Friday, December 30, 2011

kerana aku juga seorang manusia.

Bismillah..

Walau sehebat mane aku berdiri, walau setinggi mane aku capai, hakikatnye aku tetap seorang manusia yang lemah.

Kadang-kadang aku merasai manisnya iman, aku sentiasa mencuba untuk memelihara peraturan2 Allah, namun aku tetap juga bukan seorang malaikat yang tiada salah dan dosa.

Aku ingin selalu menyenangkan hati manusia yang lain, agar dapat memuaskan dan menjaga hati mereka. Namun aku tetap tidak dapat memenuhi setiap harapan dari mereka. Kerana aku hanyalah manusia lemah yang turut bergantung kepada yang satu.

Kerana itu, pada Allah sajalah tempat ku pohon ampun di atas dosa2 dan kelemahanku. Biarlah manusia lain membenci dan menghinaku, sesungguhnya aku lebih takut jika Engkau memalingkan diriMu dari ku.



dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak, dan kerana Tuhanmu, bersabarlah. (74:6-7)

Monday, December 26, 2011

Muslim

Bismillah.

Islam itu maksudnya berserah diri atau pun tunduk kepada Allah. Ianya bukan sekadar nama. Tapi ianya adalah perbuatan yang membuatkan kite tunduk 100% kepada perintah Allah.

Jadinya, muslim itu tidak mungkin bermusim, dan juga tidak mungkin ade weekend untuk dia menanggalkan muslim itu dalam dirinya.

Dia bangun awal pagi bukan untuk pergi ke kelas, tetapi kerana ingin menunaikan solat subuh dan alangkah indahnya ditambah dengan bermunajat kepada Allah.

Dia belajar ilmu2 dunia, bukan untuk mengejar pangkat, harta, mahupun populariti, tetapi kerana ilmu itu adalah alat kepada dakwahnya.

Dia makan bukan kerana nafsu, tetapi kerana memastikan tenaganya cukup untuk die terus melaksanakan kewajipannya yang diperintahkan Allah.

Dia berkenalan sesama manusia di muka bumi, bukan kerana saja2 bersosial, tetapi kerana mereka adalah orang2 yang boleh didakwahinya

Seluruh hidupnya, setiap saat muslim itu adalah untuk Allah, adalah berserah diri kepada pencipta, pemilik, pemelihara dan penguasanya.

Bersediakan anda untuk menjadi FULL TIME MUSLIM?

Saturday, December 24, 2011

Putus asalah.

Bismillah...

Cam mane ni? Apa aku nak buat lagi? Dah berapa kali aku pujuk, dah berapa kali aku nasihatkan ..... untuk kembali semula kepada Allah. Untuk same2 merasakan betapa indahnya duduk di bawah pohon yang rendang inii menikmati sapaan hidayah2 Allah yang menyentuh hati.

Tapi, die still tak nak. Die still menjauh.....
Boleh tak kalau nak give up je?
Boleh tak kalau nak biar je?

Kenapa PUTUS ASA?
Kerana apa yang kite mahukan daripada seseorang itu tidak seperti apa yang kite jangkakan. Kadang2 kite mengharapkan result yang besar daripada usaha2 dakwah kite. Kite rase kite dah buat sehabis baik, tapi sungguh menghairankan hasilnya tetap tidak memuaskan hati kite.

Lantas seribu persoalan bermain di minda kite..
Kenapa die still cam ni? bukan ke aku dah terangkan banyak kali pada die... Kenapa die still nak buat bende tu jugak, kenapa orang2 yang dah faham dakwah ni, cam tak semangat je buat keje, kenapa mereka tak berlapang dada....

oh.. dan kenapa dan kenapa lagi?

Dakwah ini tidak pernah menjanjikan jalan yang mudah, malah sebaliknya..Ia bukan jalan untuk mendapat nama yang popular, dapat duduk dengan orang baik2, dapat harta, pujian, suami yg best, etc..
Tapi ia membawa kite terjun kepada manusia yang bermacam ragam. Di situ medan kite, medan terujinye kefahaman dan perilaku kite.

Bukankah cita2 seorang dai itu adalah berusaha ke akar umbi untuk menegakkan cahaya islam ini di mana sahaja ia berada?

Nah, usaha itu yang difikir-fikirkannya. Bukan result yang dinanti-nantikannya. Mujahadah, berlapang dada, husnuzon (bersangka baik), sabar dan keikhlasan itu adalah ubat kepada hati2 para dai.

Tabiat dakwah, adalah ianya ditolak. Kerana bonus dari Allahlah, kite melihat seorang demi seorang dari binaan kite turut sama berganding bahu menyusuri jalan dakwah ini.

Janganlah dikau merajuk dengan tabiat dakwah ini. Tetapi, teruslah bekerja dengan sesungguh-sungguhnya. Sampai bile? Sampai kite pulang ke pangkuan Allah.

Putus asa itu bukan sikap kite. Cukuplah kisah Nabi Yunus memberi pengajaran kepada kite. Allahu'alam

La ilaha illa anta subhanaka inni kun'tu minnaz dzholimin. 
(Tidak ada tuhan selain Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim) 21:87





Friday, November 4, 2011

Merasai Al Fatihah...

Salam wrt.

Surah ini tak asing lagi di kalangan muslim. Orang muslim pasti saje menghafalnya kerana sekurang-kurangnya 17 kali dalam sehari kite akan membacanya.

Nak sharing sedikit sentuhan dari Amru Khalid daripada bukunya "Ibadah Sepenuh Hati". Moga2 ianya menambahkan kekhusyukan kite dan merasakan betapa indahnya berbicara dengan Allah yang Maha sempurna itu. =)

~ Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi, "Aku membahagi solat menjadi dua bahagian untuk Aku dan hambaKu" Ketika ia mengucapkan Alhamdulillahi Rabbil Alamin, maka Allah berfirman, "HambaKu telah memujiku." Lalu ketika ia mengucapkan Ar-rahmanir rahim, Allah pun menfirmankan, " HambaKu telah mengagungkanKu". Dan tatkala ia mengucap "Maliki yaumiddin", Allah berfirman, "HambaKu telah memujaKu."

Sambung lagi akan hadis itu, Ketika ia mengucap Iyyaka na' budu waiyyaka nasta'in, Allah menjawab, "Inilah perjanjian antara Aku dan hambaKu". Ketika si hamba mengatakan "Ihdinash shiratal mustaqim, shiratalladzina an'amta alaihim ghairil maghdubi alaihim waladdhallin," Allah menjawab, "Inilah perjanjian Aku dan hambaKu. Akan kupenuhi yang ia minta" (HR Muslim dan At-Turmudzi)

Saya minta satu hal kepada Anda..... ketika anda membaca Al-Fatihah bacalah seperti ini ketika Anda mengucapkan "Alhamdulillahi rabbil alamin, berhentilah barang sejenak dan rasakan kebahagiaan atas apa yang Allah firmankan.

Alangkah gembira hati anda dan alangkah bahagianya jiwa anda saat Allah berfirman, "HambaKu..........." Demi Allah, kalaulah bukan kerana hamabtan kemaksiatan, pasti hati ini akan terbang kegirangan lantaran mendengar kata2 ini.

Rasakan nikmat Allah di saat anda membaca "Maliki Yaummiddin". Rasakan kekuatan dan kekuasaanNya ketika anda membaca "Rabbil alamin". Rasakan kasih sayangNya di saat Anda membaca "Arrahmanirrahim". Dan sekarang berdoalah kepadaNya dengan membaca :Ihdinash-shirathal mustaqim."

Selanjutnya ucapkan 'amin' dengan hati yang tenang, sebab para malaikat sedang mengucapkan hal yang sama bersama anda.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang ucapan aminnya bersamaan dengan ucapan amin malaikat, maka Allah akan memberikan ampunan kepadanya" (HR Al bukhari, Muslim, Abu Dawud, At-Turmudzi, dan An-Nasa'i)

By Amru Khalid.

Jom para dai, sesungguhnya solat itu adalah hisaban yang pertama. Dan kite adalah insan yang Rabbani, membawa diri dan manusia di sekeliling kepada Allah.


Allahu'alam.



Tuesday, August 2, 2011

Tragis 1 ramadhan

Bismillah..

Sayu seluruh penduduk kampung di sini. Topik perbualan penduduk sane sini tertumpu kepada peristiwa petang tadi, ketika mereka sibuk membeli juadah buka puasa di bazar2 yang ade.

Sejurus saje selesai solat terawih, tiada aktiviti tadarus Al-quran yang menjadi kebiasaan... sebahagian penduduk kampung pergi menguruskan pengebumian jenazah mayat.

Nyawa 2 budak muda telah dijemput Allah ketika 1 ramadhan belum sampai ke penghujungnya. Peristiwanya tragis. Kelihatan darah melumuri di jalan raya. Bergetar hati penduduk2 kampung di sini.

Dan aku juga terkedu mendengar cerita ini.
Syukurlah kerana Allah masih memilih kita.
Syukurlah kerana Allah masih memberi peluang hidup untuk menikmati ramadhan ini.
Syukurlah kerana Allah masih memberi kudrat untuk berlumba-lumba meningkatkan amalan.
Syukurlah kerana Allah masih memberikan hati untuk merasai manisnya iman ini.
Syukur, kerana Allah masih memberi peluang untuk kita berubah.

Mungkin saje ini adalah ramadhan terakhir kita... Lalu rugilah jika kita dipilih masuk ke ramadhan ini, namun kite mensia-siakannya.. Ia persis orang yang tidak bersyukur dengan pemberian.

Moga Ramadhan ini dapat menyucikan jiwa2 yang terlekat dengan karat-karat jahiliah, dan moga amalan2 ini menjadi kekuatan untuk mengharungi 11 bulan yang mendatang. Amin.


Monday, July 18, 2011

Serious problem!

Bismillah..



Hampir 3 minggu berada di malaysia. ade lebih kurang sebulan setengah lagi.
Setiap kali cuti memang sentiasa diuji dengan masa lapang. Masya Allah, apatah lagi dengan kehadiran TV yang ade bermacam-macam siaran yang menarik.
Kata pakcik nouman, masa ni adalah sesuatu harta yang paling berharga untuk seseorang. Tapi yang peliknya ramai yang menggunakan masa dengan perkara2 yang lagha. Tu la  tandanya ade something wrong dalam hati kita.

Nampak macam suatu perkara yang enteng. Yang remeh.
Tapi sebenarnya adalah suatu perkara yang membawa kepada mudarat yang sangat besar..
It's very serious problem among us!

Masa ---> diisi dengan lagha ---> terpengaruh ---> buat sesuatu yang keji

Suke hati ini untuk share antara amalan yang perlu direbut ketika memasuki madrasah ramadhan ini.
InshaAllah perlu start engine dari sekarang, kalau tak nanti susah nak follow. ^^
http://muharikah.com/archives/1361/

Monday, June 20, 2011

Kemenangan yang selamanya.

Bismillah...

Alhamdulillah, ya rabb.
Dah 2 bulan menghadapi satu demi satu exam di sini. Akhirnya, ia selesai jua.
Sungguh, ia terlalu manis untuk diperkatakan. Ia sangat melegakan hati ini.

Betapa puasnya merasai kemenangan dunia yang telah Allah janjikan. Aku merasakan usaha2 itu dibalas dengan balasan yang cukup sempurna. Syukur...Di tambah pula dengan tiket pulang ke Malaysia, untuk kembali ke pangkuan keluarga.

Kalau terserempak dengan kawan, rasa nak senyummm je dan cerita betapa gembiranya hati ini bila dah selesai semua exam...

Tapi itu adalah kemenangan yang sementara. Ia akan pudar hanya beberapa ketika.

Ia akan disusuli lagi dengan rintangan demi rintangan. Dan kemenangan itu akan terus dilupakan. Hanya tinggal tertulis di atas kertas.

Namun tiket ke syurga itulah merupakan sebuah kemenanga yang abadi.  "itulah kemenangan yang agung" (61:12).

Alangkah seronoknya...kau dan aku bertemu di syurga. Bersalam-salaman mengucapkan tahniah atas kemenangan ini.  

Di situ, tiada lagi yang perlu diresahkan, difikirkan, yang tinggal hanya kesenangan yang abadi. Kenikmatan duduk pada dipan2 serta sungai2 mengalir begitu menenangkan hati ini. Apatah lagi indahnya bertemu melihat wajah Allah yang maha sempurna.Segala susah payah di dunia ini bagaikan tidak terasa langsung. Ia terlalu kecil berbanding nikmat di syurga. Dan ia adalah selamanya dan tidak akan pudar dimamah masa.

Sebuah kemenangan itu tidak akan pernah datang bergolek. Pasti ia memerlukan usaha yang keras melebihi kerasnya usaha kita pada exam2 di dunia ini.

Kerana yang dituju itu adalah kemenangan yang selamanya. 

Bagi yang tidak merasai dunia ini adalah medan untuk berjuang,  ia akan terpinga-pinga di akhirat kelak. Kerana ia tidak pernah untuk mempersiapkan diri untuk perkara sebesar ini...
Bagi mereka cukuplah dunia ini menjadi syurga di hati mereka. 

Mereka berkata, "Kalau demikian, itu adalah suatu pengembalian yang merugikan" (79:12)

Dan inilah satu2 nya exam yang tidak boleh dipostpone malah tidak boleh di repeat. Ianya ternoktah di situ.

Bagi mereka pula yang sentiasa mempersiapkan untuk hari akhirat ini, di sinilah saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Menantikan sebuah pembalasan di atas segala usahanya.

Usaha itu sudah pasti perit, susah, macam dah tak tahan dah....... tapi itulah fitrah sebuah exam.
Apabila tertulis 'syurga' buatnya nanti, tiada lagi senyuman yang paling manis, melainkan senyuman ketika itu.

Itulah kemenangan yang terindah!

Ayuh, janganlah mengeluh lagi.. Fastabiqul khairat!.




Monday, May 30, 2011

Kisah penguat hati

Bismillah.
Just sharing :)

by salim-a-fillah

dulu aku bertanya, mengapa namamu yang berulangkali disebutNya
dan kisahmu yang bertebar merambah hampir tiap surah
bahkan Allah menetapkan; kau terkisah untuk menguatkan jiwa
hati dan rasa seorang Nabi penutup masa

ya, kini aku tahu.. betapa tak mudah menjadimu hai Musa
mengemban risalah dalam keadaan yang serba tak sempurna
kau tak fasih bicara, sulit berkata-kata
dan sebab khilaf masa lalu, kau tersalah membunuh

maka saat wahyu turun, air matamu menitik, tubuhmu berpeluh
dalam kesadaran akan beratnya beban, kau mengeluh
“bicaraku gagap, lidahku kelu, aku takut mereka akan mendustakanku..
dan pada mereka aku berdosa sungguh, aku takut akan dibunuh”

ya, kini aku tahu, sungguh tak mudah menjadimu
sebab dalam keterbatasan itu, Allah berikan untukmu lawan penuh kuasa
perbendaharaannya kaya, kerajaannya luas, tentaranya perkasa
punggawanya setia, lagi taat buta
mengaku tuhan tertinggi, dia merasa berkuasa atas hidup dan mati
dan kau.. kau terhutang budi masa kecil padanya

dan tahukah kau duh Musa, kelak kaum yang kau pimpin
yang kau bimbing bebas dari perbudakan tiran
yang menyaksikan sejuta kuasa Allah menaungi mereka
akan berlomba membangkangi Allah dan mendurhakaimu?

malam ini kususuri kisahmu, dan aku takjub
atas takdirNya, masa lalumu tak sempurna
kau terpilih memikul risalah suci, dan kau didustakan
sedang Muhammad dipilihNya dari pribadi yang terjaga sempurna
dia memikul risalah dengan gelar al amin yang masyhur sudah
tapi diapun tetap didustakan

mungkin sebab itulah kisahmu selalu menjadi penguat hatinya
di saat-saat berat, Muhammad mengenangmu dan melirihkan gumam
“semoga Allah menyayangi saudaraku Musa..
sungguh ia dicobai lebih menyakitkan dari ini”

malam ini duhai Musa, kususuri kisahmu
aku tersenyum, alhamdulillah, kau membuatku merasa
beban-beban da’wah ini hanyalah seberkas kapas
tapi di sisi lain, menelisik ceritamu, mataku basah

“ahh.. surga, rasanya masih jauh, sangat jauh..”

Tuesday, May 24, 2011

Simply Buat Gaza.

Bismillah.
Sedang tersentuh dengan sebuah lagu. yang dah lame pun di pasaran =)
Gaza to night.mp3

Syukur ya Allah,
kerana hadirnye mereka di muka bumi ini.
Dari kalian,
hidayah datang menyentuh hati2 manusia yang alpa,

Kau.....
sedang berusaha meyelamatkan aqsa.
Yang mana,
Tanggunjawabnya adalah aku dan kamu.
Tapi aku hanya tetap di sini...
Bagaimana nanti alasanku di hadapan Allah?

Walau tiada bicara keluh dari bibirmu,
Aku tahu kepayahanmu.
Mata itu sungguh tidak bisa menipu.

Aku,
hanya mampu menulis.
berimaginasi,
membaca,
dan menghayati kisah2 mu.

Tapi realitinya,
kau begitu sukar menghadapinya..
kau penuh dengan semangat yang membara,
tidak pernah berganjak sedikit pun,
menegakkan kebenaran di muka bumi ini.

sedang aku ini terlalu selesa di sini,
sedang dunia sentiasa menemani hatiku..

Tahukah kamu...
Alhamdulillah itu...
adalah perkataan yang sering aku laungkan.
sedangkan kamu....
sentiasa bersiap sedia menghadapi musuh,
dengan laungan yang maha besar.
Allahuakbar!!!!

Ah... adakah kesengsaraan kalian hanya menjadi tontonan buatku?
adakah cerita kalian merupakan episod drama buatku?
tiada daya, tiada apa yang ku sumbangkan?
oh... selfishkan?!
redhakah Allah dengan kesenangan ini?

Aku dan kamu.
Bagaikan jauh jaraknya antara kita.
Kau mengejar kemenangan islam itu,
kalau tidak menang pun, dikau syahid.
Dan pintu syurga itu bagaikan sentiasa melambai ke arahmu.

Aku cemburu.....
Aku juga ingin seperti kamu.

Namun inilah yang terbaik buat kita.
Kamu berada di situ adalah tempat yang paling baik buatmu,
Paling terbaik menjadi 'abid(hamba) dan khalifah Allah.

Begitu juga aku,
Di sinilah jejak kakiku yang terbaik,
Untuk aku bergelar 'abid dan khalifah.

Benar,
Mungkin cara kita berbeza. 
Tapi kita tidak bergoyang kaki...
Kita bersama di medan perang ini..
Kita tidak, dan tak nak bersubahat dengan musuh islam.
Kita punya tujuan yang sama.

Jika kau menggenggam batu sebagai senjata,
Aku pula,
bermujahadah melawan masa lapang,
menangkis hiburan yang mealpakan,
berpaling dari berhala hedonisme yang disuntikkan,
melenyapkan kata malas di fikiranku.
dan harus bangkit,
untuk menjadi individu muslim yang sebenarnya.

Kau,
akan sentiasa berada dalam rabithahku.

Moga kau dan aku,
akan bertemu,
jika tidak di sini,
inshaAllah di syurga.....

Dan.....
Moga kau dan aku...
akan terus diberi kekuatan dari Allah..

"Wahai orang2 yang beriman! Bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung" (3:200)

Monday, April 4, 2011

laluan hati.

Bismillah..

Mentadabburi (menghayati) ayat2 Al-quran ini, terasa lebih manis rasanya daripada tidur di katil yang empuk. Nikmatnye memahami kata2 Allah itu lebih berharga dari sekadar membacanya hanya kerana pahala..

Alangkah benar, terlalu indah kata2 Allah seindah yang berkata. Terlalu cantik aturanNya, sebagaimana firman Allah di dalam surah yg baru saje ku tadabburi :

"Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah malam, Kami tanggalkan siang dari (malam) itu, maka seketika itu mereka (berada dalam) kegelapan. Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha perkasa, maha mengetahui. Dan telah Kami tetapkan tempat peredaran bulan, sehingga kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua(sabit). Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing2 beredar pada garis edarnya (36:37-40)

Cantik kan fenomena ini!~ Suatu kejadian yang khusus dipersembahkan dari Allah kepada manusia.

Ianya tidak dapat dirasai tanpa akal yang berfikir. Semua ini hanya sekadar tulisan, hanya sekadar ilmu di akal jika sang pembacanya tidak menghayati kata2 Allah.

Namun jika seorang hamba membacakan ayat ni daripada Tuannya, sudah tentu dia terharu. Jika seorang perempuan menerima kata2 ini daripada sang kekasihnya pula, sudah tentu hatinya gementar.

Kerana yang berkata itu Tuhan yang maha mulia, yang maha tinggi, yang maha cantik dan terlalu sempurna. Dan kata2 itu dilontarkan kepada manusia yang cuma lemah dan hina ini. Manusia yg tidak tau ape2, melainkan apa yang telah diajariNya.. Siapalah kita ini..

Tanyalah dirimu, dari manakah kamu? apakah tujuanmu dan ke manakah tempat kembalimu?

Sekali-kali tidak wahai diri, janganlah kau merasa serba cukup.~

Spring is coming=)

Sunday, March 13, 2011

Sabar

Bismillah.




Fuh.. Makin susahnye kerja kita!
Sabarlah ye. Tarbiyah ni kan suatu proses.
Proses membina individu daripada tiada apa2 kepada ada.
Daripada biasa kepada luar biasa.

Pasti hasilnya bukan dikecapi dalam masa yang singkat.

Allahu'alam.

Sunday, March 6, 2011

Cinta KITA

Bismillah..



Baru je Usrah wida' bersama AiMar.

Mencari segala idea untuk cuba sleep over bersama antunna, namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnye jatuh ke tanah jua...huhu.

Sungguh Allahlah yang mengatur susunan ini. Jika Dia kata jadi maka jadilah. Dah tiada rezeki untuk sharing lebih lama bersama antunna. Namun, memang benar kate ukhti itu, kite perlu tajnid niat balik. Ke usrah kerana ape ye?

Benar tarbiah ini bukanlah segala-galanya. Namun dari tarbiah ini bermulalah segala-galanya.

Kalau dulu kita membaca al-quran hanya inginkan pahala, namun tarbiah ini mengenal kita erti tadabbur, rasa ingin memahami semua ayat al-quran. Kalau dulu kita tidak pernah kesah akan keadaan saudara2 kita di sane, namun kini, kita ambil tahu mengenai perjuangan dan penderitaan mereka. Kalau dulu kita rasa da'wah ini hanya untuk para ustaz/ah, namun kini kite sedar da'wah  itu adalah kewajipan di bahu kita. Kewajipan seluruh umat islam ini.

Ana ingin titipkan sesuatu buat antunna. Iaitu, tentang cinta. Tapi memang benar skop cinta ini sangat2 luas. Maka ana ingin perkecilkan lagi kepada cinta KITA. Cinta ilahi sesame ukhti kita.

Sebahagian manusia enggan mengungkapkan kata cinta kepada yang ia cintai. Atau, paling tidak pun harus meng'expresskan'nya dengan memberi hadiah, senyuman yang manis, pujian dan apa sahaja yang menjelaskan isi hatinya.

Mungkin mereka menganggap Allah maha mengetahui apa yang tersembunyi di hati. Mereka merasakan cinta secara terbuka ini adalah pekerjaan sia2. Rasa pelik. Rasa ouh.............geli lah.

Namun sikap ini tidak pernah dicerminkan oleh Rasulullah s.a.w. Sebaliknya kata baginda :

"Jika seseorang di antara kamu mencintai saudaranya kerana Allah, maka khabarkanlah kepadanya, kerana hal itu dapat mengekalkan keakraban dan memantapkan cinta"

Bahkan expresskan cinta ini dengan saling puji memuji. Pujian itu akan menambahkan rasa cinta kita kepad ukhti. Bukan memuji yang berlebihan hingga menjadikannya sombong. Tapi kita memuji dengan harapan agar sahabiah ini dapat berbuat baik dengan lebih banyak lagi.

Dan kalau nak tahu, doa yang baik dikategorikan sebagai pujian. Bahkan ia merupakan pujian yang paling istimewa dan hal ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w:

"Barangsiapa yang memperoleh kebaikan daripada sahabatnya, lalu berkata : JAZAKALLAHU KHAIRAN(semoga Allah memberimu balasan yang baik), maka ia telah memujinya secara istimewa.

Hah, bestkan? Simple je nak express cinta ni.

Rasulullah s.a.w sendiri selalu memuji tiap2 sahabat yang dimilikinya.

"Orang yang paling besar kasih sayangnya terhadap umatku adalah Abu Bakar, yang paling tegar dalam menegakkan agama Allah adalah Umar, yang paling tulus rasa malunya adalah Uthman, yang paling pandai membaca Al-Quran adalah Ubay bin Ka'ab, yang paling pintar ilmu Fara'idh adalah Zaid bin Tsabit, yang paling dalam pengetahuanya mengenai hukum halal dan haram adalah Muadz bin Jabal. Dan setiap umat mempunyai Amin(menyimpan data rahsia/sekreatis), dan sekreatis umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.

Tak cukup itu.Curahkanlah lagi rasa cinta ini dengan sentiasa memberi senyuman.

Sebuah senyuman kadang2 mampu menyejukkan hati yang sedang membara serta melupuskan resah gelisah di dalam hati. Senyumanmu itu juga ya ukhti, kadang2 buatkan hati ini rasa tertaut dengan hatimu.

Senyuman ini kan sedekah. Ayuh jadi insan dermawan dengan menawarkan ukhuwah ini dengan penuh rasa cinta.

So..

Apa lagi yang meragukanmu sayang? Apa lagi yang buat kamu malu ya ukhtiku?

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, "Tidak akan masuk syurga kamu semua sehingga kamu beriman. Dan tidak akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling cinta mencintai. Tidakkah kamu suka jika ku tunjukkan kepada kamu semua sesuatu yang jikalau kamu semua lakukan tentu kamu akan saling cinta-mencintai? Iaitu sebarkanlah salam sesama mu."

Jom basahkan ukhuwah ini dengan expresskan lagi cinta kita. Kasih sayang itu baja, kasih sayang penyubur jiwa...

~Pasti ukhuwah ini tidak akan berakhir di sini, bahkan mungkin saja ia baru bermula. Uhibbukum fillah =)

Allahu'alam.

Wednesday, March 2, 2011

ILAH yang ditimpa.

Bismillah

Kelam kelibut aku mencari sebuah novel yang aku suke sangat bace. Kalau bace, confirm meleleh air mata. Terasa rindu sangat nak baca buku tu lebih2 lagi dalam keadaan yang sangat tension dengan study ni..

Kononnya nak basahkan hati la ni.

Bertimbun buku di rak. Terlalu banyak buku yang saling menimpa. Harus bagaimanakah aku untuk mencarinya?

Pasti ia memakan masa yang agak lama untuk aku membelek satu persatu buku yang ada di situ.

Lalu, aku buang satu persatu buku2 yang ada di situ.Ku buang buku2 yang aku tidak perlu ketika ini. Yang ku tuju hanya satu. Sebuah novel yang aku sayangi.

Aku terus buang ke tepi dan buang lagi, lalu akhirnya kelihatan jelas di mataku... sebuah novel yang dibaluti indah dengan kaler ungu. Pantas ku capai dan ku baca.

Alhamdulillah, rasa tenang mendakapinya. Rasa tenteram membacanya.



Hm...kalau perasan di situlah kelihatan sifat ilah. Apa pula ILAH ni?

Duhai muslim, kita sering melafazkan La ILAH ha illa Allah. Yang bererti Tiada Tuhan Selain Allah. Tiada ILAH selain Allah. Di mana Ilah itu adalah yang kita rasa :

1) Tenteram kepadanya
2) Terlindung olehnya
3) Rasa rindu kepadanya
4) Cinta dan sangat cenderung kepadanya.

Hinggakan sampai ke tahap pengabdian kita kepadanya. Tidak kira lah kepada siapa, tapi jika kita ada perasaan ini terhadap seseorang atau sesuatu benda, tanpa disedari itu merupakan ilah kita.

"Sesungguhnya orang2 yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa TENTERAM dengan (kehidupan) itu, dan orang2 yang melalaikan ayat2 Kami" (10:7)

Betapa benar dalam ayat ini, dunia telah mententeramkan hatinya. Maka dunia inilah ilahnya.

Begitu juka kisah kaum Musa yang merindukan patung lembu Samirinya. Boleh rujuk surah al Baqarah. ayat 93. Maka patung itu menjadi ilah buat mereka.

Betapa hati ini sangat cinta dan cenderung kepada yang selain Allah. Maka tanpa disedari mereka itu menjadi ilah buat kita.

Sedangkan ilah sebenar adalah Allah. Tiada ILAH selain Allah.

Rasa tenteram, terlindung, rindu dan sangat cinta kepada Allah. Hinggakan Allah menjadi pemilik segenap jiwa. Kerana Allahlah yang paling layak untuk memiliki sifat2 ini, kerana Dia menciptakan segala-galanya hanya untuk manusia.

Pasti Allah sentiasa ada di sudut hati manusia, namun ilah yang sebenar ini telah ditimpa oleh ilah2 yang lain. Hinggakan manusia sukar untuk mencariNya serta merasai kehadiranNya.

Sebab itulah, buanglah segala ilah yang lain. Campaklah jauh dari hatimu dan janganlah fikir untuk mengambilnya semula. InshaAllah, tiada ketakutan dalam hatimu melainkan Allah, tiada kerinduan di hatimu melainkan keranaNya, tiada cinta di hatimu melainkan hanya untukNya.

Bila hati sudah menjadi kepunyaan Allah, pasti apa sahaja kita sanggup korbankan demi Allah.

Inilah die La ilah ha illa Allah. Tiada Tuhan selain Allah. Tiada Ilah Selain Allah.
Janganlah timpakan Allah dengan ilah yang tidak selayak denganNYA.

Allahu'alam.

Sunday, February 27, 2011

Hati ini milikMU. ^.^

Bismillah. Salam wrt.

Camne ye kite nak basahkan hati? Nak betul2 'rasa' iman ni?
Kita selalu kata hati kita kering, rasa kosong, rasa sunyi, heartless.... sebenarnyakan itulah tanda hati kita memerlukan Tuhan.

Kate Ibnu Qayyim Al Jauzi,
“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan MENYENDIRI bersama Allah azza wajalla.

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana MENGENAL Allah beserta ketulusan hubungan denganNya.


Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu MENUJU Allah.

Di dalam hati juga ada suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi SATU-SATUNYA MATLAMAT dan cita-cita.


Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang takkan pernah terpenuhi kecuali dengan CNTA-Nya, MENGINGATI-Nya, beserta KEIKHLASAN yang tulen terhadap-Nya.

Bahkan jika hati ini DIBERI DUNIA SELURUHNYA BESERTA SEGALA ISINYA, keperluan itu tetap tidak terpenuhi selagi tidak mengharap penuh kepada Allah azza wajalla..”

Alangkah benarnya,
hati kita yg selalu mencari-cari itu sebenarnya adalah mencari Allah. Hati kita yg kekeringan dan gersang itu sebenarnya rindukan kata Allah, rindukan menyendiri bersama Allah..

yes, semuanya sebab Allah kan. Tetapi kadang-kadang kita kerap mencari yg selain Allah. Selalu mengharapkan ketenangan selain Allah seperti dgr lagu, jalan2, termenung. Kita selalu mengadu kepada manusia dulu sebelum Allah

Sebab itu lah kita perlu banyak qiam utk berbicara dengan Allah, perlukan Quran untuk merasai kata-kata Allah.

Peribadi orang yg sentiasa mengingati Allah ni, kalau die berbicara, kata-katanya adalah dakwah, bila dia diam, dia berzikir, nafasnya pula adalah tasbih. Masha Allah. Seronok kan jadi cam ni? =)


Jom kita kembali pada Allah. Hati ini miilikMU. ^.^











Wednesday, February 9, 2011

Keredhaan Allah yang dicari.

Bismillah.

Mim Sod Ro.= Mesir

musibah, sabar dan redha

Mesir dulu bukanlah sebuah negara yang benar2 menjadi idamanku untuk menjejakkan kaki di sana. Yelahkan, mase tu aku nampak negara2 europe tu lagi wow daripada asia tengah. 


Namun aturan Allah yang memegang hati ini, tanah para anbiya' itu telah aku jejaki.


Tidak pernah pula aku terfikir untuk datang ketika revolusi, ketika negara itu sedang begolak, namun aturan Allah sekali lagi, aku melihat sendiri para syabab memegang kayu, parang, pisau, etc yang senantiasa bersedia di kiri kanan jalan. Tiada gentar buat mereka. 


"Rakyat Mesir memang hebat" detik hati kecilku.


Dan aku merasai bagaimana dikurung beberapa hari kerana darurat...tapi syukur, ada para ustaz yang sentiasa membekalkan makanan buat kami.


Kurungan itu bukanlah hanya sia2. Tapi kurungan itu sedang menguatkan kami. Memperkasakan kami. Al-quran sentiasa menjadi teman kami. Sharing, usrah dan kata2 nasihat sentiasa menjadi halwa telinga kami.


Sebahagian besar plan kami berjalan sekitar mesir akhirnya terkubur kerana sungguh Allah, Dialah sebaik-baik perancang. Kerana benar, tujuan kami berjaulah hanya mencari redha Allah. Maka kami redha dengan susunanMu ini.


Kau gagah berdiri...
sedang aku hanya memerhati.
Tiada gentar dalam hatimu,
sedang aku masih ragu-ragu.


menangis hati ini,
kerana medan itu telah sampai di hadapanku.


namun karat-karat jahiliah
serta angan-angan yang kosong
masih mengheretku,
masih melambatkanku.
masih menipuku.


apa lagi yang aku mahu?
apakah syurga tidak mengiurkanku?
apakah Allah tidak menjadi impianku?


Astaghfirullah,
lama aku mengadu,
terlalu banyak alasanku.
cukuplah sampai di sini.


Aku ingin ke medan.
Bukan sekadar turun berada di medan.
Tapi bangkit menjadi barisan pertama untuk berjuang.


Walau sesukar mana jalan ini,
Allah lah yang meneguhkan,
Allah lah yang memampukan,
Allah lah yang memudahkan.


InshaAllah,
hanya redha Allah pintaku.
hanya cinta Allah menjadi motivasiku.


Doakan agar diri ini tsabat.
InshaAllah akan sambung ibrah ketika di Taba dan Sinai pule.

Thursday, January 20, 2011

Fatimah Az-Zaharah binti Muhammad

Bismillah.

Alhamdulillah... seronoknye bila seorang ukhti ini meminjamkan buku Fatimah Az-Zahara padaku. Dah lama aku teringin untuk membaca kisahnya. Jazakillahu khairan katsira =)

Sungguh pabila aku membacanya, kelu lidahku ini, kerana akhlak puteri Rasulullah s.a.w ini  terlalu jauh berbanding dengan diriku yang hina ini.

Beliau itu adalah penghuni syurga. Malah bukan itu sahaja, beliau adalah penghulu wanita mukmin dan wanita yang paling dicintai Rasulullah s.a.w. Hinggakan sabda nabi s.aw. :

"Fatimah adalah sebahagian dari diriku, siapa yang membuatnya marah bererti membuatku marah dan apa yang membuatnya gembira juga membuatku gembira."

dan betapa bestnye ditambah dengan sabda Nabi s.a.w ini :

"Apabila tiba hari kiamat, ada seruan dari perut ARSY, "Wahai makhluk Allah, pejamkanlah mata kami sehingga Fatimah binti Muhammad melalui sirat."

Sungguh besar ganjaran buat wanita agung ini. Sedangkan hidupnya di dunia ini terlalu singkat. Fatimah bernikah dengan Saidina Ali ketika berumur 9 tahun, memperoleh 4 orang anak Husin, Hasan, Umi Kalthum, Zainab dan kemudian meninggal dunia ketika berumur 18 tahun.

Singkatkan?

Namun, jasanya terlalu besar buat dunia ini. Terlalu berharga untuk dunia ini. Hidupnya sudah pasti bukan seperti kita yang biasa2.

Sejak kecil, Fatimah menyaksikan penyeksaan yang hebat dari kaum Quraisy ke atas Islam. Dan sejak kecil juga die telah terpisah dari ibunya yang tercinta, Saidatina Khadijah. Menangislah Fatimah saat pemergian bondanya itu.

Fatimah jugalah yang mendukung dakwah nabi s.a.w semenjak ketiadaan Khadijah. Pernah suatu ketika, saat Nabi s.a.w solat di hadapan Kaabah, baginda dilemparkan dengan perut lembu dan najis haiwan. Lalu Fatimah dengan pilunya, membersihkan najis yang berpalit pada tubuh ayahnya sambil memarahi orang2 Quraisy yang ketawa di situ.
Dan cuba bayangkan ketika umur belasan tahun, di alam remaja ini beliau sudah menjadi seorang ibu. Bukan sebarangan ibu, tetapi ibu kepada para imammiyah. Ibu yang mendidik anaknya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Beliau digelar ummu abiha(ibu kepada ayahnya), menjadi pendukung kepada panglima perang Islam yang terhebat, Saidina Ali, dan menjadi pendidik kepada para imamiyah.

Masa mudanya terlalu hebat. Hanya 18 tahun beliau telah dijanjikan sebagai penghulu syurga.

Huhu, sedangkan aku?



Dunia tidak pernah masuk ke dalam hati Fatimah Az-Zaharah. Hidup dan matinya adalah untuk dakwah Islam. Sedangkan sejak kecil hati dan fikiran kita diperindahkan dengan dunia. Dipermain-mainkan dengan games, series korea, cartoon, facebook, etc. Hinggakan terlalu manja untuk berkorban. Terlalu sedikit masa yang diluangkan untuk Islam ini. Masa yang ada telah disibukkan dengan hiburan, permainan, borak2 kosong, perkara yang sia2.

Ingatlah, Allah itu baik, dan akan menerima apa jua yang baik. Dan syurga itu adalah untuk orang yang seperti Fatimah Az-Zahara. Yes, Hanya untuk orang yang hebat! Maka tidak ada kata lain, melainkan kita juga menjadi orang yang hebat.

Menjadi orang yang berkorban untuk Allah.
Menjadi pendidik manusia yang hebat.
Menjadi pendukung kepada dakwah.
Sokong bukan sekadar berkata, tetapi sokonglah dengan perbuatan.

Masya Allah. Aku sedang menghitung diri. Moga nama Fatimah ini menjadi inspirasi untuk ku jadikan Fatimah Az-Zaharah sebagai idolaku.

~Kalau nak rase best lagi. Silalah bace buku ini =)

Sebaik-baik wanita syurga adalah Khadijah binti Khuwalid, Fatimah binti Muhammad, Asiah binti Muzahim (isteri Firaun) dan Maryam binti Imran.
-Rasulullah s.a.w-

Wednesday, January 5, 2011

ampunan Allah.

Bismillah..

"dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.." (3:135)

fastaghfiru!!!