Saturday, February 18, 2012

Alkohol dan rokok

Russia merupakan pengeluar vodka terbesar di dunia. Kenyataan ini bukanlah suatu perkara yg asing. Satu dunia pun tahu. Dan kerana itu harga alkohol yang dijual di sini sangatlah murah jika ingin dibandingkan di Malaysia, dan juga negara2 lain.

Baru tadi aku dengan temanku saje2 pergi survey harga sekotak rokok. Masya Allah, memang sangat murah. Cuma lebih kurang RM 1.80, sesiapa saja boleh memiliki sekotak rokok. Sedangkan minimum harga rokok di Malaysia adalah RM6.20 (jgn salah faham, saya tidak merokok.cuma mengambil fakta daripada internet)

Dan budaya alkohol dan rokok ini adalah perkara biasa buat masyarakat russia. Di mana-mana saja, kamu akan dapat lihat botol2 arak berselerak di balik salji, di tengah jalan, tempat tunggu bus. Dan di setiap stall, atau restoran sentiasa membekalkan arak. Kalau kedai runcit die pun yang paling banyak dijual ialah arak dan juga rokok.

Makanya hampir semua russian merokok dan minum arak. Baik laki mahupun perempuan, kanak-kanak, remaja, dah tua pun, doktor, pakar bedah, professor tetap jua tidak dapat mengelak daripada budaya ini.

Fuh, nak tahu ape akibatnya?
Sumber : Wikipedia
Russia sedang mengalami masalah yang besar, kerana bilangan kematian melebihi daripada kelahiran.
KEMATIAN > KELAHIRAN.

It's going to be a dying nation right?

Sebagaimana firman Allah : "Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan2mu)" (42:30)

Tiada apa yang boleh menyelamatkan masalah ini, melainkan pabila cahaya islam sudah bertapak di sini. Al-quran memiliki segala etiology treatment(ubat kepada punca) untuk masalah2 yang ada di muka bumi ini. 

Jika manusia mencari jalan selain yang disyariatkan Al-quran, manusia tetap akan runsing dan mengalami chronic stress kerana sungguh tiada jalan lain selain pengharaman segala kesukaan manusia ini. 

Alangkah benarnya Allah itu maha mengetahui!



No comments:

Post a Comment