Semalam, hatiku dirundung sedih. Namun, aku masih dapat menahan titisan air mata daripada terus gugur mengalir. Memang benar perempuan itu penuh dengan emosi. Tapi aku cuba bermujahadah untuk arahkan emosi itu hanya kerana Allah. Alhamdulillah, jika masa itu aku masih bisa mengukir senyuman. Hanya Allah yang mengetahui hati ini. Biarlah marah, sedih, gembira, cemburu itu semua kerana Dia.
Husnuzon.
Pasti Allah sedang menguji ketika itu. Aku cuba membahagiakan hati. Berbual-bual dengan sahabatku, membahagiakan orang lain, makan aiskrim=),bace blog... Bukan senang juga untuk sembunyikan kesedihan hati kite sebenarnya. Dalam hati aku bermuhasabah. Aku check balik hati ini, check segala niatku... Apa yang tidak kena dengan tindakanku. Dan apa perlu aku resah begini hanya kerana aku gagal?
Oh, gagal itu bukan bererti mendapat dosa besar. Gagal itu bukan bererti kalah. Gagal pada ketika itu adalah yang terbaik dari Allah. Kerana pasti ada hikmah besar yang mendatang. Setiap permulaan, pasti ada cabarannya. Barula ia satu pengembaraan yg adventure dalam jalan ni. Alhamdulillah, aku terus bermuhasabah, dan dari sinilah aku lebih banyak berbicara denganMu. Tenang rase hati ini....
Dan yang paling bermakna, saat Allah mengizinkan aku keluar bersama Nurul.. Banyak perkongsian kami. Nurul ade menceritakan sedikit dalam blognye. http://deardiary0505.wordpress.com/2009/04/30/bye2x/
Walaupun rase sejuk mencengkam sampai ke tulang, namun kami tidak pedulikannya. Kami terus meredah park itu dan alamlah yang menjadi saksi perbualan kami. Terasa masa ketika itu berlalu dengan begitu cepat. Sampai kat lif pun masih ade lagi yang ingin dibualkan. Kami borak2 pasal alam, hati, politik, masalah umat, diri dan macam2 la. Berteka-teki pun banyak juga.huhu..Hmm, dah lame sebenarnya aku tidak berbual dari hati ke hati dengan seorang sahabat sebegitu. Segala puji bagi Dia yang maha bijak dengan susunanNya. Terima kasih atas kesempatan masa itu.....
Selepas perbualan ni, aku terasa graf imanku sedang menaik. Hatiku yang sedih tadi, mula mengukir senyuman. Sampai saje di bilik aku terus dengan kerjaku kerana ("Maka apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain..94:7).
Jangan takut bergerak, kerana tidak bergerak itu lah satu kesalahan yang besar. Dan jangan sedih...... sebab orang yang berimankan, tinggi derajatnya. Bila buat sesuatu kerja memang lumrah akan datangnya ujian.. Kalau tade ujian, pelik lak pulak.... Alhamdulillah. Wa'Allahu'alam.
~Maaf post ni banyak cerita pasal diri, namun harapnya ade ibrah yang dapat diambil~
" Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia maha mengetahui isi hati." (al-mulk:13)
ya Allah kak atam
ReplyDeletetsentuh hati dgn kata2 kak atam
haha..xtau kenapa
mcm kata kak atam
perempuan penuh emosi
blog ni mcm buku la tahzan
suka baca, byk motovasi dan ilmu..
tima kaseh kak atam^^
salam atam...atam, nk tau tak, dulu kn, tak sangka..owh cmnih atam rupenyer..pandai berbicara sehinggakn mmbuatkn org laen basah..semoga ALLAH terus mmberikn nikmat dan kelebihan ini pada kamu dear!syg sgt2 same kamu..rindu sgt2..huhu..
ReplyDeleteto niza..
ReplyDeletecam la tahzan?!,,
rsenye sebab akak pon tgh bg motivasi kat diri sendiri bile tgh sedih.
Alhamdulillah, Allah telah sentuh hati niza jugak.
to farahin,
rindu-rinduan kte nampaknye=)