Wednesday, May 20, 2009

True essence

Huh, baru saje mendapat keinsafan yg exam dah nak dekat bile tengok orang laen dah semangat study. Tak sampai sebulan pun lagi. Huhu.. Jom kte betulkan niat. Biar ianya semua kerana Allah. Seorang muslim akan melakukan sesuatu perkara kerana sebab, bukan kerana result. Study kerana Allah, biar Dia menilai usaha kite.

Manusia itu tidak akan bertindak dengan apa yang mereka tahu, tapi manusia akan bertindak dengan apa yang mereka fahami/yakini.

Sebab tula tatkala manusia faham akan tanggungjawabnya, maka ia akan menjadi seorang yang sangat hebat. Dia akan memaksimakan potensinya. Kadang2 tanpa disangka seseorang yang lemah pada kaca mata kite, akan muncul di pentas bagaikan bintang.

Ibarat seorang wanita yang tidak pernah memiliki seorang anak.(cth saje ye). Tentu saje die tidak pandai mengasuh anak kerana tidak punyai sebarang pengalaman. Tetapi di saat dia melahirkan seorang anak, automatically ia akan menjadi seorang pendidik yang hebat kerana ia faham akan tanggungjawabnya sebagai ibu..

Ape tanggungjawab kte? (2:30), (51:56), (2:143)
  • ......."Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi"...................(2:30)
  • "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku" (51:56)
  • "Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu.................." (2:143)
~The true essence will come out for those who understand their responsibility.~

Wa'Allahualam....

No comments:

Post a Comment