Thursday, January 19, 2012

Azam ulang tahun ku.

Bismillah.

Alhamdulillah, telah berlalu 16 January, dan itu maknanya usiaku bertambah setahun lagi. Sudah menjadi kebiasaan, di waktu2 ini jugalah aku sedang sibuk prepare untuk winter exam. Namun, sahabat-sahabatku yang berada di sini tetap sudi meluangkan masa mereka untuk meraikan ulang tahunku.

Terima kasih sgt banyak2... Jazakumullahu khairan katsira. Sayang korang :)

Jujurnya, aku banyak belajar dari mereka. Sepanjang 5 tahun ini, dan 10 tahun (bersama syikin) insan2 inilah terlalu istimewa yang Allah temukan buatku. Aku ikuti dari segi kelakuan, semangat, kekuatan dan kesabaran yang ada pada setiap individu di sekelilingku. Begitu juga dengan anak binaan usrahku. Bukan aku sahaja yang mentarbiah mereka tapi mereka juga banyak mentarbiah diriku ini. Nasihatilah aku kerana sungguh, aku juga manusia yang sedang sama ditarbiah sepertimu.

Itulah bestnya tanah russia ini, ianya jauh dari kesenangan yang memanjakan.. ianya membuatkan kite jauh dari rumah yang kite cintai.. tapi di sinilah terdidiknya kite dengan segala kemahiran dan kematangan.

Seperti biasa, di waktu2 ulang tahun ni lah ramai yang bertanya apakah azam di hati. Sungguh ya Allah aku sangaaaaat banyak azam di hati, dan azam itu bukan datang pada ulang tahun ini sahaja. Namun ia sentiasa datang satu persatu, hinggakan keliru yang manakah perlu harus ku mulakan dahulu.

Kadang-kadang sehingga semua azam tidak tercapai hingga ke tahun depannya. Lantas aku ingin menulis beberapa azam di sini. Dengan tercatatnya azam ku di sini, moga2 ianya menjadi motivasi buatku untuk segera bertindak. Doakan ye,
1) Hafal juzu' 29
2) Berkata baik atau diam
3) Ikhlas dan ikhlas lagi.  Jangan banyak merungut, atau menyebut-nyebut
4) Sabar je dengan orang sekeliling. Telan segala kemarahan
5) Tersusun dan teratur segala kerja.
6) Jaga makan dan minum. Kurangkan chocolate, tak nak jajan, tak nak minum cofee kecuali terdesak, tak nak makan sushi, kurangkan makan luar. 
7) Jangan banyak buang masa kat FB!!!!

Kerana Allah sukakan yang ganjil, cukuplah hingga no 7 ini. Moga2 Allah memberikan kekuatan untuk ku bermujahadah dengan azam2 ini dan azam2 lain yang tersemat di hati ini juga.

Dengan keAZAMan kite bermula ;)
Salam az-zaharah.






2 comments:

  1. Assalamualaikum ukhti.. lama tak drop by.. gambate!!!
    i know u can do it, inshaAllah

    ^__^ salam sayang, rindu, kasih & cinta dari kejauhan

    ReplyDelete
  2. wasalam wrt.
    inshaAllah.. moga Allah mudahkan.
    jzkk.

    uhibukifillah too <3

    ReplyDelete