Bismillah
Kelam kelibut aku mencari sebuah novel yang aku suke sangat bace. Kalau bace, confirm meleleh air mata. Terasa rindu sangat nak baca buku tu lebih2 lagi dalam keadaan yang sangat tension dengan study ni..
Kononnya nak basahkan hati la ni.
Bertimbun buku di rak. Terlalu banyak buku yang saling menimpa. Harus bagaimanakah aku untuk mencarinya?
Pasti ia memakan masa yang agak lama untuk aku membelek satu persatu buku yang ada di situ.
Lalu, aku buang satu persatu buku2 yang ada di situ.Ku buang buku2 yang aku tidak perlu ketika ini. Yang ku tuju hanya satu. Sebuah novel yang aku sayangi.
Aku terus buang ke tepi dan buang lagi, lalu akhirnya kelihatan jelas di mataku... sebuah novel yang dibaluti indah dengan kaler ungu. Pantas ku capai dan ku baca.
Alhamdulillah, rasa tenang mendakapinya. Rasa tenteram membacanya.
Hm...kalau perasan di situlah kelihatan sifat ilah. Apa pula ILAH ni?
Duhai muslim, kita sering melafazkan La ILAH ha illa Allah. Yang bererti Tiada Tuhan Selain Allah. Tiada ILAH selain Allah. Di mana Ilah itu adalah yang kita rasa :
1) Tenteram kepadanya
2) Terlindung olehnya
3) Rasa rindu kepadanya
4) Cinta dan sangat cenderung kepadanya.
Hinggakan sampai ke tahap pengabdian kita kepadanya. Tidak kira lah kepada siapa, tapi jika kita ada perasaan ini terhadap seseorang atau sesuatu benda, tanpa disedari itu merupakan ilah kita.
"Sesungguhnya orang2 yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa TENTERAM dengan (kehidupan) itu, dan orang2 yang melalaikan ayat2 Kami" (10:7)
Betapa benar dalam ayat ini, dunia telah mententeramkan hatinya. Maka dunia inilah ilahnya.
Begitu juka kisah kaum Musa yang merindukan patung lembu Samirinya. Boleh rujuk surah al Baqarah. ayat 93. Maka patung itu menjadi ilah buat mereka.
Betapa hati ini sangat cinta dan cenderung kepada yang selain Allah. Maka tanpa disedari mereka itu menjadi ilah buat kita.
Sedangkan ilah sebenar adalah Allah. Tiada ILAH selain Allah.
Rasa tenteram, terlindung, rindu dan sangat cinta kepada Allah. Hinggakan Allah menjadi pemilik segenap jiwa. Kerana Allahlah yang paling layak untuk memiliki sifat2 ini, kerana Dia menciptakan segala-galanya hanya untuk manusia.
Pasti Allah sentiasa ada di sudut hati manusia, namun ilah yang sebenar ini telah ditimpa oleh ilah2 yang lain. Hinggakan manusia sukar untuk mencariNya serta merasai kehadiranNya.
Sebab itulah, buanglah segala ilah yang lain. Campaklah jauh dari hatimu dan janganlah fikir untuk mengambilnya semula. InshaAllah, tiada ketakutan dalam hatimu melainkan Allah, tiada kerinduan di hatimu melainkan keranaNya, tiada cinta di hatimu melainkan hanya untukNya.
Bila hati sudah menjadi kepunyaan Allah, pasti apa sahaja kita sanggup korbankan demi Allah.
Inilah die La ilah ha illa Allah. Tiada Tuhan selain Allah. Tiada Ilah Selain Allah.
Janganlah timpakan Allah dengan ilah yang tidak selayak denganNYA.
Allahu'alam.

No comments:
Post a Comment