Sunday, March 13, 2011

Sabar

Bismillah.




Fuh.. Makin susahnye kerja kita!
Sabarlah ye. Tarbiyah ni kan suatu proses.
Proses membina individu daripada tiada apa2 kepada ada.
Daripada biasa kepada luar biasa.

Pasti hasilnya bukan dikecapi dalam masa yang singkat.

Allahu'alam.

Sunday, March 6, 2011

Cinta KITA

Bismillah..



Baru je Usrah wida' bersama AiMar.

Mencari segala idea untuk cuba sleep over bersama antunna, namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnye jatuh ke tanah jua...huhu.

Sungguh Allahlah yang mengatur susunan ini. Jika Dia kata jadi maka jadilah. Dah tiada rezeki untuk sharing lebih lama bersama antunna. Namun, memang benar kate ukhti itu, kite perlu tajnid niat balik. Ke usrah kerana ape ye?

Benar tarbiah ini bukanlah segala-galanya. Namun dari tarbiah ini bermulalah segala-galanya.

Kalau dulu kita membaca al-quran hanya inginkan pahala, namun tarbiah ini mengenal kita erti tadabbur, rasa ingin memahami semua ayat al-quran. Kalau dulu kita tidak pernah kesah akan keadaan saudara2 kita di sane, namun kini, kita ambil tahu mengenai perjuangan dan penderitaan mereka. Kalau dulu kita rasa da'wah ini hanya untuk para ustaz/ah, namun kini kite sedar da'wah  itu adalah kewajipan di bahu kita. Kewajipan seluruh umat islam ini.

Ana ingin titipkan sesuatu buat antunna. Iaitu, tentang cinta. Tapi memang benar skop cinta ini sangat2 luas. Maka ana ingin perkecilkan lagi kepada cinta KITA. Cinta ilahi sesame ukhti kita.

Sebahagian manusia enggan mengungkapkan kata cinta kepada yang ia cintai. Atau, paling tidak pun harus meng'expresskan'nya dengan memberi hadiah, senyuman yang manis, pujian dan apa sahaja yang menjelaskan isi hatinya.

Mungkin mereka menganggap Allah maha mengetahui apa yang tersembunyi di hati. Mereka merasakan cinta secara terbuka ini adalah pekerjaan sia2. Rasa pelik. Rasa ouh.............geli lah.

Namun sikap ini tidak pernah dicerminkan oleh Rasulullah s.a.w. Sebaliknya kata baginda :

"Jika seseorang di antara kamu mencintai saudaranya kerana Allah, maka khabarkanlah kepadanya, kerana hal itu dapat mengekalkan keakraban dan memantapkan cinta"

Bahkan expresskan cinta ini dengan saling puji memuji. Pujian itu akan menambahkan rasa cinta kita kepad ukhti. Bukan memuji yang berlebihan hingga menjadikannya sombong. Tapi kita memuji dengan harapan agar sahabiah ini dapat berbuat baik dengan lebih banyak lagi.

Dan kalau nak tahu, doa yang baik dikategorikan sebagai pujian. Bahkan ia merupakan pujian yang paling istimewa dan hal ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w:

"Barangsiapa yang memperoleh kebaikan daripada sahabatnya, lalu berkata : JAZAKALLAHU KHAIRAN(semoga Allah memberimu balasan yang baik), maka ia telah memujinya secara istimewa.

Hah, bestkan? Simple je nak express cinta ni.

Rasulullah s.a.w sendiri selalu memuji tiap2 sahabat yang dimilikinya.

"Orang yang paling besar kasih sayangnya terhadap umatku adalah Abu Bakar, yang paling tegar dalam menegakkan agama Allah adalah Umar, yang paling tulus rasa malunya adalah Uthman, yang paling pandai membaca Al-Quran adalah Ubay bin Ka'ab, yang paling pintar ilmu Fara'idh adalah Zaid bin Tsabit, yang paling dalam pengetahuanya mengenai hukum halal dan haram adalah Muadz bin Jabal. Dan setiap umat mempunyai Amin(menyimpan data rahsia/sekreatis), dan sekreatis umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.

Tak cukup itu.Curahkanlah lagi rasa cinta ini dengan sentiasa memberi senyuman.

Sebuah senyuman kadang2 mampu menyejukkan hati yang sedang membara serta melupuskan resah gelisah di dalam hati. Senyumanmu itu juga ya ukhti, kadang2 buatkan hati ini rasa tertaut dengan hatimu.

Senyuman ini kan sedekah. Ayuh jadi insan dermawan dengan menawarkan ukhuwah ini dengan penuh rasa cinta.

So..

Apa lagi yang meragukanmu sayang? Apa lagi yang buat kamu malu ya ukhtiku?

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, "Tidak akan masuk syurga kamu semua sehingga kamu beriman. Dan tidak akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling cinta mencintai. Tidakkah kamu suka jika ku tunjukkan kepada kamu semua sesuatu yang jikalau kamu semua lakukan tentu kamu akan saling cinta-mencintai? Iaitu sebarkanlah salam sesama mu."

Jom basahkan ukhuwah ini dengan expresskan lagi cinta kita. Kasih sayang itu baja, kasih sayang penyubur jiwa...

~Pasti ukhuwah ini tidak akan berakhir di sini, bahkan mungkin saja ia baru bermula. Uhibbukum fillah =)

Allahu'alam.

Wednesday, March 2, 2011

ILAH yang ditimpa.

Bismillah

Kelam kelibut aku mencari sebuah novel yang aku suke sangat bace. Kalau bace, confirm meleleh air mata. Terasa rindu sangat nak baca buku tu lebih2 lagi dalam keadaan yang sangat tension dengan study ni..

Kononnya nak basahkan hati la ni.

Bertimbun buku di rak. Terlalu banyak buku yang saling menimpa. Harus bagaimanakah aku untuk mencarinya?

Pasti ia memakan masa yang agak lama untuk aku membelek satu persatu buku yang ada di situ.

Lalu, aku buang satu persatu buku2 yang ada di situ.Ku buang buku2 yang aku tidak perlu ketika ini. Yang ku tuju hanya satu. Sebuah novel yang aku sayangi.

Aku terus buang ke tepi dan buang lagi, lalu akhirnya kelihatan jelas di mataku... sebuah novel yang dibaluti indah dengan kaler ungu. Pantas ku capai dan ku baca.

Alhamdulillah, rasa tenang mendakapinya. Rasa tenteram membacanya.



Hm...kalau perasan di situlah kelihatan sifat ilah. Apa pula ILAH ni?

Duhai muslim, kita sering melafazkan La ILAH ha illa Allah. Yang bererti Tiada Tuhan Selain Allah. Tiada ILAH selain Allah. Di mana Ilah itu adalah yang kita rasa :

1) Tenteram kepadanya
2) Terlindung olehnya
3) Rasa rindu kepadanya
4) Cinta dan sangat cenderung kepadanya.

Hinggakan sampai ke tahap pengabdian kita kepadanya. Tidak kira lah kepada siapa, tapi jika kita ada perasaan ini terhadap seseorang atau sesuatu benda, tanpa disedari itu merupakan ilah kita.

"Sesungguhnya orang2 yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa TENTERAM dengan (kehidupan) itu, dan orang2 yang melalaikan ayat2 Kami" (10:7)

Betapa benar dalam ayat ini, dunia telah mententeramkan hatinya. Maka dunia inilah ilahnya.

Begitu juka kisah kaum Musa yang merindukan patung lembu Samirinya. Boleh rujuk surah al Baqarah. ayat 93. Maka patung itu menjadi ilah buat mereka.

Betapa hati ini sangat cinta dan cenderung kepada yang selain Allah. Maka tanpa disedari mereka itu menjadi ilah buat kita.

Sedangkan ilah sebenar adalah Allah. Tiada ILAH selain Allah.

Rasa tenteram, terlindung, rindu dan sangat cinta kepada Allah. Hinggakan Allah menjadi pemilik segenap jiwa. Kerana Allahlah yang paling layak untuk memiliki sifat2 ini, kerana Dia menciptakan segala-galanya hanya untuk manusia.

Pasti Allah sentiasa ada di sudut hati manusia, namun ilah yang sebenar ini telah ditimpa oleh ilah2 yang lain. Hinggakan manusia sukar untuk mencariNya serta merasai kehadiranNya.

Sebab itulah, buanglah segala ilah yang lain. Campaklah jauh dari hatimu dan janganlah fikir untuk mengambilnya semula. InshaAllah, tiada ketakutan dalam hatimu melainkan Allah, tiada kerinduan di hatimu melainkan keranaNya, tiada cinta di hatimu melainkan hanya untukNya.

Bila hati sudah menjadi kepunyaan Allah, pasti apa sahaja kita sanggup korbankan demi Allah.

Inilah die La ilah ha illa Allah. Tiada Tuhan selain Allah. Tiada Ilah Selain Allah.
Janganlah timpakan Allah dengan ilah yang tidak selayak denganNYA.

Allahu'alam.

Sunday, February 27, 2011

Hati ini milikMU. ^.^

Bismillah. Salam wrt.

Camne ye kite nak basahkan hati? Nak betul2 'rasa' iman ni?
Kita selalu kata hati kita kering, rasa kosong, rasa sunyi, heartless.... sebenarnyakan itulah tanda hati kita memerlukan Tuhan.

Kate Ibnu Qayyim Al Jauzi,
“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan MENYENDIRI bersama Allah azza wajalla.

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana MENGENAL Allah beserta ketulusan hubungan denganNya.


Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu MENUJU Allah.

Di dalam hati juga ada suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi SATU-SATUNYA MATLAMAT dan cita-cita.


Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang takkan pernah terpenuhi kecuali dengan CNTA-Nya, MENGINGATI-Nya, beserta KEIKHLASAN yang tulen terhadap-Nya.

Bahkan jika hati ini DIBERI DUNIA SELURUHNYA BESERTA SEGALA ISINYA, keperluan itu tetap tidak terpenuhi selagi tidak mengharap penuh kepada Allah azza wajalla..”

Alangkah benarnya,
hati kita yg selalu mencari-cari itu sebenarnya adalah mencari Allah. Hati kita yg kekeringan dan gersang itu sebenarnya rindukan kata Allah, rindukan menyendiri bersama Allah..

yes, semuanya sebab Allah kan. Tetapi kadang-kadang kita kerap mencari yg selain Allah. Selalu mengharapkan ketenangan selain Allah seperti dgr lagu, jalan2, termenung. Kita selalu mengadu kepada manusia dulu sebelum Allah

Sebab itu lah kita perlu banyak qiam utk berbicara dengan Allah, perlukan Quran untuk merasai kata-kata Allah.

Peribadi orang yg sentiasa mengingati Allah ni, kalau die berbicara, kata-katanya adalah dakwah, bila dia diam, dia berzikir, nafasnya pula adalah tasbih. Masha Allah. Seronok kan jadi cam ni? =)


Jom kita kembali pada Allah. Hati ini miilikMU. ^.^











Wednesday, February 9, 2011

Keredhaan Allah yang dicari.

Bismillah.

Mim Sod Ro.= Mesir

musibah, sabar dan redha

Mesir dulu bukanlah sebuah negara yang benar2 menjadi idamanku untuk menjejakkan kaki di sana. Yelahkan, mase tu aku nampak negara2 europe tu lagi wow daripada asia tengah. 


Namun aturan Allah yang memegang hati ini, tanah para anbiya' itu telah aku jejaki.


Tidak pernah pula aku terfikir untuk datang ketika revolusi, ketika negara itu sedang begolak, namun aturan Allah sekali lagi, aku melihat sendiri para syabab memegang kayu, parang, pisau, etc yang senantiasa bersedia di kiri kanan jalan. Tiada gentar buat mereka. 


"Rakyat Mesir memang hebat" detik hati kecilku.


Dan aku merasai bagaimana dikurung beberapa hari kerana darurat...tapi syukur, ada para ustaz yang sentiasa membekalkan makanan buat kami.


Kurungan itu bukanlah hanya sia2. Tapi kurungan itu sedang menguatkan kami. Memperkasakan kami. Al-quran sentiasa menjadi teman kami. Sharing, usrah dan kata2 nasihat sentiasa menjadi halwa telinga kami.


Sebahagian besar plan kami berjalan sekitar mesir akhirnya terkubur kerana sungguh Allah, Dialah sebaik-baik perancang. Kerana benar, tujuan kami berjaulah hanya mencari redha Allah. Maka kami redha dengan susunanMu ini.


Kau gagah berdiri...
sedang aku hanya memerhati.
Tiada gentar dalam hatimu,
sedang aku masih ragu-ragu.


menangis hati ini,
kerana medan itu telah sampai di hadapanku.


namun karat-karat jahiliah
serta angan-angan yang kosong
masih mengheretku,
masih melambatkanku.
masih menipuku.


apa lagi yang aku mahu?
apakah syurga tidak mengiurkanku?
apakah Allah tidak menjadi impianku?


Astaghfirullah,
lama aku mengadu,
terlalu banyak alasanku.
cukuplah sampai di sini.


Aku ingin ke medan.
Bukan sekadar turun berada di medan.
Tapi bangkit menjadi barisan pertama untuk berjuang.


Walau sesukar mana jalan ini,
Allah lah yang meneguhkan,
Allah lah yang memampukan,
Allah lah yang memudahkan.


InshaAllah,
hanya redha Allah pintaku.
hanya cinta Allah menjadi motivasiku.


Doakan agar diri ini tsabat.
InshaAllah akan sambung ibrah ketika di Taba dan Sinai pule.

Thursday, January 20, 2011

Fatimah Az-Zaharah binti Muhammad

Bismillah.

Alhamdulillah... seronoknye bila seorang ukhti ini meminjamkan buku Fatimah Az-Zahara padaku. Dah lama aku teringin untuk membaca kisahnya. Jazakillahu khairan katsira =)

Sungguh pabila aku membacanya, kelu lidahku ini, kerana akhlak puteri Rasulullah s.a.w ini  terlalu jauh berbanding dengan diriku yang hina ini.

Beliau itu adalah penghuni syurga. Malah bukan itu sahaja, beliau adalah penghulu wanita mukmin dan wanita yang paling dicintai Rasulullah s.a.w. Hinggakan sabda nabi s.aw. :

"Fatimah adalah sebahagian dari diriku, siapa yang membuatnya marah bererti membuatku marah dan apa yang membuatnya gembira juga membuatku gembira."

dan betapa bestnye ditambah dengan sabda Nabi s.a.w ini :

"Apabila tiba hari kiamat, ada seruan dari perut ARSY, "Wahai makhluk Allah, pejamkanlah mata kami sehingga Fatimah binti Muhammad melalui sirat."

Sungguh besar ganjaran buat wanita agung ini. Sedangkan hidupnya di dunia ini terlalu singkat. Fatimah bernikah dengan Saidina Ali ketika berumur 9 tahun, memperoleh 4 orang anak Husin, Hasan, Umi Kalthum, Zainab dan kemudian meninggal dunia ketika berumur 18 tahun.

Singkatkan?

Namun, jasanya terlalu besar buat dunia ini. Terlalu berharga untuk dunia ini. Hidupnya sudah pasti bukan seperti kita yang biasa2.

Sejak kecil, Fatimah menyaksikan penyeksaan yang hebat dari kaum Quraisy ke atas Islam. Dan sejak kecil juga die telah terpisah dari ibunya yang tercinta, Saidatina Khadijah. Menangislah Fatimah saat pemergian bondanya itu.

Fatimah jugalah yang mendukung dakwah nabi s.a.w semenjak ketiadaan Khadijah. Pernah suatu ketika, saat Nabi s.a.w solat di hadapan Kaabah, baginda dilemparkan dengan perut lembu dan najis haiwan. Lalu Fatimah dengan pilunya, membersihkan najis yang berpalit pada tubuh ayahnya sambil memarahi orang2 Quraisy yang ketawa di situ.
Dan cuba bayangkan ketika umur belasan tahun, di alam remaja ini beliau sudah menjadi seorang ibu. Bukan sebarangan ibu, tetapi ibu kepada para imammiyah. Ibu yang mendidik anaknya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Beliau digelar ummu abiha(ibu kepada ayahnya), menjadi pendukung kepada panglima perang Islam yang terhebat, Saidina Ali, dan menjadi pendidik kepada para imamiyah.

Masa mudanya terlalu hebat. Hanya 18 tahun beliau telah dijanjikan sebagai penghulu syurga.

Huhu, sedangkan aku?



Dunia tidak pernah masuk ke dalam hati Fatimah Az-Zaharah. Hidup dan matinya adalah untuk dakwah Islam. Sedangkan sejak kecil hati dan fikiran kita diperindahkan dengan dunia. Dipermain-mainkan dengan games, series korea, cartoon, facebook, etc. Hinggakan terlalu manja untuk berkorban. Terlalu sedikit masa yang diluangkan untuk Islam ini. Masa yang ada telah disibukkan dengan hiburan, permainan, borak2 kosong, perkara yang sia2.

Ingatlah, Allah itu baik, dan akan menerima apa jua yang baik. Dan syurga itu adalah untuk orang yang seperti Fatimah Az-Zahara. Yes, Hanya untuk orang yang hebat! Maka tidak ada kata lain, melainkan kita juga menjadi orang yang hebat.

Menjadi orang yang berkorban untuk Allah.
Menjadi pendidik manusia yang hebat.
Menjadi pendukung kepada dakwah.
Sokong bukan sekadar berkata, tetapi sokonglah dengan perbuatan.

Masya Allah. Aku sedang menghitung diri. Moga nama Fatimah ini menjadi inspirasi untuk ku jadikan Fatimah Az-Zaharah sebagai idolaku.

~Kalau nak rase best lagi. Silalah bace buku ini =)

Sebaik-baik wanita syurga adalah Khadijah binti Khuwalid, Fatimah binti Muhammad, Asiah binti Muzahim (isteri Firaun) dan Maryam binti Imran.
-Rasulullah s.a.w-

Wednesday, January 5, 2011

ampunan Allah.

Bismillah..

"dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.." (3:135)

fastaghfiru!!!