Alhamdulillah... seronoknye bila seorang ukhti ini meminjamkan buku Fatimah Az-Zahara padaku. Dah lama aku teringin untuk membaca kisahnya. Jazakillahu khairan katsira =)
Sungguh pabila aku membacanya, kelu lidahku ini, kerana akhlak puteri Rasulullah s.a.w ini terlalu jauh berbanding dengan diriku yang hina ini.
Beliau itu adalah penghuni syurga. Malah bukan itu sahaja, beliau adalah penghulu wanita mukmin dan wanita yang paling dicintai Rasulullah s.a.w. Hinggakan sabda nabi s.aw. :
"Fatimah adalah sebahagian dari diriku, siapa yang membuatnya marah bererti membuatku marah dan apa yang membuatnya gembira juga membuatku gembira."
dan betapa bestnye ditambah dengan sabda Nabi s.a.w ini :
"Apabila tiba hari kiamat, ada seruan dari perut ARSY, "Wahai makhluk Allah, pejamkanlah mata kami sehingga Fatimah binti Muhammad melalui sirat."
Sungguh besar ganjaran buat wanita agung ini. Sedangkan hidupnya di dunia ini terlalu singkat. Fatimah bernikah dengan Saidina Ali ketika berumur 9 tahun, memperoleh 4 orang anak Husin, Hasan, Umi Kalthum, Zainab dan kemudian meninggal dunia ketika berumur 18 tahun.
Singkatkan?
Namun, jasanya terlalu besar buat dunia ini. Terlalu berharga untuk dunia ini. Hidupnya sudah pasti bukan seperti kita yang biasa2.
Sejak kecil, Fatimah menyaksikan penyeksaan yang hebat dari kaum Quraisy ke atas Islam. Dan sejak kecil juga die telah terpisah dari ibunya yang tercinta, Saidatina Khadijah. Menangislah Fatimah saat pemergian bondanya itu.
Fatimah jugalah yang mendukung dakwah nabi s.a.w semenjak ketiadaan Khadijah. Pernah suatu ketika, saat Nabi s.a.w solat di hadapan Kaabah, baginda dilemparkan dengan perut lembu dan najis haiwan. Lalu Fatimah dengan pilunya, membersihkan najis yang berpalit pada tubuh ayahnya sambil memarahi orang2 Quraisy yang ketawa di situ.
Dan cuba bayangkan ketika umur belasan tahun, di alam remaja ini beliau sudah menjadi seorang ibu. Bukan sebarangan ibu, tetapi ibu kepada para imammiyah. Ibu yang mendidik anaknya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.
Beliau digelar ummu abiha(ibu kepada ayahnya), menjadi pendukung kepada panglima perang Islam yang terhebat, Saidina Ali, dan menjadi pendidik kepada para imamiyah.
Masa mudanya terlalu hebat. Hanya 18 tahun beliau telah dijanjikan sebagai penghulu syurga.
Huhu, sedangkan aku?
Dunia tidak pernah masuk ke dalam hati Fatimah Az-Zaharah. Hidup dan matinya adalah untuk dakwah Islam. Sedangkan sejak kecil hati dan fikiran kita diperindahkan dengan dunia. Dipermain-mainkan dengan games, series korea, cartoon, facebook, etc. Hinggakan terlalu manja untuk berkorban. Terlalu sedikit masa yang diluangkan untuk Islam ini. Masa yang ada telah disibukkan dengan hiburan, permainan, borak2 kosong, perkara yang sia2.
Ingatlah, Allah itu baik, dan akan menerima apa jua yang baik. Dan syurga itu adalah untuk orang yang seperti Fatimah Az-Zahara. Yes, Hanya untuk orang yang hebat! Maka tidak ada kata lain, melainkan kita juga menjadi orang yang hebat.
Menjadi orang yang berkorban untuk Allah.
Menjadi pendidik manusia yang hebat.
Menjadi pendukung kepada dakwah.
Sokong bukan sekadar berkata, tetapi sokonglah dengan perbuatan.
Masya Allah. Aku sedang menghitung diri. Moga nama Fatimah ini menjadi inspirasi untuk ku jadikan Fatimah Az-Zaharah sebagai idolaku.
~Kalau nak rase best lagi. Silalah bace buku ini =)
Sebaik-baik wanita syurga adalah Khadijah binti Khuwalid, Fatimah binti Muhammad, Asiah binti Muzahim (isteri Firaun) dan Maryam binti Imran.
-Rasulullah s.a.w-
Semoga destinasi kita syurga. Insha Allah.
ReplyDeleteAmin, amin, amin.
P/S: Nanti nak baca jugak la hehe x)
inshaAllah wan.
ReplyDeletebole2. kene tanye tuan punye.huhu =)
btw, all d best in ur exam!
doa banyak2, usaha kuat2, tawakal besar2 ye ;)