Sunday, March 6, 2011

Cinta KITA

Bismillah..



Baru je Usrah wida' bersama AiMar.

Mencari segala idea untuk cuba sleep over bersama antunna, namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnye jatuh ke tanah jua...huhu.

Sungguh Allahlah yang mengatur susunan ini. Jika Dia kata jadi maka jadilah. Dah tiada rezeki untuk sharing lebih lama bersama antunna. Namun, memang benar kate ukhti itu, kite perlu tajnid niat balik. Ke usrah kerana ape ye?

Benar tarbiah ini bukanlah segala-galanya. Namun dari tarbiah ini bermulalah segala-galanya.

Kalau dulu kita membaca al-quran hanya inginkan pahala, namun tarbiah ini mengenal kita erti tadabbur, rasa ingin memahami semua ayat al-quran. Kalau dulu kita tidak pernah kesah akan keadaan saudara2 kita di sane, namun kini, kita ambil tahu mengenai perjuangan dan penderitaan mereka. Kalau dulu kita rasa da'wah ini hanya untuk para ustaz/ah, namun kini kite sedar da'wah  itu adalah kewajipan di bahu kita. Kewajipan seluruh umat islam ini.

Ana ingin titipkan sesuatu buat antunna. Iaitu, tentang cinta. Tapi memang benar skop cinta ini sangat2 luas. Maka ana ingin perkecilkan lagi kepada cinta KITA. Cinta ilahi sesame ukhti kita.

Sebahagian manusia enggan mengungkapkan kata cinta kepada yang ia cintai. Atau, paling tidak pun harus meng'expresskan'nya dengan memberi hadiah, senyuman yang manis, pujian dan apa sahaja yang menjelaskan isi hatinya.

Mungkin mereka menganggap Allah maha mengetahui apa yang tersembunyi di hati. Mereka merasakan cinta secara terbuka ini adalah pekerjaan sia2. Rasa pelik. Rasa ouh.............geli lah.

Namun sikap ini tidak pernah dicerminkan oleh Rasulullah s.a.w. Sebaliknya kata baginda :

"Jika seseorang di antara kamu mencintai saudaranya kerana Allah, maka khabarkanlah kepadanya, kerana hal itu dapat mengekalkan keakraban dan memantapkan cinta"

Bahkan expresskan cinta ini dengan saling puji memuji. Pujian itu akan menambahkan rasa cinta kita kepad ukhti. Bukan memuji yang berlebihan hingga menjadikannya sombong. Tapi kita memuji dengan harapan agar sahabiah ini dapat berbuat baik dengan lebih banyak lagi.

Dan kalau nak tahu, doa yang baik dikategorikan sebagai pujian. Bahkan ia merupakan pujian yang paling istimewa dan hal ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w:

"Barangsiapa yang memperoleh kebaikan daripada sahabatnya, lalu berkata : JAZAKALLAHU KHAIRAN(semoga Allah memberimu balasan yang baik), maka ia telah memujinya secara istimewa.

Hah, bestkan? Simple je nak express cinta ni.

Rasulullah s.a.w sendiri selalu memuji tiap2 sahabat yang dimilikinya.

"Orang yang paling besar kasih sayangnya terhadap umatku adalah Abu Bakar, yang paling tegar dalam menegakkan agama Allah adalah Umar, yang paling tulus rasa malunya adalah Uthman, yang paling pandai membaca Al-Quran adalah Ubay bin Ka'ab, yang paling pintar ilmu Fara'idh adalah Zaid bin Tsabit, yang paling dalam pengetahuanya mengenai hukum halal dan haram adalah Muadz bin Jabal. Dan setiap umat mempunyai Amin(menyimpan data rahsia/sekreatis), dan sekreatis umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.

Tak cukup itu.Curahkanlah lagi rasa cinta ini dengan sentiasa memberi senyuman.

Sebuah senyuman kadang2 mampu menyejukkan hati yang sedang membara serta melupuskan resah gelisah di dalam hati. Senyumanmu itu juga ya ukhti, kadang2 buatkan hati ini rasa tertaut dengan hatimu.

Senyuman ini kan sedekah. Ayuh jadi insan dermawan dengan menawarkan ukhuwah ini dengan penuh rasa cinta.

So..

Apa lagi yang meragukanmu sayang? Apa lagi yang buat kamu malu ya ukhtiku?

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, "Tidak akan masuk syurga kamu semua sehingga kamu beriman. Dan tidak akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling cinta mencintai. Tidakkah kamu suka jika ku tunjukkan kepada kamu semua sesuatu yang jikalau kamu semua lakukan tentu kamu akan saling cinta-mencintai? Iaitu sebarkanlah salam sesama mu."

Jom basahkan ukhuwah ini dengan expresskan lagi cinta kita. Kasih sayang itu baja, kasih sayang penyubur jiwa...

~Pasti ukhuwah ini tidak akan berakhir di sini, bahkan mungkin saja ia baru bermula. Uhibbukum fillah =)

Allahu'alam.

6 comments:

  1. best ♥
    mudah2an ukhwah kte kekal slama2nya :)

    ReplyDelete
  2. teharu kak atam =')

    moga ukhuwah kita xkan penah putus, smapai syurga insyaAllah =)

    ReplyDelete
  3. salam kak atam.. :) jzkk akak kerana sentiasa menyentuh hati sy.. :) sy hrp kalau kita dah xsame usrah nnt, akak masih dpt bimbing sy lg.. syukran atas segala2nya.. :)

    ReplyDelete
  4. Myra : amin, inshaAllah. nanti same2 tarik masuk syurga tau. terus kencang ye myra ;)

    Neja : inshaAllah. keep in touch selalu. bukan jauh pun 3rd dan 5th ni.huhu.. rajin2 jugak dtg sini. pintu sentiasa bukak. bukan akak je yg tunggu. 2 ekor ni pun sentias menanti. =)

    Assila : Waiyyaki. InshaAllah, akak buat ape yg termampu. Moga Assila sentiasa berada di atas jalan ini dengan penuh himmah. Ingat kite2 dalm doa ye =)

    ReplyDelete