Bismillah...
Sayu aku melihat dari kejauhan seorang nenek tua yang berusaha untuk sujud menyembah Allah. Lututnya sudah sakit untuk dibengkokkan. Perlahan geraknya.... Alhamdulillah, setelah bersusah payah, die berjaya juga untuk sujud menyertai jemaah lain.
Tiba di rakaat ke-3, akhirnya dia hanya menggunakan isyarat badan untuk ruku' dan sujud. Dia tidak berdaya lagi untuk berdiri sepenuhnya. Apatah lagi sendi-sendinya yang sakit itu tidak dapat dibendung lagi.
Oh....inilah nikmat muda yang selalu disalah ertikan.
"Masa muda-mudalah kita enjoy!"
Enjoy dengan dunia, dan kemudian bila sudah tua, barulah sibuk2 nak mencari ampunan Allah.. Saat tenaga semakin berkurang, kaki mula sengal2 dan mata ini sudah kendur, apa sangatlah yang mampu untuk dilakukan demi memperoleh syurga Allah yang tiada tandingan itu.
Duhai manusia...nikmat Allah yang manakah telah kita dustakan?
Setelah solat, nenek itu menghampiriku.. Lalu dia mendakap erat tubuhku.. Ya Allah, bergenang air mata ini....kerana dia menyedarkan aku tentang nikmat muda ini. Nikmat yang tak mungkin dapat diulang kembali.
Ampunkan diri yang tidak bersyukur selama ini.
Jiwa-jiwa pemuda berserta himmah(semangat) yang membara ini adalah sebuah nikmat. Dan nikmat yang terbesar di sesuatu tempat adalah wujudnya pemuda-pemudi yang memberi peringatan.
Allahu'alam.
Fastabiqul khairat! (2:148)
20 November 2010, 14 Zulhijjah 1431h
1240pm
mode : winter is coming =)
No comments:
Post a Comment