Bismillah..
Angin sejuk ini benar2 menampar pipiku. Winter kali ini memang luar biasa. Salji tebal hingga ke paras lutut menyukarkan aku untuk berjalan menuju ke mana-mana sahaja. Di tambah pula dengan traffic jam yang luar biasa teruknya.
Semua ini adalah sukar untuk sesiapa sahaja.
Ada suatu phrase yang aku suka. Entah dari siapa, aku tidak pasti.
"Orang yang bersemangat akan mencintai apa sahaja di hadapannya"
Yes, aku perlukan himmah. Kita perlukan himmah ini. Perlukan himmah untuk terus mendaki. Bukan hanya himmah untuk ke kelas sahaja merentasi salji2 yang indah itu, bukan hanya himmah untuk rajinnya memasak makanan yang enak2 belaka, bukan himmah untuk perkara keduniaan... Tapi ada satu perkara yang lebih besar dari ini semua. Iaitu mengembalikan semua orang kepada Islam. Agar setiap orang di pelusuk dunia ini merasakan cahaya islam ini.
Kerja kita adalah terus mentarbiyah dan ditarbiyah!
Benar, ia bukan suatu yang best. Ia tak mungkin dicapai dengan hanya bergoyang kaki menghadap laptop. Kerana itu, aku juga perlukan mujahadah. Iaitu membestkan sesuatu yang tidak best untuk hati ini.
Terasa futur ini telah lama aku hiasi. Hinggakan angan-angan yang panjang itu mengaburi matlamat sebenar. Dunia ini tampak indah. Namun manusia sering lupa ia adalah sebuah permainan senda gurau. Astaghfirullah.
Aku ingin terus mendaki, kerana syurga itu penghuninya adalah orang2 yang hebat.
Siapa yang akhirat menjadi himmahnya, maka Allah menjadikannya kaya... siapa yang dunia himmahnya, maka Allah menjadikan kemiskinan di depan matanya. Astaghfirullah.
Masih banyak lagi hafalan yang tak dicover, masih kurangnya usaha dakwah yang dilakukan, masih banyak lagi anak tangga yang harus dilalui. Hari ini aku perlu berubah, tidak, saat ini aku harus merancang dan mengatur. Doakan diri ini~
Afwan, kalau ayat ni macam putar belit. Bacalah post ni kalau nak lebih faham~
http://muharikah.wordpress.com/2006/06/23/himmah-aliyah/
No comments:
Post a Comment