Alhamdulillah3x,
Di kesempatan ini ingin mengucapkan kepada semua, "selamat memasuki ke madrasah Ramadhan".
Moga ramadhan ini menyembuh lagi penyakit2 hati. inshaAllah (^.^)
Dan dari diri saye sendiri, masih ingin mengejar erti ikhlas itu. Mungkin dah banyak kali diingatkan, dan banyak kali ditulis di blog ini, namun saye belum jemu lagi utk diingatkan dan memperingatkan hakikat keikhlasan.
Tanpa ikhlas apalah nilai sebuah amal. Malah barangkali sesuatu amalan itu terbitnya ria' di hati. Mungkin terkadang saye tidak sedar, yg dikejar hanyalah kebendaan, hanyalah balasan dunia, meminta agar dapat dilihat hasilnya dari Allah atau meminta pujian dari manusia.
Sedangkan Allah berfirman "dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yg lebih banyak" (Al-Muddasir:6). Astaghfirullah 3x...
Hakikat keikhlasan dan mengamalkannya adalah laut yang dalam,
semua orang lemas di dalamnya,
kecuali seorang yg pelik, jarang ade, individu yang ampuh.
Mereka inilah dalam firman Allah, "kecuali hamba2mu yang ikhlas"
Malah orang yg ikhlas tidak perlu memperingatkan orang lain tentang apa yg ada padanya,
Dia tidak perlu kempen atau pembelaan diri.
Sesungguhnya dia seperti bunga yang semerbak mewangi,
dia memaksa orang yg melalui berhampirannya berpaling ke arahnya,
dan menikmati keharuman yg istimewa,
sekalipun orang yg berlalu di sisinya itu,tidak melihatnya buat kali pertama.
(Muhammad Ahmad-Al rasyid)
~Moga Allah pilih kita sebagai hamba2 yg ikhlas. Bersihkan batin lagi di bulan ramadhan, kerana sesungguhnya kebaikan zahir tidak berguna jika hati batinnya rosak~
Allahu'alam.
1910 pm
4 Ramadhan
No comments:
Post a Comment