekadar kata-kata cela, tapi badan Rasulullah s.a.w dihujani dengan batu....

Itu lah Allah yg akan menguji sebesar mane cinta hambaNya, yg mengaku beriman kepadaNya..

Diriwayatkan bahawasanya, seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w : Wahai Rasulullah saya mencintaimu. Baginda menjawab : Kalau begitu bersedialah menhadapi kefaqiran (rase memerlukan). Orang tersebut juga berkata : Saya juga mencintai Allah. Baginda menjawab lagi : Kalau begitu bersedialah menghadapi bala (ujian) ~(Hadith riwayat at-tirmizi)



Kalau cintakan Allah hanya kepada kebaikan, ketahuilah Allah juge akan menurunkan ujian kepada hambaNya. Maka itu Allah sgt mencintai orang yg sabar dgn mehnah hidupnya. Orang itu sentiasa redha dgn segala ketentuan Allah kerana die sentiasa bersangka baik dgn Allah. Tiada rse mengeluh, malah semakin kuat ujian itu, semakin dalam rase cinta... Subhanallah, cantiknya kesabaran ini, hebatnye jadi orang seperti ini kan?

Ku akhiri dengan coretan ungkapan cinta Rabiatul Adawiyah kepada Allah :
Aku mencintaimu dengan dua cinta iaitu cinta kerana keinginan
Dan cinta kerana Kau layak dicintai.

Adapun yang merupakan cinta kepada keinginan
Maka kesibukanku dengan mengingatiMU daripada mengingati selainMU

Adapun cinta kerana Engkaulah yang layak untunknya
Maka Engkau menyingkap untukku tabir sehingga aku melihatMU.

Tiada pujian dalam kecintaan ini mahupun kecintaan itu bagiku
Tetapi hanyalah bagiMU segala pujian pada kedua-dua cinta ini..

MasyaAllah, moga kite terus sabar dgn ujian Allah utk buktikan besarnya cinta kite kepada Allah.
Allah lah kekuatan,
Allah lah tempat bergantung..
Allah,.....jantung hati kte :D

~yg sgt mendambakan cintaNya...=)

Saturday, March 13, 2010

Allah lg syg along.

Dengan nama Allah.

Sy tak tau nak mule bagaimane dan saye tak tau nak tules kat mane.
tp inilah sebuah cerita, inilah yg ade dari hati..

12/3/2010

"salam along.happy bday bakal bapak org!. moge hidupmu sentiase diberkati Allah=)"

Reply msg dari abah :
"Uteh,along dah meninggal.xcident"

...........


12/3/1984 along berpijak di muka bumi sebagai hamba Allah, dan 12/3/2010 along selamat kembali kepada Allah. Tak sape sangka, tak sape mahu...tp Allah lebih tahu yg terbaik. Dari russia, uteh x mampu nak buat pape, xdapat nak lihat wajah along buat kali terakhir, x dapat bacekan yasin di depanmu.. tp mungkin lembaran ni jelah yg mampu ditatapkan. moge di akhirat nanti ia terpapar buatmu.

Genap 26 tahun along berpijak di bumi, memegang amanah sbgai yg tersulung, sebagai abang yg memikul tanggungjawab kepada adik2nye...Bg uteh, along buat dgn sgt baik. Tugas along skrg dah selesai, Allah lebih syg along.

Allah selalu amek org yg kte paling syg, org yg paling kita harap, dan paling penting dalam hidup kte..x laen x bukan pasti lah untuk menguji kte. Setiap yg hidup pasti mati kan. Bile tibe giliran kite pule entah bagaimane. Entah ape pule carenye yg diambil. Moga Allah sentiase kuatkan mak, abah, angah,ude dan adik... Dan kpd tunang along...tabahkan hatimu kak...Allah lebih hebat perancanganNya dari kite.
wa'Allahualam.

Ya Allah,moga Kau beri belas ihsan padanye agar ditempatkan disyurga kelak.

~yg nak sgt jumpe along di syurge....
nizhny,jumaat,12/3/2010

Saturday, March 6, 2010

peringatan utk ikhlas lg dan lg. =)



(saje letak video ni, sbab selalu lupe nak bersyukur kat Allah sedang Dia dah tunjukkan sebuah jalan yg menujuNya).

Dengan nama Allah sbgai pemilik cinta tertinggi.

Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk badan dan rupamu, tetapi langsung melihat niat dan keikhlasan dalam hatimu. (HR Muslim)

Aku sering bertanya, ikhlas itu apa dan bagaimane?
Hebatnya nilai ikhlas ini, hinggakan Allah hanye menerima hambanya yg ikhlas shj utk diberi syurga seluas langit dan bumi.

Sahabatku, Allah itu hanya pandang hati...dan hati yg diterima itu adalah hati yang bersih dan ikhlas. Kadang2 kte dah try buat amal dgn sembunyi2,tp rupanye ada ujub (bangga diri)dalam diri. Kdg2 pula kite cuba buat amal sebaik mungkin, tp rupanye kte mengharap pujian dr manusia. Kdg2 juga kte berusaha utk mentarbiyahkan manusia yg lain, tp rupanye kte hanya mengharap kemuliaan dari manusia. Kita berusaha utk berubah menjadi muslim yg lebih baik, tp rupanya kte berubah bukan kerana Allah...Astaghfirullah....

Begitu sukar kan?

Takutnye bile bukak buku amalan di akhirat, kosong je. Segala amalan hanya sia2 hanya kerana kita tidak meletakkan Allah sebagai tujuan.
Hakikat ikhlas yg ramai ingin mengecapinye. namun seperti yang di riwayatkan dari abu huzaifarah : Rasulullah s.a.w : "Aku bertanya kepada Jibril, apakah ikhlas itu?" Lalu jibril berkate : " Aku bertanya kepada Tuhan yg maha suci, apakah ikhlas itu?" Lalu Allah menjawab,

"Suatu rahsia daripada rahsiaKU yang aku tempatkan di hati hamba2ku yg Ku CINTAI"

Sebesar mana pun kte meluahkan ungkapan cintakan Allah, tapi tiada siapa yg mampu claim dirinya juga dicintai Allah.

Maka,mintalah ikhlas itu dari Allah. Pasti Dia akan beri kepada sesiapa yg mencintainya dan mengejarNya.
wa'Allahualam.

~..adapun orang2 yg beriman sgt besar cintanya kepada Allah....(2:165) =)