Aku jenguk ke luar tingkap dari 8th floor, memerhati saat2 bumi Russia disinari matahari. Oh, alangkah indah dan tenangnya suasana ini... Luasnya terbentang alam ini bagaikan sebuah hamparan yang kehijauan. Jauh di sudut hati, aku ingin saje berlari-lari di luar... Untuk merasa sejuknya embun pagi itu. Ingin memeriahkan bersama-sama makhluk Allah yang sentiasa bertasbih kepadaNya. Subhanallah, sungguh pemilik kerajaan ini maha hebat!! Halus dan teliti ciptaanNya.
Hari ini datang lagi. Dan hari semalam sudah menjadi kenangan. Pantasnya masa berlalu. Pastinya ramai yg sedang mula prepare untuk exam. Dan sudah tentu byk hati2 yang tidak sabar untuk balik ke Malaysia. Huhu..Aku pon same. Jom kita mujahadah untuk menjaga masa.
Sedang kita berjihad di medan pena, memang sukar untuk menjadi orang yang terbaik. Yg sentiasa dapat 5(excellence) dalam examnya, yg pantas akalnya dan yg cepat hafalannya. Tapi, tidak semestinya orang yg sentiasa terbaik itu punyai usaha yang terbaik. Terkadang kerana mengejar erti terbaik itu, maka pelbagai cara yang diusahakan dan mungkin ada taktik yang tidak diredhai Allah. (cuba fikir sendiri cthnye...)
Sebagai manusia yang lemah, kita hanya berusaha dan berusaha untuk buat yang terbaik. Dan kemudian serahkan segala urusan kepadaNya. Jika Allah ingin berikan kebaikan buat kita, maka bersyukurlah. Hanya Dia SAHAJA yg memberi dan menolak kurnia itu. Yakinlah, Allah itu takkan sia2 kan usaha hambaNya dan Dia sangat merindui rintihan hamba2Nya...
"Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." (2:186)
Luruskan niat hati,doa, usaha dan tawakal kepadaNya. Jom kita berjuang!
Jangan tunggu petang ini atau hari esok untuk bermula. Kerana masa itu tidak pernah menanti kita. Jadikan hari ini milik kita. Dan moga2 hari esok pula lebih baik dari hari ini. Itulah muslim yg baik. Setiap hari2 nya akan lebih baik dari hari sebelumnya...
~exam mode~Wa'Allahu'alam
Jzkk kak baiz untuk video nih!dan dedikasikan utk semua yang laen...
27 Mei 2009,3 Jamadilakhir 1430h
27 Mei 2009,3 Jamadilakhir 1430h
4.52a.m.