Monday, May 18, 2009

Promotion:kisah yusuf

Salam wrt.

Sejuknye mate memandang lately ni. Bile jenguk je kat luar pokok dihiasi dengan daun yang kehijauan. Malah ia ditemani dengan bunga2 yang turut mengeluarkan baunya. Oh, sedangkan ia hanya berasal dari biji benih yang disemai dari tanah. Subhanallah... Kat Malaysia, jarang terasa nikmat ni, padahal setiap masa bumi itu disinari dengan keadaan begini. Kerana mungkin aku memerhati tanpa mengingatiNya.

Dah lame sebenarnya aku nak tules promotion ni. Tapi entah nape, idea tak terkeluar di hujung jari.

Terkadang bila laluan itu terasa semakin sukar, rasa berat untuk kite melangkah. Dan pabila sering ditinggalkan dan bila sesuatu perkara tidak seperti yang dirancangkan rasa sedih menghantui diri.

Kalau sedih hati itu, palingkanlah wajahmu ke Allah kerana pasti Dia akan hiburkan. Dan kerana pasti, Dia takkan tinggalkanmu meski sibuk dengan urusanNya.

Bagaikan sebuah kisah Yusuf yang diceritakan kepada Rasulullah s.a.w. Pengubat lara hati baginda yang mengalami tahun kesedihan ketika itu.

Tatkala itu supporter kuatnya Saidatina Khadijah dan Abu Talib pergi meninggalkannya dan di saat itu penduduk Mekah pula tidak lagi menerima dakwahnya. Pelbagai ancaman diterima baginda. Sedihnya hati baginda, lalu cuba membawa risalah Allah ke Thaif. Susah payah baginda mendaki bukit untuk menuju ke sana, namun balasannya tidak seperti diharapkan. Dihalaunya dan diiringi pula dengan balingan batu dari kanak2 Thaif. Ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga pula.

Namun, sabarnya hati baginda. Tabahnya hati duhai Rasulullah s.a.w. Redhanya sang pemilik hati berjuang. Tidak pula mengizinkan malaikat menghancurkan mereka. Maka, surah Yusuf memujuk hati baginda....

Surah ini diturunkan tatkala Rasulullah berada dalam ketensionan, maka datang pula seorang Quraisy meminta baginda menceritakan kisah Yusuf. Begitu juga para sahabat yang ingin sekali mendengar kisah Nabi Yusuf ini. Sedangkan baginda tidak pernah mengetahuinya. Lalu inilah surah yang diturunkan Allah sekaligus kepada baginda.

Ia bagaikan sebuah novel dengan bermulanya satu epilog:

Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya:"Wahai ayahku! Sungguh aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan, kulihat semuanya sujud kepadaku." (12:4)

Dan dari sinilah bermulanya pelbagai ujian buat Yusuf. Tragedi dibuang ke dasar sumur oleh adik-beradiknya dan kemudian peristiwa Zulaikha menfitnahnya ada terpahat di surah Yusuf. Inilah die the best of stories. Surah yang ke-12. Pengubat dan penguat hati buat sesiapa yang membacanya.




~Interaksi dengan hati~

No comments:

Post a Comment