Bismillah...
Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal kamu belum mengalami apa yang telah dialami oleh manusia sebelum kamu? Mereka telah menderita kesusahan dan keperitan hingga bergegar(keimanan) mereka. Sehingga Rasul dan orang2 yang beriman yang bersamanya tertanya-tanya : "Bilakah gerangan datangnya pertolongan Allah?" (Insaflah) bahkan pertolongan Allah itu dekat jua. (2:214)

Belum susah mane pun lagi ujian Allah tu menimpamu, belum kuat mane pun usaha yang kau lakukan itu.. Allah tawarkan suatu barang yang lebih tinggi nilainya dari sebesar mana pun sebuah pengorbanan. Ingatlah akan hadis ini :
Siapa yang bimbang bergegas pulang, siapa yang bergegas pulang akan sampai ke kediamannya. Sesungguhnya barangan Allah amat mahal. Barangan Allah ialah syurga.
(hadis riwayat Al Tarmizi dan Al Hakim)
Jom terus mujahadah. Takleh asyik manja dengan dunia. Janganlah kau lemah dan janganlah kau menghitung pengorbananmu, kerana tawaran Allah itu tiada tandingannya.
Selamat menjalani ibadah kurban(^.^)
No comments:
Post a Comment