Cantik, subhanallah.. Dipilih Allah untuk menikmati keindahan turunnya butir2 snow flake adalah sebuah rahmat yg mane tak dapat dirasai oleh sesetengah orang. Selalu saje lupe, bukankah itu nikmat Allah?
Kali ni, winter tiba sebelum sampai pada musimnya. Tiba di saat2 manusia tidak bersedia untuk menerima perubahan itu. Masih terasa janggal untuk memakai winter jaket (esp,diriku) dan terasa payah untuk meredah kawasan2 licin.
Sekelip mata, bandar nizhny sudah dipenuhi salji. Pohon2 berubah dari kaler kuning keemasan menjadi putih nan suci. Jalan2 mula dilitupi ais. Tapi masih ade keraguan di hati, adakah perubahan winter ini bertahan hingga ke hujung Februari? Atau ia hanya singgah sebentar sahaja?
Ia bagaikan sebuah hati manusia. Walau sesaat, jika hati manusia itu disentuh, ia cenderung untuk berubah.
Sebagai contoh, kite merasa tenang mendapat sebuah pencerahan terutama ketika usrah. Hanya duduk sebentar sudah merasakan iman naik memuncak-muncak. Dan mungkin pada hari itu, kite semangat membace Al-quran lebih banyak dari hari2 sebelumnya. Namun, adakah hari esok, atau hari2 akan datang kite bertahan dengan perubahan ini? Adakah iman masih memuncak?
Hati yang seumpama dengan suis2 lampu. Sekali petik, maka cerahlah sebuah bilik yang gelap. Namun adakalanya lampu itu menjadi semakin malap dan akhirnya gelap semula.
Maka, sebuah hati itu sentiasa mencari. Mencari sumber kekuatannya untuk bertahan. Jika tidak, hati itu akan mati. Dan ia lemah untuk melawan segala tarikan2 nafsu di dunia yang penuh senda gurau ini. Dan kekuatan kita adalah selagi berpegang kepada 3 perkara:
- Iman- adalah hubungan kita yang fana dan lemah dengan Allah. Sentiasalah berpegang teguh dengan taliNya kerana setiap apa jua perkara, kite tidak berdaya melakukannya kecuali Dialah yang memberi kekuatan.
- Ukhuwah- adalah sebuah tali iman yang kuat. Yang mane pabila kite lemah, kite akan mendapat pertolongan dari peribadi2 yang sama2 terikat dengan Allah.
- Al-quran- dan juga bahan2 tarbiyah adalah senjata kita. Yang sentiasa memberi petunjuk, merawat hati dan memberitahu kepada kita perkara yang tidak kite ketahui.
Insya Allah,ape yang tertulis ini merupakan motivasi buatku untuk diamalkan.. kerana "Kata2 yang ditulis tanpa dipraktikkan, hanya akan menjadi kaku".
Mari bermujahadah!
Wa'Allahualam...
No comments:
Post a Comment