Setiap hari yang dilalui itu telah tersusun oleh Allah. Orang2 yang kini berada dekat denganku juga telah ditentukan oleh Allah. Dan tiada yang mungkin itu lebih baik dari apa yang telah berlaku.
Ungkapan itu mudah untuk ku ingati, namun bila ianya terkena di batang hidung sendiri, aku masih lagi merupakan manusia yang berbantah-bantah.
Kenapa? Adakah aku ingin lari dari ujian?
Sedangkan orang yg beriman itu perlu diuji imannya.
Orang yang katakan cinta pada Allah, perlu diuji cintanya.
Teringat kate seorang sister semase ter'join' usrah di masjid shah alam.
Nasihat nye ringkas je, iaitu kita kene sabar.
Sabar dengan pelbagai kerenah manusia yang pelbagai.
Dari Ibnu Musayyab r.a., ia berkata:
Ketika Rasulullah sedang duduk bersama para sahabatnya, ada seorang lelaki yang menyakiti Abu Bakar tetapi Abu Bakar diam sahaja. Kemudia orang itu menyakitinya lagi tetapi Abu Bakar tetap diam sahaja. Kemudian orang itu menyakitinya untuk kali ketiga lalu Abu Bakar pun membalasnya. Menyaksikan hal itu, Rasulullah pun bangkit, lalu Abu Bakar bertanya: 'Apakah engkau mendapati aku telah bersalah wahai Rasulullah?'
Rasulullah bersabda : 'Malaikat turun dari langit mendustakan apa yang dikatakan oleh orang itu. Tetapi ketika kamu membalasnya maka malaikat itu pun pergi dan setan pun duduk. Kerana itu, aku tidak suka duduk bersama setan'
~HR Abu Dawud~
Best kan hadis ni. Terasa hina sangat diriku.
Jika perkara2 kecil aku tidak mampu bersabar, bagaimane pula nanti dengan perkara2 yang besar. Tidak cukup hanya bersabar, namun Allah ajarkan, sabar itu haruslah sobrun jamil (sabar yang indah). Iaitu pabila bersabar, dengan tidak disertai keluhan atau aduan kepada sesama manusia, tidak menceritakan kesakitan yang dideritai, dan tidak pula merasakan dirinya suci dengan demikian.
Seperti yang dimiliki Nabi Yaa'qub a.s ketika kehilangan anaknya Nabi Yusuf,
"Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan kepada Allah sahaja memohon pertolonganNya terhadap apa yang kamu ceritakan." (Yusuf : 18)
Jalan dakwah memang tidak sunyi dari ujian. Tapi hanya Allah lah tempat mengadu.
Allahusomad! Hanya Allah lah tempat bergantung.
Sakit hati, perit, marah, itu hanyalah ujian perasaan. Sedangkan sahabat pada dakwah sirr(sulit), ujian mereka adalah siksaan dan penindasan. Dan hasil tarbiyah Rasulullah s.a.w mereka mampu merintanginya dengan sobrun jamil... Subhanallah.
Aku membaca ayat2 al-quran, lalu Allah tautkan hatiku di sebuah ayat yang sangat menenangkan,
"Maka sabarlah engkau atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbit, dan sebelum terbenam dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di hujung siang, agar engkau merasa tenang" (Taha : 130)
Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah
~Allah knows~
700am
12 September 2010
Jazakillah fatimah othman..
ReplyDeleteFasobrun jameel
Benar, mudah utk diperkatakan.. tapi utk praktikkan pada setiap masa, keadaan & tempat, di situlah letaknya ujian yg sebenar...
Dan beruntunglah org yg sabar kan, kerana dia mampu melihat ke arah sebuah keabadian. Akhirat yg abadi, bukan dunia yg sementara.
waiyyak ibadurrahman.
ReplyDeletemoge Allah kurniakan hati kita dgn sobrun jamil.inshaAllah.