Bismillah.
Mim Sod Ro.= Mesir
musibah, sabar dan redha
Mesir dulu bukanlah sebuah negara yang benar2 menjadi idamanku untuk menjejakkan kaki di sana. Yelahkan, mase tu aku nampak negara2 europe tu lagi wow daripada asia tengah.
Namun aturan Allah yang memegang hati ini, tanah para anbiya' itu telah aku jejaki.
Tidak pernah pula aku terfikir untuk datang ketika revolusi, ketika negara itu sedang begolak, namun aturan Allah sekali lagi, aku melihat sendiri para syabab memegang kayu, parang, pisau, etc yang senantiasa bersedia di kiri kanan jalan. Tiada gentar buat mereka.
"Rakyat Mesir memang hebat" detik hati kecilku.
Dan aku merasai bagaimana dikurung beberapa hari kerana darurat...tapi syukur, ada para ustaz yang sentiasa membekalkan makanan buat kami.
Kurungan itu bukanlah hanya sia2. Tapi kurungan itu sedang menguatkan kami. Memperkasakan kami. Al-quran sentiasa menjadi teman kami. Sharing, usrah dan kata2 nasihat sentiasa menjadi halwa telinga kami.
Sebahagian besar plan kami berjalan sekitar mesir akhirnya terkubur kerana sungguh Allah, Dialah sebaik-baik perancang. Kerana benar, tujuan kami berjaulah hanya mencari redha Allah. Maka kami redha dengan susunanMu ini.
Kau gagah berdiri...
sedang aku hanya memerhati.
Tiada gentar dalam hatimu,
sedang aku masih ragu-ragu.
menangis hati ini,
kerana medan itu telah sampai di hadapanku.
namun karat-karat jahiliah
serta angan-angan yang kosong
masih mengheretku,
masih melambatkanku.
masih menipuku.
apa lagi yang aku mahu?
apakah syurga tidak mengiurkanku?
apakah Allah tidak menjadi impianku?
Astaghfirullah,
lama aku mengadu,
terlalu banyak alasanku.
cukuplah sampai di sini.
Aku ingin ke medan.
Bukan sekadar turun berada di medan.
Tapi bangkit menjadi barisan pertama untuk berjuang.
Walau sesukar mana jalan ini,
Allah lah yang meneguhkan,
Allah lah yang memampukan,
Allah lah yang memudahkan.
InshaAllah,
hanya redha Allah pintaku.
hanya cinta Allah menjadi motivasiku.
Doakan agar diri ini tsabat.
InshaAllah akan sambung ibrah ketika di Taba dan Sinai pule.

No comments:
Post a Comment