Sunday, December 20, 2009
wahai hati2,mari lihat ini....
Baru je balik dari usrah dengan Ainul Mardhiah. Terus je capai laptop, sign in blogger dan terus nak tules ape yg ada dalam hati kat sini. Takut tangguh2 nanti, dah hilang pula apa yang nak disampaikan.
Di samping tu,sy nak menunaikan nazar kat mereka ni..Hehe,sy terlupe nak bawak video. Mintak maaf ye.=) Hopenye dapat manfaat kepada yg laen jugak. Dan insya Allah mari kita lihat video yg best ni dengan kaca mata Islam dan gunakan hati untuk memahami.
Budak yang kecil ini pasti tahu kekuatannya itu tidak mampu mengubah sesuatu.
Namun, dengan yakin dia tetap tampil ke hadapan...kerana dia tahu tanpa setitik usaha, maka pokok itu tetap jua tidak beralih.
Dan, adakah kite akan kekal menjadi penonton dengan masalah yg ada, berdolak-dalih dengan tanggunjawab, atau kite yg menjadi pendukungnya?
~jawab la utk hati sendiri..~
Salam maal hijrah
To ukhti:jzkk for sharing this video kat sy :D
Friday, December 11, 2009
Maher Zain lagi..
Sy nak juge letak video ni kat sini. Liriknye sgt terkena kat hati. Sangat memujuk hati.
Terkadang sy selalu lupe,
sy ade Allah untuk terus berharap,
sy tak tau bagaimane harus terus berdiri ,
berperang dengan lautan manusia..,
berperang juga dengan nafsu diri.....
sy lupe Allah mencintai orang yg bersabar.
Allah LEBIH mencintai org yg kuat hati dan fizikalnye,
dan janji Allah itu kan pasti.
pertolongan Dia itu pula dekat.
dan juga terkadang ,
sy lupe sy ade penciptanya,
yg mahukan diri ini berguna buatNya
yg mahukan diri ini menjadi hamba kepada Dia sahaja,
yg tunduk, patuh, serah, ikot
ape je yg Dia nak...
Selalu sedih melihat kekurangan diri,
tp sy lupa bahawa kekurangan itu lah yg menyempurnakan diri.
dari kekurangan itu ada lahirnye rendah diri,
ada rase pergantungan pada Allah.
Sungguh Allah itu maha adil.
Dia tak pandang pun apa yang sy ade,
tak hargai pun apa yg di luaran,
tapi yg menjadi tautanNya ialah hati,
kerana itu,
saat jasad berserah padaMu,
saat hati menadah untuk disucikan,
moga Kau berikan kekuatan,
moga Kau sentiasa tunjukkan jalan.
kerana sy ingin dicintaiNya.
-Allah sgt best!
Thursday, November 26, 2009
Sebuah kisah cinta.
Ada sebuah kisah cinta yang sebenar-benarnya.
Kisah Ibrahim yang dah lama menginginkan seorang anak. Lalu die berdoa kepada Allah:
"Ya tuhanku,anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh." (37:100)
"Maka Kami beri kabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar (Ismail)" (37:101)
Tapi sahabatku, Allah uji cinta Nabi Ibrahim untuk tinggalkan Siti Hajar dan Ismail di suatu lembah yang berbukit. Yang tidak punya apa2. Itulah lembah Mekah. Tiada susu yang ditinggalkan, tiada handphone sebagai pengantara, tiada rumah sebagai pelindung,tiada apa....
Pesan Nabi ibrahim:
"Bertawakallah kepada Allah yang telah menentukan kehendakNya, percayalah kepada kekuasaanNya dan rahmatNya. Dialah yang memerintah aku membawa ke sini dan Dialah yang akan melindungimu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkanmu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai. Percayalah wahai Hajar, Allah tidak akan mengabaikan kamu berdua tanpa perlindunganNya. Insya Allah."
Nabi Ibrahim kembali semula ke Palestin untuk meneruskan dakwahnya. Lalu tinggallah Hajar dan anaknya di padang pasir yg kudus dengan hati yang tawakal.
Setelah bertahun-bertahun lamanya, Nabi Ibrahim pulang untuk mengubat rindunya. Apatah lagi, betapa gembiranya hati seorang bapa melihat anak yg sudah pandai bercakap, sudah pandai berjalan dan mampu untuk membantunya untuk dakwah ini...namun,
"................., wahai anakku! Sesungguhnya aku bemimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!" Dia (Ismail) menjawab, "wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu, insya Allah kau akan mendapatiku orang yang sabar."
Nabi Ibrahim itu tidak diperintahkan untuk menyembelih lembu mahupun kambing sahabatku, tetapi yg patut disembelih itu adalah manusia. Dan manusia itu adalah anak yang sangat disayanginya. Yang hanya beberapa ketika saja sempat berkasih sayang bersama.Dan baginda telah melakukannya. Masya Allah..
Maka di saat wajah Ismail sudah dipalingkan ke tanah, pisau telah diasah, lalu Nabi Ibrahim dengan sekuat hati menggerakkan pisau itu. Namun pisau itu membalik dan tidak boleh memotong leher Ismail dengan izin Allah.
Kata Nabi Ismail,"Wahai ayahku, kekuatanmu menjadi lemah kerana masih ada cintamu padaku, kerana itu ayah tidak boleh menyembelihku."
Sungguh benar, Ismail anak yang soleh.. Yang mana bersedia untuk dikorbankan dan sentiasa meyakinkan ayahnya.
Maka Nabi Ibrahim memukul pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.
"Wahai pisau, engkau mampu membelah batu, tapi kau tidak mampu memotong leher anakku",kata Nabi Ibrahim.
Baginda buat berkali-kali dengan bersungguh ke atas leher anaknya, namun pisau itu tidak lut. Allah tarik sifat pisau yang memotong hingga resah hati baginda untuk melaksanakan korbannya itu. Lalu hingga turunlah wahyu Allah,
".....wahai Ibrahim, sungguh kau telah membenarkan mimpi itu, sungguh demikianlah Kami memberi balasan kepada orang2 yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar2 suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar(kambing). Dan kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) di kalangan orang2 yang datang kemudian. Selamat sejahtera bagi Ibrahim" (37:105-109)
Maka bersyukurlah baginda dan kambing itu disembelih lalu menjadi tuntutan oleh umat Islam sehingga kini.
Itulah dia korban Nabi Ibrahim a.s. untuk buktikan cinta dan imannya kepada Allah. Bukan hanya pengorbanan masa, duit, tenaga, tetapi yang dikorbankannya itu adalah anaknya sendiri. Satu-satunya anak yg ada pada ketika itu.
Alahai, apa sajalah yang telah kita korbankan untuk cinta Allah. Keciknya...Nak tinggalkan jahiliah pon, masih ada rindu. nak korbankan duit, ada rasa kedekut, nak korbankan masa pula, ada rasa resah. Besar manakah pengorbanan cinta kita?hu...hu..(utk hati sendiri)
Sebenar-benar cinta dari Nabi Ibrahim. Demi cintanya tulus pada Allah melebihi cinta dunia yang laen, anak juga sanggup dikorbankan. Subhanallah... waAllahualam.
Minta maaf, agak ringkas...kalo nak bace lebih,bole bukak tafsir surah as-saffat(37), atau pun di sini. http://www.scribd.com/doc/7898509/KISAH-Nabi-Ibrahim-Yang-Sanggup
Selamat menjalani ibadah korban..!
Monday, November 23, 2009
jgn risau,ada Allah...
memandang sesuatu tanpa hati,
maka yang tercipta seolah-oleh boneka.
tiada terbit rasa kerdil dan hina diri.
membaca dengan hati yg kotor..
maka ia hanya sekadar pena yg tiada erti.
tak bisa menggegarkan sebuah hati.
aku terpaku..
entah apa yg terbelenggu..
ada sesuatu yg terkunci,
hingga mulut tidak bisa berbicara.
namun,
tatkala mula mengingati Allah.
ayat2 nye sering ditadabbur..
hati itu mula cair,
hati itu merasa tenang..
lalu,
tiada apa yang meresahkannya.
kerana ada Allah yg mencintai,
ada Allah yg menguatkan....
ada Allah yg memahami..
Berlarilah kepadaNya,
kerana pasti,
Dia akan ku temu.
Monday, November 9, 2009
Akan ku jumpa...
Akan ku jumpa - Azfar
Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku.
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu
Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diriMu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui
Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi2ku selalu
Kulihat semua gembira
bila mengenal erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara
Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu.
Sunday, November 8, 2009
Kita bukan malaikat
Kita hanyalah manusia yg mane iman itu ade naik dan turunnya. Namun jgn lah hiasi futur itu sahabatku. Basahilah iman dgn saling mengingati syurga Allah. Berkongsilah sesuatu yg baik buat kawan di sebelah. Because sharing is caring and loving.
Saturday, October 31, 2009
mission to keep climbing=)
Cantik, subhanallah.. Dipilih Allah untuk menikmati keindahan turunnya butir2 snow flake adalah sebuah rahmat yg mane tak dapat dirasai oleh sesetengah orang. Selalu saje lupe, bukankah itu nikmat Allah?
Kali ni, winter tiba sebelum sampai pada musimnya. Tiba di saat2 manusia tidak bersedia untuk menerima perubahan itu. Masih terasa janggal untuk memakai winter jaket (esp,diriku) dan terasa payah untuk meredah kawasan2 licin.
Sekelip mata, bandar nizhny sudah dipenuhi salji. Pohon2 berubah dari kaler kuning keemasan menjadi putih nan suci. Jalan2 mula dilitupi ais. Tapi masih ade keraguan di hati, adakah perubahan winter ini bertahan hingga ke hujung Februari? Atau ia hanya singgah sebentar sahaja?
Ia bagaikan sebuah hati manusia. Walau sesaat, jika hati manusia itu disentuh, ia cenderung untuk berubah.
Sebagai contoh, kite merasa tenang mendapat sebuah pencerahan terutama ketika usrah. Hanya duduk sebentar sudah merasakan iman naik memuncak-muncak. Dan mungkin pada hari itu, kite semangat membace Al-quran lebih banyak dari hari2 sebelumnya. Namun, adakah hari esok, atau hari2 akan datang kite bertahan dengan perubahan ini? Adakah iman masih memuncak?
Hati yang seumpama dengan suis2 lampu. Sekali petik, maka cerahlah sebuah bilik yang gelap. Namun adakalanya lampu itu menjadi semakin malap dan akhirnya gelap semula.
Maka, sebuah hati itu sentiasa mencari. Mencari sumber kekuatannya untuk bertahan. Jika tidak, hati itu akan mati. Dan ia lemah untuk melawan segala tarikan2 nafsu di dunia yang penuh senda gurau ini. Dan kekuatan kita adalah selagi berpegang kepada 3 perkara:
- Iman- adalah hubungan kita yang fana dan lemah dengan Allah. Sentiasalah berpegang teguh dengan taliNya kerana setiap apa jua perkara, kite tidak berdaya melakukannya kecuali Dialah yang memberi kekuatan.
- Ukhuwah- adalah sebuah tali iman yang kuat. Yang mane pabila kite lemah, kite akan mendapat pertolongan dari peribadi2 yang sama2 terikat dengan Allah.
- Al-quran- dan juga bahan2 tarbiyah adalah senjata kita. Yang sentiasa memberi petunjuk, merawat hati dan memberitahu kepada kita perkara yang tidak kite ketahui.
Insya Allah,ape yang tertulis ini merupakan motivasi buatku untuk diamalkan.. kerana "Kata2 yang ditulis tanpa dipraktikkan, hanya akan menjadi kaku".
Mari bermujahadah!
Wa'Allahualam...
Friday, October 30, 2009
Monday, October 19, 2009
Hari yang Fantastic!
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Astaghfirullah...
Sungguh hari ini Allah berikan suatu hari yang terindah buatku. Terlalu bermakna hingga aku sukar untuk ukirkan di sini.
Namun kerana sayang itu perlu diucap, rindu itu perlu dituturkan...maka di sini aku alunkan pena itu. Terima kasih sgt buat murabbi2ku, sahabiah2ku dan juga mutarabbi2ku. Banyak sgt yg dikongsi.. Syukur sgt kerana Allah pertemukanku dengan antunna semua yang super duper ini.. Sayang sgt fillah..
Bila hati sedang keliru, entah tak tau bagaimana nak laksanekan..terime kasih kerana memberitahu.Terime kasih kerana mendengar dan juga menjawab pertanyaan2 hati. Terime kasih kerana sentiasa memberi semangat. Insya Allah, moga Dia sentiasa beri kefahaman buat kite semua. Dan moga hidayah yang diberi Allah itu tidak akan putus buat kite semua.
Sedang merentasi jalan dakwah ini, selalu saje kite rase tak mampu. Terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yang ada dalam diri. Kite memang takkan pernah terpisah dari situasi ini.. Tapi ape yg penting ialah gunekan lah kekurangan itu sebagai kelebihan. Kerana dari sinilah, semakin kuat kite bergantung kepadaNya, semakin banyak kite meminta dariNya. Dan semakin merendahlah sebuah hati itu kepada Ar-Rabbnya.
Kalau nak ikotkan hati petang tadi, rase cam nak naek tren je ikot kak aisyah ke Moscow, tapi ukhuwah itu kan bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Kerana kite tahu, masing2 ade kerja kite. Yang mane matlamatnya adalah sama iaitu Allah azza wajalla.
Insya Allah. Kita terus mengizzahkan Islam di mana sahaja kaki itu berpijak.. Moga Dia kuatkan hati2 kami untuk bermujahadah.
~Moga hari esok lebih baik dari hari ini.~
Ahad,18 October 2009
Monday, October 12, 2009
Ingat ni!
Kebenaran TIDAK akan memimpin, kebaikan TIDAK akan tersebar, keadilan TIDAK akan tertegak, panji-panji kemuliaan akan jatuh
dengan wujudnya
orang-orang yang menggadaikan prinsip demi keuntungan dunia dan
orang-orang yang bersifat riya'
yang hanya mahu diri mereka dilihat orang, kata-kata mereka didengar, mereka menjadi buah mulut masyarakat dan boleh mengarahkan orang lain dengan jari telunjuk...
Kebenaran, kebaikan, kemuliaan HANYA akan tertegak dengan...
orang-orang yang ikhlas,
yang berpegang teguh dengan prinsip,
yang boleh mempengaruhi orang lain bukannya dipengaruhi.
Mereka adalah orang-orang yang
berkorban bukannya mengambil manfaat,
memberi bukannya mengambil.
~As-Syahid Imam Hassan Al-Banna~
Di ambil dari : ~halwahati~
Tuesday, October 6, 2009
Ikhlas
Kerana,
die cume mengharap Allahlah yang melihat amalnya,
die tidak mengharap penghargaan dari seorang manusia pun.
die same sekali tak kisah same ade dicerca sekalipun,
die melakukan amal mengikut apa yang termampu,
serta die merasa nikmat melaksanakannya.
dan pasti
die hanya mengharap keredhaan Allah...
~sesungguhnya ikhlas itu adalah hasil daripada buah keimanan.~
Sunday, October 4, 2009
untuk penguat hati.
Mase memang sangat berharga buat ketika ini. Namun aku masih ingin menitipkan sesuatu di sini untuk menjadi penguat hati.
Aku melihat di sebelah jalan yang ku lalui. Di situ ade pelbagai keseronokan. Di sana aku melihat masa yang ade terlalu banyak dan boleh diisi dengan perkara2 yang tidak memenatkan. Tidak memerlukan komitmen. Malah boleh melakukan banyak perkara yang disukai. Bebas sebebasnya. Kuatnye tarikan itu.. Penuh ditaburi hiasan2 dunia.
Namun, jalan yang sedang ku lalui itu sangat berbeza. Ia satu jalan yang panjang dan penuh dengan dugaan. Tidak cukup itu sahaja,ia memerlukan pengorbanan yang luar biasa dari segi masa, harta dan jiwa. Untuk siapakah perngorbanan itu?
Jalannya amat sukar, tapi kenape aku masih di sini?
Kerna aku melihat jalan ini punye tujuan. Tujuan yang amat indah, iaitu Allah sang penciptaku. Dan aku meyakini tanpa menempuhi jalan ini, bisa saja aku tidak berdaya meneguhkan hati ini untuk sentiasa tunduk kepadaMu. Dan pasti penghujung jalan ini sebuah kemenangan yang besar iaitu syurga. Dan yang paling bermakna, aku menanti-nanti saat 'salam' yang bakal diucap dari Allah yang maha penyayang.
Thursday, September 17, 2009
life in this world....
Masa terus berlalu.. Dan tak pernah sekalipun masa itu menunggu kita. Semuanya bagaikan sekelip mata. Bagaikan tak percaya, apa yang telah dan sedang dilalui. Benarlah ayat dari Allah, masa hidup di dunia itu amatlah singkat bagaikan waktu duha..
Whatever happen, life must goes on..ayat yang selalu disebut ramai orang. Aku mengetap bibir seketika. Memikirkan ayat ini.......
Hidup kita di dunia bukan seperti kehidupan di syurga. Kerana dunia itu dunia. Tak mungkin bole sama kehidupannya di syurga kelak. Impossible! Kerana pasti setiap ciptaan Allah itu ada tujuannya.
Syurga yang luas nan indah itu, disertai dengan sungai2 yang mengalir, dilengkapi dengan makanan2 yang tidak pernah jemu, yang nikmatnya itu tidak pernah terlintas di hati manusia, sudah pasti ia mempunyai tiket yang mahal untuk dimilikinya.. Tidak menginginkah kite?
Hidup di dunia ini adalah satu ujian.. Siapa yang menggenggam excellent result akan menikmati syurga dan sebaliknya. Dan panahan ujian yang datang itu ade bermacam-macam bagi setiap orang. Allah menguji berdasakrkan kadar imannya. Sometimes kite diuji dengan perkara yang kita benci. Kita lelah, lemah, letih, derita, dan rasa tidak tahan lagi dengan ujian. Sometimes juga, kita sering diuji dengan perkara yang kite suke. Kite merasa gembira dan bangga tanpa menyedari bahawa hati tidak bersyukur kepadaNya.
Aku memejamkan mata seketika. Dan mengakui benarlah ayat Allah., "...........boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(2:216)
Hakikat kebanyakan manusia yang tidak mahu bersusah payah dan sungguh manusia itu banyak keluh kesahnya. Astaghfirullah... Terasa banyak sangat ujian yang tak lulus. Maka itu, Allah selalu hantar ujian yang sama berkali-kali. Aku redha, jika itu didikan yang terbaik buatku..
Dari ujian2 inilah, Allah mencari sang pemilik tiket ke syurga itu. Allah akan sentiasa menguji sejauh mane keikhlasan seseorang itu dalam mengabdikan diri dan bekerja kepadaNya... Inilah dia tapisan Allah.
Ramadhan hampir melabuhkan tirainya dan seorang mukmin itu tetap sentiasa memperbaiki diri...Tidak pernah ada kata perfect dalam imannya.
Kerana firman Allah itu, "Wahai orang2 yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim"(3:102)
Yup,tiada siapa yang tahu apekah ciri sebenar-benar taqwa itu melainkan Dia....
27 Ramadhan...~muhasabah diri~
Wednesday, September 2, 2009
Istiqamah...!
saje ingin berkongsi klip video kepada pembaca blog ni. Lirik lagu ni sangat mendalam buat diri ini. Moga Allah sentiasa berikan kekuatan dan pertolongan buat kite semua...
Don't look back atam,
no turning back!
...move forward and forward.
Sunday, August 23, 2009
1st step is...
Wednesday, August 19, 2009
Ramadhan datang lagi...=)
Beberapa hari saje lagi nak memasuki madrasah ramadhan.. Memasuki bulan yang sungguh mulia, bulan yang disediakan pelbagai promosi dari Allah azza wajalla...
Tika inilah pintu-pintu syurga dibuka, pahala akan dilipatgandakan, dan yang paling besar nikmatnya malam lailatul qadar bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah..
"Sesiapa yang yang mendirikan (solat dan ibadah) di malam lailatul qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang berpuasa dengan di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, di ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (hadis riwayat Al-bukhari)
Di bulan inilah tinta-tinta dosa yang menggunung akan diampunkan kepada sesiapa yang memintanya. Maka para mukmin sangat menunggu Ramadhan al-mubarak untuk melipatgandakan ibadah mereka serta mendekatkan diri kepada Allah.
Malah buat diriku ini, moga2 kedatangan Ramadhan kali ini menjadi suatu medan perubahan dalam diri yang serba hina ini.
Mungkin sekarang masyarakat dunia sibuk dengan virus H1N1 dan bermacam lagi sakit2 yang menyerang jasmani kite. Maka kite asyik mencari vaksinnya, asyik untuk mencegahnya. Sehingga penyakit rohani itu terabai. Sedang ia juga perlu rawatannya.. Mahukan ubatnya dan juga perlukan makanan yang bisa menjadi kebal dinding imannya..
Ayuh, moga Ramadhan ini menjadi titik tolak kepada sesuatu yang sangat bermakna. Kate Dato. Fadzilah Kamsah, "untuk mengecapi kebahagiaan kite perlu pecahkan sesuatu yang terbiasa, yang sudah menjadi tradisi"...insya Allah..Wa'Allahualam.
~Hati yang kuat akan sentiasa mendapat pertolongan Allah..Selamat menyambut bulan Ramadhan!!~
Wednesday, July 22, 2009
Hati
sakitmu itu kerana hati yg berpenyakit,
resahnya itu kerana hati tertutup,
Bertambah parah lagi,
bila hati mengeras dan membatu,
lalu ia terkunci mati,
Aduhai hati....
setinggi manekah egomu itu?
sedangkan Allah sering menyapamu,
sentiasa mengintaimu,
berkali-kali....
Dan di saat kau menoleh,
janganlah kau berpaling semula.
Sambutlah sapaan istimewa itu,
genggam ia....
buat selama-lamanya!
Duhai hati,
tidakkah kau meyakini
Allah itu maha pemaaf?
Tidakkah kau sedar,
setiap lintasanmu itu didengariNya?
Maka,
bagi jiwa yang selalu menyesali,
segeralah mencari keampunan,
dan kejarlah syurga,
yang luasnya,
seluas langit dan bumi...
dan di sana nanti.
dengan jiwa yang tenang,
kau kan temui dengan
Sang Pemilik Hati....
"Sungguh beruntung orang2 yang menyucikannya(jiwa itu) dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.(As-syams:9-10)"
Thursday, July 16, 2009
syahadat cinta?
Syahadat cinta?sudah lapuk cerita ini, baru aku ingin menulis sesuatu.
Mungkin kerana baru saje aku menonton filem ini bersama kakak, dan hati ku ini bergetar sekali lagi. Kerana menyaksikan betapa tulusnye sebuah hati mengenal Allah. Sebuah hati yang benar2 mencari erti cinta yg hakiki. Oleh kerana keyakinan iqbal yg mendalam, walau dicampak di mana sahaja kalau acuannye sudah cantik molek, maka sumbatlah apa saja ia tetap terbentuk dengan cantik.
Buat sape yg tak puas hati dan untuk aku juga yang dulu byk mengomen cite ni, sebenarnye aku baru tau ade sambungannya.... Novel trilogi.. Disambung dengan musafir cinta dan makrifat cinta. Di makrifat cinta inilah segala tanda tanya pilihan hati iqbal akan terjawab.
Memang tidak dinafikan setiap bende ade saje kekurangan. Bukan mudah nak puaskan hati semua org. So, tutup saje sebelah mate kekurangan pada crite ini kerana sudah tentu kebaikan itu lebih banyak. Insya Allah menjadi tarbiyah buat diri...
Sedikit pencerahan ingin ku berkongsi dari novel 'makrifat cinta' utk hati2 yg dahaga....
Berkati merekalah, ya Allah, aku merasakan betapa indah menjadi seorang muslim. Berkati mereka, aku menyedari wang dan material hanyalah sesuatu yg sirna. Tidak pernah abadi. Akan musnah. Akan lenyap. Wang dan material hanyalah alat untuk hidup, bukan tujuan untuk hidup. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tidak ada, alhamdulillah. Inilah hakikat ikhlas dan besarnya pahala ikhlas itu di sisi Allah sebagaimana yg dinyatakan Rasulullah S.A.W yg diriwayatkan daripada Abu Hudzaifah:
"Aku bertanya Jibril a.s tentang ikhlas, apakah ikhlas itu? Lalu jibril berkata:
Aku bertanya kepada Tuhan yg Maha suci, apakah sebenarnya?...
Allah menjawab:"Suatu rahsia daripada rahsiaKU yang Aku tempatkan di hati hamba2Ku yang Ku CINTAI."
~Yang merindui suara2 penaik iman=)
Sunday, July 5, 2009
Di Mana?
Malaysia kini sedang bertungkus-lumus mengejar negara maju.
Pemimpin sibuk memodenasikan negara dan berlumba-lumba memenangi hati rakyatnya.
Agaknye kan, selepas Malaysia bergelar negara maju, apakah lagi yang akan dikejarnya?
Megapolis?
atau negara persis America?
Sebagai Islamic country, sepatutnya kita punyai kelainan dan keunikan. Bukan sahaja lain dari sudut budaya tapi yang paling penting kita ini lain dari segi cara hidup. Lain dari segi akhlak. Tapi sayangnya, orang kafir tidak merasai kelainan itu. Tiada Islam yang dipamerkan. Dan akhirnya, Islam hanya menjadi fitnah.
Di mana Madinah di zaman Rasulullah s.a.w yang penuh dengan barakah? Kenapa tidak itu hala tuju Malaysia?
Sedangkan seorang mukmin yang real itu 10x lebih hebat dari satu orang kafir,
Disebut dalam firman Allah:
"Wahai Nabi (Muhammad)! Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yg sabar di antara mereka, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, kerana orang2 kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.(8:65)"
Bukan negara maju yang dapat mengalahkan mereka. Apatah lagi perlumbaan parti yang ingin memenangi hati rakyat, dan sanggup pula menggadaikan prinsip. Adoi, memang pening kepale tengok politik Malaysia ni.
Islam takkan naik dengan memodenkannya malah kita akan tetap duduk di tangga bawah.
Tapi Islam itu pasti naik jika muslim itu membina diri dengan menjadi mukmin yang sejati. Mukmin yang sabar dan punya semangat jihad yang tinggi....Kerana janji Allah itu pasti.
Peringatan buat diri ini juga~semangat dan sabar senantiasa~
Wa'Allahualam.
Thursday, July 2, 2009
Malaysia
kembaralah ke seluruh alam
takkan kau temui
semurni cinta.....keluarga."
Hijau, tenang, damai...
Akhirnya rinduku terubat.
Alhamdulillah aku kini berada di Malaysia.
Tentu saje rasa gembira melonjak di hati,
Saat melihat wajah2 kudus mereka,
saat memerhati kecomelan kucing2,
dan tatkala menikmati lazatnya masakan ibu.
hati ku tersenyum....bahagia=)
Namun,
bukan itu saja yang aku cari,
bukan itu saja yang ku mahu.
Ada banyak lagi janji yg disemat di hati,
di situ ada sebuah prioriti,
ku pohon dariMu yang maha berkuasa,
pertolongan buatku dari mana jua arah...
Villa logah,
Malaysia....
Thursday, June 18, 2009
Bintang.
Engkaukan seperti bintang2 berkilau di pandang orang di atas air, dan sang bintang itu pon jauh tinggi.
Janganlah seperti asap yang mengangkat dirinya tinggi di langit padahal dirinya rendah dan hina...."
(petikan dari filem sang murabbi)
Nak study sekarang ni, tapi mata ngantuk plak..Akhirnya sang murabbi jadi pilihan hati. Insya Allah, ia akan sentiasa jadi peringatan buat diri ini.
Friday, June 12, 2009
manisnya tarbiyah ini
Tapi sebenarnya ada sesuatu ketika ini...Sesuatu yg sgt2 manis. Sesuatu yg sedang mengubah diri ini. Saat genting ini, bukan ilmu sahaja yang disumbat-sumbat masuk ke cortex, bukan saje penat yg diperoleh, namun tarbiyah Allah ketika ini lebih besar maknanya. Di sinilah hebatnya bermain dengan mujahadah.
Sungguh,Dia itu sedang mengajar untuk mencari titik fokus, tak kira dalam study mahupun solat. Kerana hanya org2 yang khusyuk sahajalah akan memperolehi kemenangan itu. Dan Dia sedang menanamkan rasa manisnya sabar di dalam hati. Serta kepada Dia sajalah letaknya pergantungan itu. Sungguh Allah itu maha mencintai org2 yang sabar.
Oh.sweetnya Allah ini...Dia buatkan kite lebih dekat denganNya, lebih berharap kepadaNya, dan sentiasa merayu-rayu kepadaNya. Dan moga2 bertambahlah ketaqwaan kepadaNya dan istiqamahlah kite.....
"Wahai orang2 yg beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucaplah perkataan yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki amal2mu dan mengampuni dosa2mu. Dan barang siapa menaati Allah dan RasulNya maka sungguh, dia menang dengan kemenangan yg agung" (Al-ahzab:70-71)
Walaupun perjuangan kami amatlah kecil, tapi inilah jihad kami ya Allah. Terimalah dan berikanlah kebaikan kepada kami yang mana Kau saja tahu kebaikan itu...
Pst:Sangat admire dgn perjuangan sister2 moscow..'pentingnya berkat kebersamaan itu'=)Thursday, June 4, 2009
satu cinta
Nak stop fikir pasal exam.
Hati ingin meluahkan sesuatu,
tapi cukuplah dengan sebuah lagu ni.
Best sangat!!
Menusuk ke kalbu=))
Wednesday, June 3, 2009
mengejar erti tawakal
Oh ye, sebelum tules pape nih, nak wish HAPPY 0206 Day buat kawan2 stf yg sangat dirindui. Byk betul kenangan sepanjang 5 thn bersama di STF. Dan sekarang walau berpisah-pisah, ukhuwah itu still kuat...
Dan aku pulak yang tercampak ke russia ni sedang sibuk prepare utk exam. Sambil mengejar erti ikhlas dalam belajar. Moga2 Allah campakkan benih2 ikhlas itu agar ilmu yg ku pelajari akan terukir di hatiku.
Kita ini milik Allah. Kita ini hak Allah. Bukan hamba kepada material, bukan jua kepada buku2, dan bukan hamba kepada manusia yg laen. Tapi kita ini hamba Allah yang maha gagah. Maka gantunglah hati itu sentiasa kepadaNya, kerana exam di dunia bukanlah segala-galanya tetapi redha Allah lah segala-galanya buat kita.
Peringatan ini sebenarnye utk diri ini yang seringkali lupa akan Dia. Yang terkadang malas untuk berusaha. Dan moga diri ini tidak lupa akan tujuan penciptaannya.
Di sini ade copy paste satu artikel dari http://btk.nizhny.imamrsc.com/
Perancangan sesuatu kerja itu sangat penting. Tanpa ada sebarang strategi, boleh jadi kita hanya mengundang kegagalan. Teringat satu phrase ni, “If you fail to plan, you plan to fail. “Fuh, bile 1st time dapat phrase ni memang tercucuk anak panah kat kepala saye…
Macam-macam bende pun kite merancang. Plan cam ne nak buat program, plan nak menang volgo games, plan agenda cuti, plan nak masak ape, plan prepare untuk exam…..dan banyak sangatla…. Kadang-kadang rancangan kite memang tersangat mantap. Kita yakin bahawa kita mampu melaksanakannya. Kita rase kita pasti berjaya. Tapi sahabatku, tak semua planning itu akan tercapai. Barangkali ianya bukan seperti yang kita harapkan. Kerana kita lupa bahawa Allah itu juga merancang buat kita…
Maka itu, jangan lupa bertawakal di setiap apa jua perkara. Tawakal ataupun berserah tanda Allah menguji sejauh mana pergantungan kita kepadaNya… kepada Dia sahaja ye! Didahului dengan doa, kemudian disusuli dengan usaha dan diakhiri dengan bertawakal…
Ingin ku ceritakan sebuah kisah dari kitab Riadus Solihin,
Dari Abdullah bin Abbas r.a. berkata, Sabda Rasulullah s.a.w
“Telah ditunjukkan kepadaku keadaan umat yang dahulu, hingga aku melihat seorang Nabi dengan rombongan yang kecil, dan ada pula Nabi yang mempunyai satu atau dua pengikut, bahkan ada juga Nabi yang tiada pengikutnya.. Kemudian aku melihat satu rombongan yang besar sekali, aku kira itu umatku, maka diberitahukan padaku bahawa itu adalah Nabi Musa dan kaumnya….
Tiba-tiba di ufuk kanan dan kiriku, di sana aku melihat rombongan yang besar sekali, dikatakan kepadaku: Itulah umatmu dan di samping mereka ada 70000 yang masuk syurga tanpa hisab.”
Setelah itu Nabi pun bangun dan masuk ke rumahnya. Manakala para sahabat tertanya-tanya sesama sendiri mengenai golongan yang masuk syurga tanpa dihisab itu. Pelbagai pendapat yang diutarakan mereka.
Kemudian Rasulullah s.a.w pun kembali dan bertanya: “Apakah yang sedang kau bicarakan?”
Maka para sahabat pun mengajukan masalah itu,
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Mereka itu adalah yang tidak pernah menjampi atau dijampikan dan tidak suka menebak nasib dengan pengantaraan burung, dan kepada Tuhan mereka selalu berserah.
Pabila para sahabat mendengar sabda Rasulullah s.a.w itu, bangunlah Ukkasjah bin Mihshan dan
berkata: “Ya Rasulullah doakan semoga Allah memasukkan saya dari golongan mereka.”
Jawab baginda. “Engkau termasuk golongan mereka.”
Kemudian berdiri pula sahabat yang lain. “Doakan semoga Allah menjadikan saya dari golongan mereka! Jawab baginda: “Engkau telah didahului oleh Ukkasjah..
(Bukhari dan Muslim)
Bestkan kalau kita masuk syurga tanpa dihisab?! Ayuh kita kejar erti tawakal…
Wednesday, May 27, 2009
Hari ini milik anda!.
Aku jenguk ke luar tingkap dari 8th floor, memerhati saat2 bumi Russia disinari matahari. Oh, alangkah indah dan tenangnya suasana ini... Luasnya terbentang alam ini bagaikan sebuah hamparan yang kehijauan. Jauh di sudut hati, aku ingin saje berlari-lari di luar... Untuk merasa sejuknya embun pagi itu. Ingin memeriahkan bersama-sama makhluk Allah yang sentiasa bertasbih kepadaNya. Subhanallah, sungguh pemilik kerajaan ini maha hebat!! Halus dan teliti ciptaanNya.
Hari ini datang lagi. Dan hari semalam sudah menjadi kenangan. Pantasnya masa berlalu. Pastinya ramai yg sedang mula prepare untuk exam. Dan sudah tentu byk hati2 yang tidak sabar untuk balik ke Malaysia. Huhu..Aku pon same. Jom kita mujahadah untuk menjaga masa.
Sedang kita berjihad di medan pena, memang sukar untuk menjadi orang yang terbaik. Yg sentiasa dapat 5(excellence) dalam examnya, yg pantas akalnya dan yg cepat hafalannya. Tapi, tidak semestinya orang yg sentiasa terbaik itu punyai usaha yang terbaik. Terkadang kerana mengejar erti terbaik itu, maka pelbagai cara yang diusahakan dan mungkin ada taktik yang tidak diredhai Allah. (cuba fikir sendiri cthnye...)
Sebagai manusia yang lemah, kita hanya berusaha dan berusaha untuk buat yang terbaik. Dan kemudian serahkan segala urusan kepadaNya. Jika Allah ingin berikan kebaikan buat kita, maka bersyukurlah. Hanya Dia SAHAJA yg memberi dan menolak kurnia itu. Yakinlah, Allah itu takkan sia2 kan usaha hambaNya dan Dia sangat merindui rintihan hamba2Nya...
"Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." (2:186)
27 Mei 2009,3 Jamadilakhir 1430h
Wednesday, May 20, 2009
True essence
Manusia itu tidak akan bertindak dengan apa yang mereka tahu, tapi manusia akan bertindak dengan apa yang mereka fahami/yakini.
Sebab tula tatkala manusia faham akan tanggungjawabnya, maka ia akan menjadi seorang yang sangat hebat. Dia akan memaksimakan potensinya. Kadang2 tanpa disangka seseorang yang lemah pada kaca mata kite, akan muncul di pentas bagaikan bintang.
Ibarat seorang wanita yang tidak pernah memiliki seorang anak.(cth saje ye). Tentu saje die tidak pandai mengasuh anak kerana tidak punyai sebarang pengalaman. Tetapi di saat dia melahirkan seorang anak, automatically ia akan menjadi seorang pendidik yang hebat kerana ia faham akan tanggungjawabnya sebagai ibu..
Ape tanggungjawab kte? (2:30), (51:56), (2:143)
- ......."Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi"...................(2:30)
- "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku" (51:56)
- "Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu.................." (2:143)
Wa'Allahualam....
Monday, May 18, 2009
Promotion:kisah yusuf
Sejuknye mate memandang lately ni. Bile jenguk je kat luar pokok dihiasi dengan daun yang kehijauan. Malah ia ditemani dengan bunga2 yang turut mengeluarkan baunya. Oh, sedangkan ia hanya berasal dari biji benih yang disemai dari tanah. Subhanallah... Kat Malaysia, jarang terasa nikmat ni, padahal setiap masa bumi itu disinari dengan keadaan begini. Kerana mungkin aku memerhati tanpa mengingatiNya.
Dah lame sebenarnya aku nak tules promotion ni. Tapi entah nape, idea tak terkeluar di hujung jari.
Terkadang bila laluan itu terasa semakin sukar, rasa berat untuk kite melangkah. Dan pabila sering ditinggalkan dan bila sesuatu perkara tidak seperti yang dirancangkan rasa sedih menghantui diri.
Kalau sedih hati itu, palingkanlah wajahmu ke Allah kerana pasti Dia akan hiburkan. Dan kerana pasti, Dia takkan tinggalkanmu meski sibuk dengan urusanNya.
Bagaikan sebuah kisah Yusuf yang diceritakan kepada Rasulullah s.a.w. Pengubat lara hati baginda yang mengalami tahun kesedihan ketika itu.
Tatkala itu supporter kuatnya Saidatina Khadijah dan Abu Talib pergi meninggalkannya dan di saat itu penduduk Mekah pula tidak lagi menerima dakwahnya. Pelbagai ancaman diterima baginda. Sedihnya hati baginda, lalu cuba membawa risalah Allah ke Thaif. Susah payah baginda mendaki bukit untuk menuju ke sana, namun balasannya tidak seperti diharapkan. Dihalaunya dan diiringi pula dengan balingan batu dari kanak2 Thaif. Ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga pula.
Namun, sabarnya hati baginda. Tabahnya hati duhai Rasulullah s.a.w. Redhanya sang pemilik hati berjuang. Tidak pula mengizinkan malaikat menghancurkan mereka. Maka, surah Yusuf memujuk hati baginda....
Surah ini diturunkan tatkala Rasulullah berada dalam ketensionan, maka datang pula seorang Quraisy meminta baginda menceritakan kisah Yusuf. Begitu juga para sahabat yang ingin sekali mendengar kisah Nabi Yusuf ini. Sedangkan baginda tidak pernah mengetahuinya. Lalu inilah surah yang diturunkan Allah sekaligus kepada baginda.
Ia bagaikan sebuah novel dengan bermulanya satu epilog:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya:"Wahai ayahku! Sungguh aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan, kulihat semuanya sujud kepadaku." (12:4)
Dan dari sinilah bermulanya pelbagai ujian buat Yusuf. Tragedi dibuang ke dasar sumur oleh adik-beradiknya dan kemudian peristiwa Zulaikha menfitnahnya ada terpahat di surah Yusuf. Inilah die the best of stories. Surah yang ke-12. Pengubat dan penguat hati buat sesiapa yang membacanya.
~Interaksi dengan hati~
Friday, May 15, 2009
just a note from heart.
Bile semangat datang memuncak,
Manusia itu sering tergopoh-gapah,
Bertindak mengikut kemahuan hati,
terkadang hanya untuk memuaskan hati,
sampai terlupa akan niat sebenarnya,
Sedangkan Allah pula sering menguji kesabaran hambaNya,
Maka, beruntunglah org2 yg sabar itu..
Kerana Allah sangat mencintai mereka.
Saturday, May 9, 2009
Happy mother's day!
Didekasikan untuk ibu yang sangat dikasihi,
dan juga insan yang bergelar ibu,
Abu Hurairah r.a berkata : Seorang datang kepada Nabi lalu bertanya, Siapakah yang berhak aku layani dengan sebaik-baiknya? Jawab Nabi : Ibumu! Kemudian siapa?, tanyanya lagi.. Jawab Nabi : Ibumu! Kemudian siapa? Jawab Nabi : Ibumu! Lalu siapa lagi? Jawab Nabi : Ayahmu... (Bukhari, Muslim)
~Moga kita sentiasa di bawah lindungan Allah~
Friday, May 1, 2009
Cerita kucing ni..
Buat hati tersenyum=)
Semalam, hatiku dirundung sedih. Namun, aku masih dapat menahan titisan air mata daripada terus gugur mengalir. Memang benar perempuan itu penuh dengan emosi. Tapi aku cuba bermujahadah untuk arahkan emosi itu hanya kerana Allah. Alhamdulillah, jika masa itu aku masih bisa mengukir senyuman. Hanya Allah yang mengetahui hati ini. Biarlah marah, sedih, gembira, cemburu itu semua kerana Dia.
Husnuzon.
Pasti Allah sedang menguji ketika itu. Aku cuba membahagiakan hati. Berbual-bual dengan sahabatku, membahagiakan orang lain, makan aiskrim=),bace blog... Bukan senang juga untuk sembunyikan kesedihan hati kite sebenarnya. Dalam hati aku bermuhasabah. Aku check balik hati ini, check segala niatku... Apa yang tidak kena dengan tindakanku. Dan apa perlu aku resah begini hanya kerana aku gagal?
Oh, gagal itu bukan bererti mendapat dosa besar. Gagal itu bukan bererti kalah. Gagal pada ketika itu adalah yang terbaik dari Allah. Kerana pasti ada hikmah besar yang mendatang. Setiap permulaan, pasti ada cabarannya. Barula ia satu pengembaraan yg adventure dalam jalan ni. Alhamdulillah, aku terus bermuhasabah, dan dari sinilah aku lebih banyak berbicara denganMu. Tenang rase hati ini....
Dan yang paling bermakna, saat Allah mengizinkan aku keluar bersama Nurul.. Banyak perkongsian kami. Nurul ade menceritakan sedikit dalam blognye. http://deardiary0505.wordpress.com/2009/04/30/bye2x/
Walaupun rase sejuk mencengkam sampai ke tulang, namun kami tidak pedulikannya. Kami terus meredah park itu dan alamlah yang menjadi saksi perbualan kami. Terasa masa ketika itu berlalu dengan begitu cepat. Sampai kat lif pun masih ade lagi yang ingin dibualkan. Kami borak2 pasal alam, hati, politik, masalah umat, diri dan macam2 la. Berteka-teki pun banyak juga.huhu..Hmm, dah lame sebenarnya aku tidak berbual dari hati ke hati dengan seorang sahabat sebegitu. Segala puji bagi Dia yang maha bijak dengan susunanNya. Terima kasih atas kesempatan masa itu.....
Selepas perbualan ni, aku terasa graf imanku sedang menaik. Hatiku yang sedih tadi, mula mengukir senyuman. Sampai saje di bilik aku terus dengan kerjaku kerana ("Maka apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain..94:7).
Jangan takut bergerak, kerana tidak bergerak itu lah satu kesalahan yang besar. Dan jangan sedih...... sebab orang yang berimankan, tinggi derajatnya. Bila buat sesuatu kerja memang lumrah akan datangnya ujian.. Kalau tade ujian, pelik lak pulak.... Alhamdulillah. Wa'Allahu'alam.
~Maaf post ni banyak cerita pasal diri, namun harapnya ade ibrah yang dapat diambil~
Thursday, April 30, 2009
ibrah buatku.
Demi Dia yang maha mengetahui.
Alhamdulillah, sambil bibir ini turut beristighfar beberapa kali.
Aku terasa sedang ditarbiyah oleh Allah.
Tidak semua langkah yang ku ambil itu betul,
kerana aku juga manusia...
Pasti ada lompong-lompong kesilapan yang aku terlepas pandang.
namun kesilapan inilah yang mengajarku.
Dan dari sini lah Allah didik kesabaranku,
Astaghfirullah.
hampir saje aku berputus asa.
dan aku hampir terlupa akan satu ayat dari Allah.
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"(Al-Insyirah,5-6)
Dulu aku pernah mengaku bahawa, itulah ayat favouriteku..
Rupa-rupanya, aku terlupa untuk beramal dengannya bila sampai di medan.
Lidah yang bisa mengungkap apa sahaja,
namun amal perbuatan lah sebagai saksi ungkapan itu..
Sekali lagi ingatan buat diri yang mudah lupa ini,
bukan result yang Allah lihat,
namun usaha dari hati yang ikhlas lah dinilai olehNya.
Sungguh Dia maha mengetahui dan maha teliti,
dan kelak pasti Dia kurniakan pembalasan yang sempurna.
kerana janjiNya itu pasti.
bergerak dengan husnuzon serta istiqamah...
dan tidak ada yg mungkin itu,
lebih baik dari apa yg telah berlaku..
moga ibrah ini buat kita bersama.
~jaga hubungan dengan Allah~
Monday, April 27, 2009
Kualiti
Muslim yang terbaik, itulah ciri yang keempat. Ciri yang aku sangat idamkan. Tapi aku sedar bahawa diri ini masih banyak kelemahan. Tak guna kalau akal kita setajam mane, namun hati kite kering. Kontang dengan makanan ruhani. Lame2 ia akan mati dan bila keras hati ini, segala cahaya Allah sukar untuk diperoleh. Namun seorang muslim yang baik itu juga, tidak cukup hanya dengan suapan rohani sahaja sehingga terlupa untuk menjaga diri dan akalnya. Ia perlukan ketajaman akal dalam setiap perkara dan juga muscle2 yang cukup kuat untuk bekerja demi agamanya. Ye, inilah die muslim yang berkualiti.
Akalnya besar, hatinya besar, musclenye juga besar.
Wa'Allahualam.
Wednesday, April 15, 2009
batu dan air
Lihatlah batu yang luar biasa kerasnya ini. Amatilah air yang sedang mengalir dengan lembutnya...Sifat mereka berbeza. Namun, tujuan mereka tetap sama iaitu mengharmonikan muka bumi...Dan tidak pernah pula ada pertikaian di antara mereka.....
Duhai sahabatku, sama2 la kite sentiasa beringat..Tidak ada pertikaian di antara kita kerana setiap kewajipan itu adalah milik kita bersama. Dan setiap kemusykilan itu, adalah kemusykilan kita bersama....Ayuh, kukuhkan tembok ini!
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti sesuatu bangunan yang tersusun kukuh..(As-saff:4)
~Jangan tangguh sesuatu kebaikan~Wa'Allahualam
terus~
Aku terpana dengan reality sebenar..
desis hati kecil,
Siapakah aku wahai yang maha pengasih?
Tatkala kalimat syahadatul haq menghiasi ruang hati,
Oh.....aku akui,
jalan ini penuh liku,
Ia perlukan kesungguhan yang amat tinggi,
Bukan untuk orang manja sahabatku,
dan yang suka berkeluh-kesah....
Aku lalui lagi,
cuba mengintai apa itu ukhuwah...
Maaf...sungguh aku ini jahil.
Lalu (43:67) menyapa ke hati,
Terkedu lidah ini ya Allah,
Kerana hina dina diri ini,
Duhai Tuhan yang maha pengampun,
kepadaMu aku mengabdi...
Maka,tekadlah hati ini..
menyusuri jalan yang penuh warna.
Terkadang.....
hati yang sakit tidak tahan menanggungnya,
tapi inilah hadiahku buatMu,
Tanda syukurku yang tidak terhingga atas hidayahMu..
Dan dari sini,
aku dipanah dengan ujian2Mu,
tatkala Kau meletakkanku di lautan yang dalam,
bukan bermakna Dikau menginginkan aku lemas,
Tapi Dikau Kekasihku sedang mendidikku untuk belajar berenang..
agar aku mengenal erti sabar,
dan merasa indahnya tawakal itu...
Namun ada sesuatu yang lebih besar,
ISTIQAMAH,
(11:112) bermain di hati...
Adakah aku mampu duhai Kekasih agungku?
Sungguh medan kata itu amat mudah,
tapi medan amal,
memerlukan mujahadah yang cukup kuat...
Dan kepadaNya lah aku berharap..
Saturday, April 11, 2009
Maayatullah...
Wednesday, April 1, 2009
check point Ad-deen.
Alhamdulillah, segala puji bagi Dia Yang Maha Besar
..dengan izinNya, saje ingin bertukar angin untuk mencari wadah yang baru. Namun di mana pun ia, tujuannye tetap same. Hanya mencari keredhaanNya. Kepada Dia yang mencampakkan ikhlas, ku pohon moga setiap yang tertulis ini ikhlas dan jujur dari hati..
Aku bukanlah sasterawati yang mahir dalam kata dan aku juga bukanlah tok guru yang kaya dengan ilmu.. Aku hanyalah manusia biasa yang penuh dilumuri dosa. Cuma terkadang hati ini selalu meronta-ronta untuk berkongsi sesuatu. Maka di sini, insya Allah akan ku titipkan...
Di sini ada kisah cerita yang ingin ku kongsikan. Kisah cerita yang boleh jadi kitalah wataknya.....
Walau dimana pun kita dan walau siape pun kite, peta hidup kita menuju ke destinasi yang sama. Warnakanlah hidup ini dengan Ad-deen.....
Ya Tuhan kami, jangan Kau palingkan hati ini dengan kesesatan sesudah Kau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisiMu kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia...(Al-Imran:8)