Monday, October 19, 2009

Hari yang Fantastic!

Dengan nama Allah sang pemilik kerajaan bumi..
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Astaghfirullah...

Sungguh hari ini Allah berikan suatu hari yang terindah buatku. Terlalu bermakna hingga aku sukar untuk ukirkan di sini.

Namun kerana sayang itu perlu diucap, rindu itu perlu dituturkan...maka di sini aku alunkan pena itu. Terima kasih sgt buat murabbi2ku, sahabiah2ku dan juga mutarabbi2ku. Banyak sgt yg dikongsi.. Syukur sgt kerana Allah pertemukanku dengan antunna semua yang super duper ini.. Sayang sgt fillah..

Bila hati sedang keliru, entah tak tau bagaimana nak laksanekan..terime kasih kerana memberitahu.Terime kasih kerana mendengar dan juga menjawab pertanyaan2 hati. Terime kasih kerana sentiasa memberi semangat. Insya Allah, moga Dia sentiasa beri kefahaman buat kite semua. Dan moga hidayah yang diberi Allah itu tidak akan putus buat kite semua.

Sedang merentasi jalan dakwah ini, selalu saje kite rase tak mampu. Terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yang ada dalam diri. Kite memang takkan pernah terpisah dari situasi ini.. Tapi ape yg penting ialah gunekan lah kekurangan itu sebagai kelebihan. Kerana dari sinilah, semakin kuat kite bergantung kepadaNya, semakin banyak kite meminta dariNya. Dan semakin merendahlah sebuah hati itu kepada Ar-Rabbnya.

Kalau nak ikotkan hati petang tadi, rase cam nak naek tren je ikot kak aisyah ke Moscow, tapi ukhuwah itu kan bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Kerana kite tahu, masing2 ade kerja kite. Yang mane matlamatnya adalah sama iaitu Allah azza wajalla.

Insya Allah. Kita terus mengizzahkan Islam di mana sahaja kaki itu berpijak.. Moga Dia kuatkan hati2 kami untuk bermujahadah.

~Moga hari esok lebih baik dari hari ini.~
Ahad,18 October 2009

No comments:

Post a Comment