Salam wrt..
bismillah..
demi nama Allah yg maha mengetahui,
Alhamdulillah, aku masih diberi peluang hidup lagi.. 2-3 minggu ni terasa banyaaaaak sgt yg berlaku pada diri dan juge dunia. Ingin mencari apakah hikmah Allah atas semua ini, dan apakah aku akan terus tetap berjalan menujuMU dengan penuh keikhlasan?
Kita mungkin diuji bermacam-macam, diuji dengan emosi sendiri, diuji dengan perasaan yg amat takut.. hingga kadang2 kte merasakan diri ini dah xtahan lagi, rase mahu mengalah je..
Tapi wahai hati, lihatlah manusia yg laen, lihatlah bagaimana teruknye para sahabat di Mekah dipulaukan, tiada makanan yg cukup, tiada tempat tinggal yg sempurna. Hayati pula kisah sedih saat Rasulullah s.a.w kehilangan dua orang yg paling disayanginya.. Ujian Allah maha hebat saat itu. Hilangnya tunjang dakwah baginda ditambah lagi dengan penolakan dakwah dari kaum Taif. Penolakan itu bukan sekadar kata-kata cela, tapi badan Rasulullah s.a.w dihujani dengan batu....
Itu lah Allah yg akan menguji sebesar mane cinta hambaNya, yg mengaku beriman kepadaNya..
Diriwayatkan bahawasanya, seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w : Wahai Rasulullah saya mencintaimu. Baginda menjawab : Kalau begitu bersedialah menhadapi kefaqiran (rase memerlukan). Orang tersebut juga berkata : Saya juga mencintai Allah. Baginda menjawab lagi : Kalau begitu bersedialah menghadapi bala (ujian) ~(Hadith riwayat at-tirmizi)
Kalau cintakan Allah hanya kepada kebaikan, ketahuilah Allah juge akan menurunkan ujian kepada hambaNya. Maka itu Allah sgt mencintai orang yg sabar dgn mehnah hidupnya. Orang itu sentiasa redha dgn segala ketentuan Allah kerana die sentiasa bersangka baik dgn Allah. Tiada rse mengeluh, malah semakin kuat ujian itu, semakin dalam rase cinta... Subhanallah, cantiknya kesabaran ini, hebatnye jadi orang seperti ini kan?
Ku akhiri dengan coretan ungkapan cinta Rabiatul Adawiyah kepada Allah :
Aku mencintaimu dengan dua cinta iaitu cinta kerana keinginan
Dan cinta kerana Kau layak dicintai.
Adapun yang merupakan cinta kepada keinginan
Maka kesibukanku dengan mengingatiMU daripada mengingati selainMU
Adapun cinta kerana Engkaulah yang layak untunknya
Maka Engkau menyingkap untukku tabir sehingga aku melihatMU.
Tiada pujian dalam kecintaan ini mahupun kecintaan itu bagiku
Tetapi hanyalah bagiMU segala pujian pada kedua-dua cinta ini..
MasyaAllah, moga kite terus sabar dgn ujian Allah utk buktikan besarnya cinta kite kepada Allah.
Allah lah kekuatan,
Allah lah tempat bergantung..
Allah,.....jantung hati kte :D
~yg sgt mendambakan cintaNya...=)
salam,
ReplyDeletebest artikel atam ni, teruskan menulis ukhti ya!
salam kak aisyah,
ReplyDeleteinshaAllah.. =)