(saje letak video ni, sbab selalu lupe nak bersyukur kat Allah sedang Dia dah tunjukkan sebuah jalan yg menujuNya).
Dengan nama Allah sbgai pemilik cinta tertinggi.
Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk badan dan rupamu, tetapi langsung melihat niat dan keikhlasan dalam hatimu. (HR Muslim)
Hebatnya nilai ikhlas ini, hinggakan Allah hanye menerima hambanya yg ikhlas shj utk diberi syurga seluas langit dan bumi.
Sahabatku, Allah itu hanya pandang hati...dan hati yg diterima itu adalah hati yang bersih dan ikhlas. Kadang2 kte dah try buat amal dgn sembunyi2,tp rupanye ada ujub (bangga diri)dalam diri. Kdg2 pula kite cuba buat amal sebaik mungkin, tp rupanye kte mengharap pujian dr manusia. Kdg2 juga kte berusaha utk mentarbiyahkan manusia yg lain, tp rupanye kte hanya mengharap kemuliaan dari manusia. Kita berusaha utk berubah menjadi muslim yg lebih baik, tp rupanya kte berubah bukan kerana Allah...Astaghfirullah....
Begitu sukar kan?
Takutnye bile bukak buku amalan di akhirat, kosong je. Segala amalan hanya sia2 hanya kerana kita tidak meletakkan Allah sebagai tujuan.
Hakikat ikhlas yg ramai ingin mengecapinye. namun seperti yang di riwayatkan dari abu huzaifarah : Rasulullah s.a.w : "Aku bertanya kepada Jibril, apakah ikhlas itu?" Lalu jibril berkate : " Aku bertanya kepada Tuhan yg maha suci, apakah ikhlas itu?" Lalu Allah menjawab,
"Suatu rahsia daripada rahsiaKU yang aku tempatkan di hati hamba2ku yg Ku CINTAI"
Sebesar mana pun kte meluahkan ungkapan cintakan Allah, tapi tiada siapa yg mampu claim dirinya juga dicintai Allah.
Maka,mintalah ikhlas itu dari Allah. Pasti Dia akan beri kepada sesiapa yg mencintainya dan mengejarNya.
wa'Allahualam.
~..adapun orang2 yg beriman sgt besar cintanya kepada Allah....(2:165) =)
No comments:
Post a Comment