Sunday, January 8, 2012

hidayah Allah itu

Bismillah.
Salam wrt

Sedar tak sedar, dah masuk tahun kelima aku hidup di bumi russia. Banyak kisah suka duka, pahit manis aku disini, dan dari kesusahan hidup di sini ia terlalu banyak mengajarku bagaimana membentuk diri. Dan bumi beku yang dipenuhi dengan masyarakat yang belum mendapat cahaya islam ini jugalah yang banyak menyaksikan perubahanku sedikit demi sedikit.

Terusik hati ini bile melihat seorang demi seorang di sekelilingku juga mula izzah dengan islam. Mula berubah mendekatiMU. Mula kenal tujuan hidup, dan sungguh hanya kerana Islam inilah mulianya seorang manusia itu.

Masya Allah. Benarlah katamu pertolongan itu dekat, dan sungguh sabar itu adalah ubat yang paling effective sekali.

Teringat sewaktu aku dulu semasa baru mula berubah. Aku melihat seorang perempuan tudung labuh.


Seorang teman bertanya padaku;
"Kau nak ke pakai tudung macam tu?"
Lalu aku berkata : "huhu.. entahlah. Asalkan hati dan perilaku kite berubah. Appearance ni asalkan tutup aurat dahlah"

Namun Allah lebih tahu fitrah manusia. Die memberikan hidayah sedikit demi sedikit. Akhirnye, tanpa aku sedari, entah bagaimana aku mule rase senang mengenakan tudung labuh pada diriku. Rasa lebih protective.

Alangkah benar sekali lagi firman Allah, Dia tidak akan membebankan hambanya, Dia akan mengikut kemampuan hambanya. Allah tidak meminta kite berubah dari 0 degree kepada 180 degree.

Satu pintu kebaikan kite buka, lalu di dalamnya akan terbuka lagi pintu2 kebaikan lain. Tapi. jika satu pintu kejahatan dibuka, lalu di dalamnya akan terbuka pula pintu2 kejahatan. Lalu tugas kite adalah menutup satu demi satu pintu kejahatan dan membuka pintu2 kebaikan.

Bersyukurlah, dan bersyukurlah. Kerana cahaya Allah sedang menerangiku dan manusia di sekelilingku.
Teruslah berubah dan letakkanlah parameter yang tinggi. Jadikan sahabiah2 sebagai qudwah meski kite merasa kite tidak mungkin berubah ke tahap itu. Kerana Allahlah kelak yang memudahkannya, yang meringankan hati kite melakukan kebaikan, yang merasakan jiwa2 ini tenang dengan setiap perubahan.

Moga Allah tsabatkan dan pilih hati2 kami untuk istiqamah. Biiznillah
Subhanallah wa astaghfirullah.
salam az zaharah


1 comment: