Saturday, October 31, 2009

mission to keep climbing=)

Dengan nama Allah ya Rabbul Alamin,


Cantik, subhanallah.. Dipilih Allah untuk menikmati keindahan turunnya butir2 snow flake adalah sebuah rahmat yg mane tak dapat dirasai oleh sesetengah orang. Selalu saje lupe, bukankah itu nikmat Allah?

Kali ni, winter tiba sebelum sampai pada musimnya. Tiba di saat2 manusia tidak bersedia untuk menerima perubahan itu. Masih terasa janggal untuk memakai winter jaket (esp,diriku) dan terasa payah untuk meredah kawasan2 licin.

Sekelip mata, bandar nizhny sudah dipenuhi salji. Pohon2 berubah dari kaler kuning keemasan menjadi putih nan suci. Jalan2 mula dilitupi ais. Tapi masih ade keraguan di hati, adakah perubahan winter ini bertahan hingga ke hujung Februari? Atau ia hanya singgah sebentar sahaja?

Ia bagaikan sebuah hati manusia. Walau sesaat, jika hati manusia itu disentuh, ia cenderung untuk berubah.

Sebagai contoh, kite merasa tenang mendapat sebuah pencerahan terutama ketika usrah. Hanya duduk sebentar sudah merasakan iman naik memuncak-muncak. Dan mungkin pada hari itu, kite semangat membace Al-quran lebih banyak dari hari2 sebelumnya. Namun, adakah hari esok, atau hari2 akan datang kite bertahan dengan perubahan ini? Adakah iman masih memuncak?


Hati yang seumpama dengan suis2 lampu. Sekali petik, maka cerahlah sebuah bilik yang gelap. Namun adakalanya lampu itu menjadi semakin malap dan akhirnya gelap semula.

Maka, sebuah hati itu sentiasa mencari. Mencari sumber kekuatannya untuk bertahan. Jika tidak, hati itu akan mati. Dan ia lemah untuk melawan segala tarikan2 nafsu di dunia yang penuh senda gurau ini. Dan kekuatan kita adalah selagi berpegang kepada 3 perkara:
  • Iman- adalah hubungan kita yang fana dan lemah dengan Allah. Sentiasalah berpegang teguh dengan taliNya kerana setiap apa jua perkara, kite tidak berdaya melakukannya kecuali Dialah yang memberi kekuatan.
  • Ukhuwah- adalah sebuah tali iman yang kuat. Yang mane pabila kite lemah, kite akan mendapat pertolongan dari peribadi2 yang sama2 terikat dengan Allah.
  • Al-quran- dan juga bahan2 tarbiyah adalah senjata kita. Yang sentiasa memberi petunjuk, merawat hati dan memberitahu kepada kita perkara yang tidak kite ketahui.
Untuk berubah ia boleh dilakukan sekelip mata saja, namun istiqamah itu perlukan mujahadah. Kerana di sekeliling kita ada banyak tarikan nafsu dan ada banyak ujian hati.. Maka jgn pernah mundur dengan perubahan, tetapi, tetaplah mendaki wahai hati.

Insya Allah,ape yang tertulis ini merupakan motivasi buatku untuk diamalkan.. kerana "Kata2 yang ditulis tanpa dipraktikkan, hanya akan menjadi kaku".

Mari bermujahadah!

Wa'Allahualam...

Friday, October 30, 2009

Sayangi ukhuwah itu..:D


Manisnya ukhuwah itu bila paksinya adalah Allah..~

Monday, October 19, 2009

Hari yang Fantastic!

Dengan nama Allah sang pemilik kerajaan bumi..
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Astaghfirullah...

Sungguh hari ini Allah berikan suatu hari yang terindah buatku. Terlalu bermakna hingga aku sukar untuk ukirkan di sini.

Namun kerana sayang itu perlu diucap, rindu itu perlu dituturkan...maka di sini aku alunkan pena itu. Terima kasih sgt buat murabbi2ku, sahabiah2ku dan juga mutarabbi2ku. Banyak sgt yg dikongsi.. Syukur sgt kerana Allah pertemukanku dengan antunna semua yang super duper ini.. Sayang sgt fillah..

Bila hati sedang keliru, entah tak tau bagaimana nak laksanekan..terime kasih kerana memberitahu.Terime kasih kerana mendengar dan juga menjawab pertanyaan2 hati. Terime kasih kerana sentiasa memberi semangat. Insya Allah, moga Dia sentiasa beri kefahaman buat kite semua. Dan moga hidayah yang diberi Allah itu tidak akan putus buat kite semua.

Sedang merentasi jalan dakwah ini, selalu saje kite rase tak mampu. Terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yang ada dalam diri. Kite memang takkan pernah terpisah dari situasi ini.. Tapi ape yg penting ialah gunekan lah kekurangan itu sebagai kelebihan. Kerana dari sinilah, semakin kuat kite bergantung kepadaNya, semakin banyak kite meminta dariNya. Dan semakin merendahlah sebuah hati itu kepada Ar-Rabbnya.

Kalau nak ikotkan hati petang tadi, rase cam nak naek tren je ikot kak aisyah ke Moscow, tapi ukhuwah itu kan bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Kerana kite tahu, masing2 ade kerja kite. Yang mane matlamatnya adalah sama iaitu Allah azza wajalla.

Insya Allah. Kita terus mengizzahkan Islam di mana sahaja kaki itu berpijak.. Moga Dia kuatkan hati2 kami untuk bermujahadah.

~Moga hari esok lebih baik dari hari ini.~
Ahad,18 October 2009

Monday, October 12, 2009

Ingat ni!

Sesungguhnya..
Kebenaran TIDAK akan memimpin, kebaikan TIDAK akan tersebar, keadilan TIDAK akan tertegak, panji-panji kemuliaan akan jatuh
dengan wujudnya

orang-orang yang menggadaikan prinsip demi keuntungan dunia dan
orang-orang yang bersifat riya'
yang hanya mahu diri mereka dilihat orang, kata-kata mereka didengar, mereka menjadi buah mulut masyarakat dan boleh mengarahkan orang lain dengan jari telunjuk...

Kebenaran, kebaikan, kemuliaan HANYA akan tertegak dengan...

orang-orang yang ikhlas,
yang berpegang teguh dengan prinsip,
yang boleh mempengaruhi orang lain bukannya dipengaruhi.
Mereka adalah orang-orang yang
berkorban bukannya mengambil manfaat,
memberi bukannya mengambil.

~As-Syahid Imam Hassan Al-Banna~

Di ambil dari : ~halwahati~

Tuesday, October 6, 2009

Ikhlas

Hidup ini mudah bila ikhlas.

Kerana,
die cume mengharap Allahlah yang melihat amalnya,
die tidak mengharap penghargaan dari seorang manusia pun.
die same sekali tak kisah same ade dicerca sekalipun,
die melakukan amal mengikut apa yang termampu,
serta die merasa nikmat melaksanakannya.
dan pasti
die hanya mengharap keredhaan Allah...

~sesungguhnya ikhlas itu adalah hasil daripada buah keimanan.~

Sunday, October 4, 2009

untuk penguat hati.

Maha suci Allah yang kekal abadi itu...

Mase memang sangat berharga buat ketika ini. Namun aku masih ingin menitipkan sesuatu di sini untuk menjadi penguat hati.

Aku melihat di sebelah jalan yang ku lalui. Di situ ade pelbagai keseronokan. Di sana aku melihat masa yang ade terlalu banyak dan boleh diisi dengan perkara2 yang tidak memenatkan. Tidak memerlukan komitmen. Malah boleh melakukan banyak perkara yang disukai. Bebas sebebasnya. Kuatnye tarikan itu.. Penuh ditaburi hiasan2 dunia.


Namun, jalan yang sedang ku lalui itu sangat berbeza. Ia satu jalan yang panjang dan penuh dengan dugaan. Tidak cukup itu sahaja,ia memerlukan pengorbanan yang luar biasa dari segi masa, harta dan jiwa. Untuk siapakah perngorbanan itu?

Jalannya amat sukar, tapi kenape aku masih di sini?

Kerna aku melihat jalan ini punye tujuan. Tujuan yang amat indah, iaitu Allah sang penciptaku. Dan aku meyakini tanpa menempuhi jalan ini, bisa saja aku tidak berdaya meneguhkan hati ini untuk sentiasa tunduk kepadaMu. Dan pasti penghujung jalan ini sebuah kemenangan yang besar iaitu syurga. Dan yang paling bermakna, aku menanti-nanti saat 'salam' yang bakal diucap dari Allah yang maha penyayang.

Terkadang aku merasa lemah dan tidak berdaya, namun saat aku melihat wajah2 kudus mereka, Allah selalu menguatkan semula. Dari situ aku temui satu kepuasan. Kepuasan yang sukar untuk ku luahkan melainkan aku terlalu cinta akan jalan ini. Namun, hanya Dialah yang sentiasa menguatkan ruhi dan jasad ini...
Sungguh masih banyak yang perlu dipelajari, difahami dan diperbaiki.

~Ya tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada Kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pemberi."(Al Imran:8)~